31 March, 2008

Majlis Konvokesyen...

Posted by Ayu Amir at 31.3.08 0 comments


Bahagia rasa hati dapat menyaksikan puluhan ribu mahasiswa UUM yang bergraduasi..

Perasaan hatiku bercampur aduk dengan rasa gembira dan sedih kerana dapat bersama-sama meraikan hari yang bahagia bersama senior dan teman-teman tersayang.Airmataku menitis di saat ibu temanku memeluknya dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya menggengam segulung ijazah..Dapatku rasakan sekiranya aku berada di tempatnya ketika itu..
Namun kejayaan pada masa itu hanya dapatku kongsikan bersama-sama dengan Abah,kakakku yang 3 orang dan adik-adik sahaja.Ibuku sudah tiada untuk aku tunjukkan penat lelah dan hasil usahaku selama ini.Aku pernah mengungkapkan kata janji kepadanya untuk menjejakkan kaki ke universiti.Buktinya,sekarang ini aku sudah berada di tahun akhir pengajian.Sekiranya rezekiku murah,aku akan terus menyambung pengajianku di peringkat Sarjana.Bagiku,keluarga adalah pendorong utama untukku mengejar ilmu.Tanpa dorongan mereka mungkin bukan di sini tempatku...

11 March, 2008

Pilihanraya ke-12

Posted by Ayu Amir at 11.3.08 0 comments
Aku antara salah seorang daripada pengundi yang pertama kali layak untuk mengundi dalam Pilihanraya umum ke-12.Aku bangga kerana aku dapat menunaikan tanggungjawab kepada negara tercinta, Malaysia.Namun,aku berasa kecewa kerana tumbangnya kerajaan Barisan Nasional di negeri kelahiranku, Selangor.Negeri aku amat dikenali sebagai sebuah negeri maju.Namun,pilihan rakyat Selangor yang telah memilih pembangkang menerajui negeriku amatlah mendukacitakan.Ini disebabkan mereka mengundi pembangkang kerana terpengaruh dengan omong-omong kosong dan janji-janji kosong yang dijanjikan.Aku sedar pihak pembangkang tidak mampu melaksanakan kerana mereka hanya mengambil kesempatan untuk mentadbir negeri yang telah sedia maju.Mereka tidak perlu lagi memikirkan mengenai pembangunan yang diinginkan oleh rakyat.Rakyat Selangor sememangnya mahukan agar tol tidak dinaikkan dan harga minyak tidak naik.Namun yang pasti hal ini tidak akan menjadi kenyataan kerana harga minyak adalah berdasarkan pasaran dunia dan bukan Malaysia yang menentukannya!!!
Kebanyakan pengundi mengundi secara emosi disebabkan tertekan dengan desakan hidup yang meningkat.Natijahnya,mereka yang menerima kesannya disebabkan kesukaran untuk memilih Menteri Besar baru yang berkelayakan untuk mentadbir negeri yang maju ini.Sebarang keputusan yang ingin dilaksanakan juga dilihat sukar kerana akan timbul perbalahan di antara parti-parti dikemudian hari.
Aku ingin melihat bagaimana pembangkang mencorakkan Selangor dalam lima tahun mereka memegang tampuk pemerintahan.Di harapkan selepas ini tidak lagi timbul rusuhan yang boleh memecahbelahkan kaum dan sebarang keputusan tidak menguris hati mana-mana pihak.Kepada pihak pembangkang,laksanakan amanat dan kepercayaan rakyat Selangor dengan jujur dan ikhlas...
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez