10 September, 2010

Alhamdulillah...

Posted by Ayu Amir at 10.9.10 0 comments
09/09/2010...Satu tarikh yang membuatkan semua pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah seperti cacing kepanasan...hahahahaha....Tarikh di mana mereka yang tidak menerima tawaran ke Sabah dan Sarawak boleh memeriksa penempatan mereka di Semenanjung Malaysia.

Alhamdulilah walaupun Miss Froggy tidak mendapat peluang mengajar di negeri Miss Froggy tetapi sekurang-kurangnya Kuala Lumpur adalah destinasi yang terdekat dengan Selangor. Diharapkan Miss Froggy akan ditempatkan di sekolah yang pelajarnya bukanlah dari kalangan yang tegar tapi seperti buluh yang boleh dilentur.

Tapi yang merisaukan diri Miss Froggy sekarang ialah di mana Miss Froggy hendak mencari Jabatan Pendidikan Negeri di bandaraya Kuala Lumpur...uwaaaaaaaaaaaaaaa....Nampaknya kena menjelajah Kuala Lumpur la selepas raya nanti. Diharapkan semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin...


Selamat menjadi pendidik yang sumbangan dan baktinya akan diingati sampai mati kepada rakan-rakan seperjuangan Pendidikan Moral 2009/2010 lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jangan jemu untuk mendidik anak bangsa walaupun berfdepan dengan cabaran yang sukar dan hebat. InsyaALLAH...

Raya Datang Lagi!...

Posted by Ayu Amir at 10.9.10 0 comments
Bila dengar je pengumuman raya oleh "Pakcik" menyatakan hari Jumaat adalah hari raya, maka sibuklah semua orang membuat persiapan terakhir. Begitu la dengan Miss Froggy. Tapi raya tahun ini tak semeriah tahun-tahun lepas. Anak-anak buah tak beraya dengan Miss Froggy pada tahun ni. Sedih sangat rasa hati.

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan pada semua. Moga lebaran tahun ini memberi seribu rahmat dan kemeriahan. InsyaALLAH.


p/s: kalau makan ketupat dan rendang, jangan berlebihan...Takut nanti lepas raya dapat darah tinggi!..hehehe
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez