01 May, 2010

~ how to choose ur love..?? ~

Posted by Ayu Amir at 1.5.10 0 comments
pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya ketika guru tersebut sedang
mengajar mengenai kasih sayang.

pelajar : cikgu, macam mana kita nak pilih seorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
macam mana nak jaga kasih sayang itu supaya ia berkekalan?


cikgu : ok, kamu ikut ape yang saya suruh. kamu pergi ke padang..kamu berjalan di atas rumput sambil
memandang rumput didepan kamu. pilih yang paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang walau sekali.
dan petik rumput yang paling CANTIK tu dan bawa ke kelas.apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, TIADA sehelai rumput pun ditangannya.


cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih?

pelajar : tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling CANTIK, memang ada yang cantik,
tapi cikgu cakap pilih yang paling cantik. maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang
paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi, bila sampai dihujung padang, saya tak jumpa pun
yang paling CANTIK. mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi yang paling CANTIK tapi cikgu
cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

cikgu : itulah jawapannya, maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
kita haruslah menghargainya, janganlah kita mengabaikannya dengan mencari yang lain kerana
kemungkinan kita takkan bertemu lagi dengan orang yang sepertinya...
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez