30 April, 2011

Aku rindu KENANGAN LALU..

Posted by Ayu Amir at 30.4.11 0 comments
Masa Miss Froggy balik dari sekolah, saya singgah ke Jusco Taman Maluri, Cheras sekejap. Tujuan utama nak membeli track-suit untuk perkhemahan esok. Pintu masuk utama dah terpampang tulisan SALE JCARD MEMBER!. Patut la masa melepak dengan Alias tadi dia ada kata Jusco ada SALE. Memang betul la ye. hehehe. Lias siap kata ada seluar track-suit warna hijau belang. Lias, Lias...tau la minat hijau sampaikan dari atas kepala sampai hujung kaki semuanya nak warna hijau. Dah macam pokok bergerak plak.hahaha.

Ok. Kembali ke kisah tadi. Masuk je Jusco, ruang legar bawah dah ada SALE handbag, perfume, alat solek. Selain itu, terpampang kain rentang HAPPY MOTHER'S DAY SPECIAL. Hari Ibu dah dekat rupanya. Maklumlah bulai Mei nie penuh dengan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu dan Hari Guru. IBU, adalah insan yang banyak berkorban sejak kita dilahirkan. Malangnya, IBU Miss Froggy sudah lama meninggalkan Miss Froggy dan menemui Pencipta-Nya. Miss Froggy kehilangan ibu semasa sedang bertungkus lumus menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa bulan Ramadhan. Ingat lagi waktu malam sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, Miss Froggy melihat IBU sedang mencoret sesuatu di atas surat akhbar. Namun saya tak tahu apa yang dicoretkan.

Tuhan saja yang tahu dugaan yang Miss Froggy perlu hadapi memandangkan sewaktu IBU meninggal dunia, Miss Froggy masih mempunyai kertas Ekonomi Asas untuk dijawab dua hari kemudian. Miss Froggy juga demam selama 2 minggu selepas kematian IBU. Antara sebabnya ialah Miss Froggy amat rapat dengan IBU. Masih Miss Froggy ingat selepas pulang dari sekolah, tugas Miss Froggy ialah menyuap IBU makanan. Sebab itu di zaman sekolah hanya aktif pengakap saja dan tidak aktif mana-mana persatuan. Sebab utama, IBU tidak mapu menguruskan dirinya sendiri. Jika mahu makan, perlu ada orang yang menyuapnya. Ibu hanya boleh mandi sendiri dan masak air sahaja. Kerja-kerja lain IBU tidak mampu membuatnya kesan pengambilan ubat darah tinggi dan kencing manis. IBU seperti orang yang menghidapi Parkinson iaitu tidak mampu memegang sebarang objek berat. Namun, Miss Froggy gembira kerana dapat menyuapkannya makanan ketika makan tengah hari dan makan malam. Miss Froggy masih ingat lagi di mana pada setiap malam dan adakalanya semasa hendak tidur, Miss Froggy akan tidur di bawah ketiaknya. Miss Froggy memang manja dengan IBU sejak dahulu lagi.

Ajal maut ditangan Tuhan. Sebagai manusia kita mesti percaya pada ketentuan-Nya. Miss Froggy harus redha dengan pemergian IBU tersayang. Mungkin sudah lama IBU menderita sakit sejak kelahiran adik yang bongsu. Sudah tiba masanya dia pergi dengan aman. Namun Miss Froggy dan adik-beradik yang lain sangat terkilan kerana kami tidak dapat memandikan arwah kerana kami sedang 'bercuti' pada waktu itu. Yang paling menyedihkan bila nenek mengatakan yang dia tak percaya IBU pergi dulu sebelum dia. Arwah pakcik ketika itu pun berkata demikian. Namun siapa kita untuk menidakkan ketentuan-Nya. Kepada rakan-rakan yang mempunyai IBU, hargailah mereka selagi mereka hidup. Jangan menderhaka dan berniat menguris hati dan perasaan mereka. Kita hanya mempunyai seorang IBU sahaja dan bukannya dua. Kehilangan IBU tidak dapat diganti dengan orang lain.

Al-Fatihah untuk arwah Shamsiah binti Sidek@Sitek. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez