27 November, 2010

Shopping!

Posted by Ayu Amir at 27.11.10 0 comments
 *pintu masuk ruang pameran*

Habis je menonton Rapunzel A Tangled Tale, Miss Froggy singgah ke Mid Valley Exbition Centre. Nak tau apa yang menarik hati Miss Froggy untuk masuk?. Rupa-rupanya ada pameran barangan bayi. Banyak juga booth yang dibuka. Ada juga pertandingan bayi tercomel. Selain itu, ada juga pertandingan gadis-gadis cantik. Ada kena-mengena ke?. Kalau pertandingan ibu mengandung paling menawan sesuai la juga dengan pameran yang di adakan!. Hahaha.

 *antara booth yang menjual barangan baby*

Alang-alang dah masuk, Miss Froggy jelajah setiap booth. Memang rambang mata!!. Miss Froggy yang belum ada anak pun rambang mata, apatah lagi bakal-bakal ibu dan ayah kan?. Hahahaha. Banyak potongan harga diberi kepada pengunjung. Semasa mula masuk, Miss Froggy terjumpa dengan jerung. Jerung??.. bukan jerung betul la!. Tapi mascot jerung dari Aquaria KLCC. Apa lagi, Miss Froggy mengambil kesempatan untuk bergambar bersama mascot jerung dan membeli sekeping tiket masuk ke Aquaria KLCC memandangkan mereka memberi potongan harga yang agak murah!. Tengok ikan sorang-sorang la aku nanti. Huhuhu. Nak buat macam mana. Kawan-kawan sibuk dengan boyfriend masing-masing. Miss Froggy yang masih solo nie terpaksa membawa diri. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

 *posing dengan maskot. Thanks pada jurugambar. ;)*

Puas Miss Froggy membelek dan meninjau barangan yang dijual, Miss Froggy tertarik untuk membeli bantal berbentuk Hippo untuk diri sendiri. Dah lama Miss Froggy tak membeli hadiah untuk diri sendiri. Kiranya hadiah sempena konvokesyen yang telah berlalu. Dah takde siapa yang nak beri, Miss Froggy beli la untuk diri sendiri!. Nampak sangat la Miss Froggy nie tak popular sebab boyfriend pun takde. Takpe la. Jodoh belum sampai lagi. Memang mahal juga la bantal tu. Harga dalam RM 89.00. Tetapi memandangkan ada yang ingin membeli 2 patung, Miss Froggy join sekali. Dapat la harga RM 67.50. Jimat la sikit.


 *Mr Hippoku!!*

Oh ya!. Haniza dah bersalin. Alang-alang Miss Froggy belikan hadiah untuk babynya. Erm…….nak beli apa ya!. Ahaa! Miss Froggy berhajat membelikanya botol susu berkongsi dengan Apis. Cantik juga corak botol tu. Didatangkan khas dari Jepun. Mana ada kat gedung-gedung terkemuka. Hahahaha. Kalau Miss Froggy ada anak, semua jenis barangan dari jenama Love Care, Tokyo Miss Froggydah borong!. Nasib baik la takde anak lagi. Hahaha.

 *hadiah utk baby Haniza*

Ok. Puas dah berjalan sorang-sorang ari nie. Memang sangat gembira dan berpuas hati!!

*cantik kan beg Mr. Hippo nie??*

RAPUNZEL A TANGLED TALE

Posted by Ayu Amir at 27.11.10 0 comments
Seperti yang telah Miss Froggy plan, hari Sabtu Miss Froggy mahu menonton Rapunzel A Tangled Tale di Mid Valley. Memandangkan kawan-kawan Miss Froggy ada yang bekerja dan ada yang mempunyai plan sendiri, Miss Froggy tekad untuk menonton sendirian. Seawal jam 9.00 pagi Miss Froggy telah gerak dari rumah. 

 *iklan di panggung wayang*

Sampai di Mid Valley dalam jam 10.00 pagi. Sampai je Miss Froggy ke panggung wayang, Miss Froggy terkejut sebab barisan dah panjang!. Setahu Miss Froggy  kaunter di buka pada jam 10.00 pagi. Jam berapa mereka mula beratur?. Hish!. Kalau Miss Froggy tau, pas Subuh Miss Froggy dah gerak dari rumah!. Hahahaha.

 *tiket aku!*

Memandangkan Miss Froggy menonton keseorangan, jam 11.30 pagi masih ada lagi 1 tempat duduk kosong. Nasib baik!. Memang ramai yang menonton cerita ini dibandingkan dengan Harry Potter. Mungkin sebab tarikan cerita nie lagi kuat berbanding Harry Potter?. Miss Froggy tak minat menonton Harry Potter sebab Miss Froggy tidak mengikuti kisahnya dari awal. Memandangkan masih awal lagi, Miss Froggy mengambil kesempatan untuk window shopping!. Miss Froggyada membeli aromaterapi dari Lovely Lace sebab dah lama Miss Froggy ingin membelinya dan disebabkan ada sale!. Agak murah juga dibandingkan dengan harga sebelum sale. Lepas nie bau wangi la bilik Miss Froggy!. Hehehe.

Ok, wayang hampir mula. Miss Froggy seperti biasa membeli popcorn sebab Miss Froggy nie memang hantu popcorn!. Hahahaha. Sangat seronok menonton Rapunzel A Tangled Tale walaupun keseorangan. Sebabnya, jalan cerita yang sangat menarik. Semua orang mesti tau kisah Rapunzel A Tangled Tale yang mengisahkan seorang gadis mempunyai rambut ajaib sepanjang 70 kaki yang dikurung di sebuah menara. Nak tau lebih lanjut?. Tonton la sendiri!. Dijamin tidak akan mengecewakan anda semua!

 *popcorn & air mineral*

Hurm…minggu depan nak tengok wayang lagi la. Tak rugi kalau menontonnya dua kali. Tapi banyak lagi cerita lain seperti Ngangkung, 2 Alam, Harry Potter dan lain-lain. Erm…tengok la macam mana nanti. Mungkin nak tengok cerita Rapunzel A Tangled Tale dalam bentuk 3D pula!. Rapunzel oh Rapunzel!!!

 *banner di luar panggung*

KL oh KL!!

Posted by Ayu Amir at 27.11.10 2 comments
Sebut je KL, semua orang tau itu kota metropolitan Malaysia!. Apa yang best dengan KL??. Jalan jem, sesak, pelbagai bangsa, ragam semua ada di KL!. Sebab tu la Miss Froggy tak menyukai KL sebelum nie.

Memandangkan dah 1 minggu Miss Froggy duk di rumah baru, Miss Froggy kena membiasakan diri dengan kebisingan dan kehidupan di KL. Sebelum ni pun duk rumah yang berdekatan dengan HUKM. Memang ada je siren ambulance tiap-tiap masa. Berlainan dengan di Flat Sri Kota ni, maklumlah bersebelahan dengan LRT, tol dan lebuh raya. Apa lagi makin bising la suasana malam dan siang. Bak kata orang "KL tak pernah tido!". Memang betul, jam 12.00 malam masih lagi ramai orang. Seawal jam 4.00 pagi sudah berbunyi ERL dan LRT. Kereta dan motor jangan cakaplah!. Busy kan KL? 

Boleh di katakan Miss Froggy memang susah nak melelapkan mata. Jam 2.00 pagi baru terlelap dan bangun seawal jam 6.30 pagi. Memandangkan Miss Froggy duk di tingkat 14, Miss Froggy suka melihat pemandangan pada waktu malam dan siang dari koridor. Sangat cantik pemandangannya. Lama-lama jatuh cinta pula dan mula membiasakan diri dengan suasana di KL. Seperti kata orang, "tak kenal maka tak cinta!".

Hurm, sekarang kiranya dah jatuh cinta la kan?. Nak buat macam mana, dah ditentukan oleh-Nya mencari sumber rezeki di KL. Pandai-pandai la bawa diri kan?. KL oh KL!!~
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez