12 April, 2008

Dilema...

Posted by Ayu Amir at 12.4.08 0 comments


Tika ini aku masih dalam dilema. Aku tidak tahu kenapa aku berperasaan begini. Mungkin kehadirannya memberi gambaran yang memang dia sesuai untukku. Telah lama aku bisikkan pada kata hati yang aku tidak suka dengannya. Tapi, dia adalah orang yang aku berani untuk meluahkan segala rasa hati tanpa perasaan malu. Peristiwa dulu menyebabkan aku menjadi seorang yang dingin kepada insan yang bergelar LELAKI. Kata orang, pengalaman mengajar seseorang. Namun bagiku, jika pengalaman yang aku lalui perit dan pedih tidak mungkin aku mahu mengulanginya. Selama ini telah banyak lamaran lelaki yang ingin menjadikanku sebagai teman istimewa telah ku tolak. Bukan disebabkan Anti-Lelaki tetapi diriku tidak bersedia untuk menerimanya. Aku adalah orang yang tidak suka mencampur-adukkan antara pelajaran dan cinta. Hal ini disebabkan aku takut sekiranya terkandas dalam pelajaran. Peristiwa dulu turut menjadi pedoman dan guru dalam melaksanakan sesuatu perkara yang menurutku amat penting bagi masa depanku. Buat si dia yang telah lama menghulurkan salam cinta, aku berserah pada-Nya sekiranya memang itulah jodoh buatku. Aku tidak berani untuk meramalkannya sekarang kerana aku amat mengetahui diriku adalah seorang yang sering berubah-ubah dalam memutuskan sesuatu perkara dan keputusan. Bersabar sajalah dengan kerenahku kerana aku juga adalah seorang insan yang amat sukar untuk difahami. Walaupun teman-teman sering mencabar dan mempersendakan diriku kerana sampai sekarang masih solo, namun aku tidak kisah dan tidak melatah. Perkara ini disebabkan aku rasa belum menjadi keperluan untukku mempunyai teman istimewa. Aku ingin membahagiakan keluargaku terutama sekali Abah yang selama ini bersusah payah bagi memastikan aku berjaya dalam pelajaran. Aku dijadikan contoh kepada ahli keluarga yang lain dan aku tidak mahu disebabkan teman istimewa aku telah lari dari landasan matlamat yang sebenar. Biar kita menikmati hidup ini dengan gembira berlandaskan ajaran Islam supaya tidak terpesong dengan dunia yang semakin melalaikan.

Hidangan tradisi masy Jawa...

Posted by Ayu Amir at 12.4.08 0 comments


Hidangan ini merupakan makanan tradisi bagi masyarakat Jawa. Hidangan ini dikenali sebagai nasi ambeng. Hidangan ini amat popular ketika majlis keraian dan doa selamat, majlis Tahlil serta majlis kesyukuran. Hidangan ini amat enak sekali dan terdapat cerita di sebalik penyediaannya. Menurut cerita orang lama-lama, hidangan ini amat istimewa disebabkan semangat kerjasama dan tolong-menolong yamg ingin diterapkan oleh masyarakat Jawa. 5 orang akan duduk bersama dan akan sama-sama mengagihkan kepada 5 orang itu tadi. Hidangan ini merangkumi nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, timun dan keluban. Selepas majlis selesai, Hidangan ini akan di bawa pulang ke rumah masing-masing untuk dinikmati oleh keluarga mereka. Di situ sudah kelihatan semangat kekeluargaan yang tinggi kerana semua ahli keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan nasi ambeng. Buat pengetahuan teman-teman, hidangan ini juga merupakan salah satu makanan kegemaranku. Aku tidak ketinggalan untuk menikmatinya jika abahku pulang dari majlis Tahlil atau kenduri doa selamat. Memang hidangan ini yang ku tunggu-tunggu. Untuk teman-teman, aku syorkan untuk menikmati nasi ambeng ini jika mempunyai kesempatan....Jika mendapat pasangan yang hadir dari keturunan Jawa, pasti hidangan ini akan teman-teman temui.
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez