29 November, 2010

Jom masak-masak!...

Posted by Ayu Amir at 29.11.10 0 comments
 *menu orang bujang...*

Sapa kata orang bujang malas dan tak tau masak?. Silap sebenarnya tanggapan itu!. Bukan semua ya. Miss Froggy terkecuali. Hahahaha. Memang masuk bakul angkat sendiri!.

Alhamdulilah, berkat tunjuk ajar abah, Miss Froggy sudah pandai masak sejak darjah 3 lagi. Tak percaya?. Kalau tak percaya, pergi tanya bapak Miss Froggy!. Hahahaha. Mungkin bunyinya macam aneh sebab rakan-rakan sekeliling pun masih ada lagi yang tak tau masak. Lebih haru, rempah-ratus pun tak kenal. Ikan kembung dengan ikan keli pun tak tau!. Hish!. Orang pompuan, belajar tinggi mana pun, ke dapur juga. Itu pesan arwah mak Miss Froggy.

Ok la, bercerita tengah masak-masak, Miss Froggy baru sahaja selesai masak untuk bekalan esok hari. Maklum la, tak bergaji lagi. Masak lagi jimat kan?. Menu Miss Froggy adalah tauhu goreng kunyit dan kubis goreng. Sangat simple je memasak nie sebenarnya. Sediakan bahan-bahan, panaskan kuali, campak segala ramuan, tambah bahan perisa dah settle!. Dah sedia untuk dimakan. Tak sampai pun 10 minit untuk dua hidangan. Maklum lah, pakar dalam masakan!. hahahahaha. Memandangkan masakan itu untuk bekalan esok, Miss Froggy sudah menyiapkannya di dalam Tupperware. Esok pagi-pagi tinggal angkut je. 

 *kubis goreng*

Boleh dikatakan tiap-tiap hari Miss Froggy akan membawa bekalan ke sekolah. Sampai di sekolah, kerani mesti tanya "Miss Froggy, masak apa hari nie?". Cikgu-cikgu lain pun macam pelik sebab Miss Froggy rajin bawa bekal ke sekolah. sampai bertanya "rajinnya masak? jam berapa bangun untuk masak?". Miss Froggy hanya mampu tersenyum dengan soalan yang diutarakan. Masak nie mudah sebenarnya bagi mereka yang memang suka memasak!. Janji perut Miss Froggy dapat terima apa yang Miss Froggy masak. Thanks to abah sebab ajar Miss Froggy masak dan abah adalah chef terbaik di rumah. Kalah Chef Wan!!. hehehehe. Orang kata, nak pikat suami melalui perutnya. Harap-harap bakal suami Miss Froggy tak cerewet soal makan sebab Miss Froggy nie memilih dalam bab makan tapi aku tak kisah kalau disuruh masak apa jenis menu pun. 

*favourite aku, tauhu goreng!*

Lucu giler!

Posted by Ayu Amir at 29.11.10 0 comments
Seperti biasa, Miss Froggy kena datang sekolah. Bangun pagi dah agak terlewat juga. Gara-gara mengupdate blog sampai jam 3.00 pagi!. Hish...keja gila jam 3 masih online. Sebabnya, semalam dah terlebih tidur gara-gara hujan. Takde aktiviti nak di buat, bantai membuta je la!.

Nasib agak baik dapat mengejar tren LRT jam 7.25 pagi. Ala, bukan jauh pun dengan sekolah tapi sebab nak berjalan kaki, kena keluar awal sedikit. Datang sekolah, sunyi je. hanya ada guru-guru baru seramai 6 orang. Kerani dan CC tiada kerana pergi taklimat.

Ok, cerita pasal kejadian yang berlaku hari nie. Tengah syok kami bercerita, kami dipanggil oleh pengetua. Dalam hati tertanya-tanya apa kesalahan dah kami buat. Sebabnya tadi semasa pengetua sampai, Miss Froggy sedang membelek-belek majalah AVON!. Tak ke haru. Nasib baik Miss Froggy sempat sembunyikannya. Hehehehe.

Kami masuk bilik pengetua. Dia tengok kami dengan tercenggang. Kami pun tengok dia dengan muka blur.  Rupa-rupanya, dia panggil guru-guru baru. Bukannya kami!. Hish!. Kami tergelak dengan pengetua. Pertama kali Miss Froggy melihat pengetua tergelak. Kelakar juga orangnya!. Hahahaha. Kerana dah malu, kami terus ke bilik guru. Perasan sungguh kan?. Mentang-mentanglah orientasi tak habis lagi.

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez