29 April, 2010

~ Aktiviti Menyiapkan Taman Praktikal ~

Posted by Ayu Amir at 29.4.10 0 comments
Guru-guru pelatih diarahkan oleh pihak pentadbir untuk mencantikkan taman di sekolah. Jadi Miss Froggy gelar taman tersebut sebagai "Taman Praktikal 2010".....Sedap kan bunyinya???................




Gambar sebenar taman yang 'bogel' cuma ada beberapa pokok je...huhuhu....Tanahnya adalah jenis yang tanam apa-apa pun boleh tumbuh. Tapi kekurangannya ialah tanah mudah basah apabila hari hujan. Jenuh nak basuh kasut selepas melaksanakan aktiviti nanti..hehehehehehe............


Gelagat guru-guru pelatih yang sibuk mengecat bunga daripada tayar dan tempurung kepala yang akan dibuat sebagai cendawan dalam taman kami. bunga tayar dibuat oleh 'kawan' kak Sya..hahahahahahahahahahaha.....


Gelagat Miss Froggy yang gemar berposing dalam apa jua keadaan.....hehehehehehehe.......Bagi Miss Froggy tiap detik yang berlaku dalam diri kita tak mungkin akan berulang kembali....

~ Gambar-gambar sepanjang praktikal ~

Posted by Ayu Amir at 29.4.10 0 comments

Semasa menjadi Event Manager sempena Hari Kecemerlangan 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Bersama ketua iaitu Pn. Faridah Sanib.



Bersama rakan seperjuangan Miss Froggy selama 3 bulan menjadi guru pelatih, Kak Sya yang comel....hehehehehe....Dia banyak membantu Miss Froggy sepanjang Miss Froggy menjadi guru pelatih. Bila nak menyiapkan RPH, Kak Sya orang pertama yang Miss Froggy cari sebab boleh kongsi dan bertukar-tukar idea. Setakat ini, Miss Froggy sudah menyediakan ABM seperti 'kotak pintar', 'suai padan', menyanyi lagu-lagu patrioritik, menyediakan belanjawan peribadi, berlakon dan macam-macam lagi.



Bersama kak Ijah @ Siti Khadijah iaitu guru pelatih sesi petang. Dunia ini kecil sahaja kerana Kak Ijah menetap di Meru sahaja dan pernah bekerja di kilang Crestronics iaitu kilang yang sama Miss Froggy bekerja. Kami berjumpa ketika di Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu kami tinggal menyewa berdekatan. semenjak berjumpa, banyak kisah-kisah yang kami kongsikan bersama. Kak Ija ibarat ibu kepada kami kerana dia sentiasa menasihati kami apabila berlaku sebarang masalah.


Nurfaddillah @ Dilla adalah 'adik' kerana dia paling muda di antara kami iaitu berumur 24 tahun. Kira muda 1 tahun je dari Miss Froggy....ngeeh2...Pada mulanya Miss Froggy ingat si Dilla ni sombong tapi rupa-rupanya dia ni pendiam orangnya. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Jadi bila dah kenal barulah mesra!!!!!!.....Betul kan??

Kecik je Dilla ni....Rasa nak buli je!..hahahahahaha..........tapi sebenarnya dalam Bilik Nilam Miss Froggy yang kena buli dengan si Dilla ni. Kami dah ada rancangan selepas habis praktikal iaitu bekerja sementara di 99 Supermarket atau Secrect Receipe...Ok tak idea kami??..........Yela, nak men'support'kan diri selepas tiada lagi elaun. Tunggu posting pun lama lagi. Dah posting nanti tunggu 3 bulan pula untuk mendapat gaji pertama. Kan ke haru???.........Dah la nak bayar broadband, insurans dan pelaburan yang dibuat untuk jaminan masa depan. Keja apa pun tak kisah janji HALAL!!!!


04 April, 2010

PRAKTIKAL PART 2

Posted by Ayu Amir at 4.4.10 0 comments
Bergelar guru praktikal memerlukan seseorang individu untuk sentiasa bertanya dan belajar banyak perkara supaya menjadi seorang guru yang bitara. Miss Froggy belajar banyak perkara semasa menjalani guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang. Antara aktiviti kokurikulum yang telah Miss Froggy laksanakan ialah taman 1 Malaysia khas untuk guru-guru praktikal, hari sukan sekolah dan hari kecemerlangan pelajar. Selain itu Miss Froggy juga terlibat dengan perkhemahan dalaman untuk pertandingan kawad kaki selama tiga hari di asrama sekolah. Antara pasukan ynag menyertai perkhemahan ini ialah Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Tujuan utama perkhemahan ini adalah untuk setiap pasukan memantapkan lagi pasukan mereka untuk bertanding pada 8 April 2010 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa. Sangat seronok berkhemah bersama-sama pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Sukar rasanya hendak mendapat pengalaman ini sekiranya Miss Froggy tidak menceburi profesion perguruan. Pengalaman yang sangat berharga semasa Miss Froggy menjadi GURU PRAKTIKAL.................

01 April, 2010

PRAKTIKAL PART 1

Posted by Ayu Amir at 1.4.10 0 comments

1 Mac 2010. Tarikh keramat di mana Miss Froggy menjejakkan kaki pertama kali sebagai guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Miss Froggy sebagai guru Pendidikan Moral dapat mengajar untuk tingkatan 4. Disebabkan sekolah tersebut tidak mempunyai pelajar bukan Melayu yang ramai maka Miss Froggy ditugaskan untuk mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Miss Froggy mengajar Sivik untuk tingkatan 3 dan 5. Dugaan mengajar sebagai guru praktikal amat mencabar diri Miss Froggy. Karenah pelajar-pelajar amat memeningkan kepala disebabkan sekolah tersebut terkenal dengan pelajar-pelajar yang agak nakal. Mudah-mudahan selama 3 bulan Miss Froggy di sini Miss Froggy dapat membiasakan diri dan dapat mencurahkan ilmu dengan secukupnya kepada pelajar-pelajar. Insyaallah...
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez