*antara kelas yang bertanding*
~Assalammualaikum, salam 1 Malaysia. Kami pelajar-pelajar dari kelas 2 Harapan ingin mempersembahkan pengucapan berirama yang bertajuk makanan tradisi orang Malaysia. MALAYSIA kaya dengan makanan tradisi pelbagai kaum. Antaranya, roti canai, nasi lemak, kuih char kuey dan roti BOMMM!!!~
Itu antara skrip salah satu kelas yang bertanding. Miss Froggy rasa sangat gembira kerana semua pelajar sesi petang bersungguh-sungguh berlatih dan berlawan sesama kelas untuk membuktikan kelas mereka yang terbaik dalam pertandingan ini. Sampaikan semasa latihan ada yang bergaduh sesama sendiri. Adoi!!. Bukan ke antara objektif program yang dianjurkan untuk membina kesepakatan di kalangan pelajar? Kalau dah bergaduh tu, nampaknya objektif tak tercapai la. Macam-macam hal la bebudak nie!...
Itu belum lagi persaingan guru-guru tingkatan. Aik? Budak yang bertanding, cikgu yang over ke?. Macam-macam perangai la. Maklumlah cikgu-cikgu tingkatan sesi petang tahun nie semuanya anak-anak dara dan guru-guru baru. Semangat tu lebih la..hehehee...Ikut la, janji korang bahagia. Sampai ke saat pertandingan nak dimulakan pun pelajar-pelajar nie sibuk berlatih. Memang korang best la sebab support program yang cikgu anjurkan. hehehe.. Semangat melawan tinggi sungguh.
Alhamdulilah program nie berjaya dianjurkan hasil kerjasama dari semua pihak terutama sekali pelajar-pelajar sesi petang dan rakan-rakan guru. Kalau takde penyertaan pelajar, program pun tak dapat dijalankan. Terima kasih...terima kasih...terima kasih!!. Miss Froggy buat program atas arahan dan tiada niat untuk dapat pujian. Pujian tu satu bonus bagi saya sebagai guru baru. Bak kata orang 'buah cempedak di luar pagar, abik galah tolong jolokkan, Miss Froggy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'.