10 October, 2010

Raya bersama 1431h

Posted by Ayu Amir at 10.10.10 0 comments
*antara gambar yang diambil ketika berkonvoi beraya bersama dengan geng-geng kilang...impian Miss Froggy raya nie nak naik motor vespa. Tapi tak dapat nak bawak. Dapat tunggang pun jadilah... ;)

*gambar bersama dengan awe...dengan motor honda bulat. Kalau nak tau, nie kitaorang pinjam dengan jiran sebelah rumah yang Miss Froggy datang beraya...hahaha

*antara geng-geng yang teruja dengan motor honda bulat...huhuhu...Baru nak berposing sorang. Tapi hampeh!!...diorang kacau plak!...Tak mengapalah...sebagai KENANGAN TERINDAH~

*aha!...ini pula semasa beraya di rumah cik Lisa...Buat open house + ulangtahun kelahirannya...rindu sangat dengan kak Jar dan Jijah...Antara bunga dalam departmen kami...hahahaha...


*tidak dilupakan...my BFF Cik Noryn a.k.a Watie!!...kiranya tahun nie kali kedua beraya di rumah Miss Froggy...thaks my friend!..Luv u!

*tersenyum lebor dapat berposing berdua dengan vespa!...hehehe...Harap-harap tahun depan ada kesempatan lagi.. ;)

*macam-macam gaya dan macam-macam ragam!...hehehe...sangat meriah bila beraya bersam-sama... ;)

buat-buat sibuk!...

Posted by Ayu Amir at 10.10.10 0 comments
Walaupun minggu pertama sebagai pendidik tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Selain melengkapkan borang dan sijil-sijil untuk gaji, masuk kelas relief je..hahaha. Tapi yang tak seronoknya walaupun mengajar petang, kena masuk jam 9.00 pagi!... uwaaaaaaaaaaaaaa....Tapi memandangkan bas susah, Miss Froggy bangun tido jam 5.50 pagi. Bangun terus mandi dan bersiap. Jam 6.50 bersedia kuar umah menunggu bas...huk..huk..
Tak mengapalah, Miss Froggy anggap sebagai pengorbanan menjadi seorang PENDIDIK!!...

Hujung minggu, Miss Froggy balik Meru. Di sebabkan mendapat jemputan dari geng kilang untuk beraya... hahahahaha....Masih berada dalam mood raya katanya...hehehe...Hari sabtu jam 5.00 petang Miss Froggy datang kilang untuk berkonvoi bersama-sama geng kilang. Terharu juga sebab Miss Froggy masih diingati walaupun sudah tidak bekerja bersama mereka lagi. Kami beraya ke rumah Zana, Hafiz dan akhir sekali rumah Lisa, anak Haji Johari!..Memang sangat kenyang kerana ketiga-tiga umah memasak hidangan yang enak-enak.


Nampaknya, habis sahaja raya kena berdiet la...hahahaha...Sekarang nie pun bila berada di sekolah asyik nak makan je..maklumlah, datang sekolah matahari belum nak naik dan balik matahari dah tenggelam. Badan rasanya adalah naik 2kg hingga 3kg...uwaaaaaaaa....dah la payah nak turunkan berat!...Nasib baik ke sekolah, ada juga bersenam..yela, berjalan kaki baru sampai sekolah...hahaha


Yang penting, rasa sangat seronok dapat spent time dengan geng-geng kilang yang havoc dan kelakar!!...Harap-harap, tahun depan dapat join lagi konvoi beraya dengan geng-geng kilang.. ;)


Aku seorang Pendidik!...

Posted by Ayu Amir at 10.10.10 0 comments
27 September 2010...Bermulalah kehidupan Miss Froggy sebagai seorang pendidik. Hari pertama iaitu Isnin merupakan taklimat kepada semua pendidik di seluruh Malaysia. Kalau di Kuala Lumpur, taklimat diadakan di Kuala Lumpur International Hotel. Dari jam 7.30 pagi sehingga 4.00 petang kami mendengar taklimat yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur. Banyak input yang kami perolehi semasa taklimat di adakan. Pada taklimat itu juga diadakan majlis ringkas watikah penerimaan sekolah buat guru-guru...Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar...

Semoga Miss Froggy berjaya dalam mendidik anak bangsa!. Amin.
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez