27 January, 2008
Pernikahan Cik Romlah...
Kempen berbasikal CAP...
Gambar nie diambil selepas kami menyertai kempen berbasikal anjuran CAP di stadium Darul Aman,Kedah..Best giler masa tu!!
Kempen yang dianjurkan oleh CAP adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat bahawa penggunaan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman adalah sangat berbahaya kepada kesihatan kita.Di sekitar kawasan stadium juga terdapat gerai-gerai yang menunjukkan produk yang mengandungi gula berlebihan..Di samping seronok menunggang pengunjung juga boleh mendapatkan info mengenai produk-produk yang berbahaya dalam pasaran.Oleh itu,jadilah pengguna yang bijak dengan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan lebihkan gula dalam senyuman...
My Friend engagment..
Gambar nie adalah gambarku dengan temanku di majlis pertunangannya..Temanku ini bernama Haniza.Temanku semasa Form6 dahulu..Walaupun telah lama aku meninggalkan Form6 namun ikatan persahabatan kami tetap utuh sehingga sekarang.Namun aku tidak tahu lagi sekiranya dia sudah bergelar isteri orang masih lagi ke ikatan persahabatan kami akan terus berkembang?....
Namun aku tumpang gembira untuknya..Ramai juga teman-temanku yang sudah bergelar tunangan orang dan isteri orang bahkan bergelar "ibu".Tinggal aku sahaja yang masih mencari dan terus mencari bakal suami yang di idam-idamkan..Semoga aku memperolehi bakal suami yang soleh dan dapat membimbing aku ke jalan yang diredhani Allah.