27 August, 2010

Kisah Tentang Posting...

Posted by Ayu Amir at 27.8.10 0 comments
Dulu, masa belajar sibuk nak habis cepat. Kononnya nak cepat-cepat dapat kerja. Bila latihan praktikal, nak cepat-cepat habis dan selalu bersedia menanti kedatangan pensyarah sebagai penyelia. Pejam celik, pejam celik dah dekat dua bulan menanti 'suntingan' dan 'lamaran' dari pihak KPM untuk ditempatkan di mana....

Dengar macam-macam versi dari mulut pihak yang berlainan tentang posting. Ada yang kata posting bulan tujuh. Bila dah hantar surat resign, rupa-rupanya sekadar 'khabar angin' semata-mata. Duduk rumah seminggu untuk berehat-rehat selepas berhenti kerja dari Pizza Hut. Hari-hari meronda sekitar Klang dan Meru, mencari kerja kosong. Alhamdulillah dapat kerja sebagai pekerja kontrak di kilang farmasi.

Sekarang, dah masuk pertengahan bulan Ogos, namun khabar berita mengenai posting tak kunjung tiba. Diharapkan selepas hari raya nanti, khabar gembira akan diperolehi. Amin.





Posting OH Posting!!....

Posted by Ayu Amir at 27.8.10 0 comments
Dulu masa belajar masalahnya nak cepat-cepat habis sebab kalau boleh tak nak dah lama-lama bergelumang ngan stress menghadap buku dan kuliah...

Bila tiba time internship pula, cepat-cepat nak habiskan masa tiga bulan yang diperuntukkan ..hari-hari dok mengira berapa jam, minit dan saat yang masih tinggal untuk pulang ke kampung dan bersama keluarga. Begitulah keadaan yang dihadapi oleh Miss Froggy dan kawan-kawan...



Seminggu sebelum habis parktikal, semua barang-barang sudah di masukkan ke dalam kotak kerana semangat untuk pulang berkobar-kobar...tidak sabar rasanya menunggu hari akhir persekolahan....ingin menjerit MERDEKA!!!

Semua itu tinggal kenangan yang indah...sekarang jika dikenang kembali..rindunya rasa ingin ulang kembali kenangan-kenangan tersebut...Sekarang masalah baru sudah timbul...

Lamanya menunggu posting....sudah bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa pun....menunggu dan menunggu juga merupakan satu penyeksaan...ohhh!! dulu bersungguh ingin habis cepat..sekarang ingin kembali kepada keadaan dulu...sentiasa sibuk, tidak cukup masa, berriuh rendah dengan anak-anak murid dan sebagainya...

Posting ohh posting bila kah masanya akan tiba jua.....

~Generasi Hebat!~

Posted by Ayu Amir at 27.8.10 0 comments
Kita semua dilahirkan 'tuk berjaya
kita harus sedari siapa kita
kita semua handal, kitalah juara
Bukan mudah untuk kita mencapainya
Kita harus tekun, jangan putus asa
Walau betapa sukar, halangan yang ada

Takdir kita, kitalah penggubahnya
Jangan biarkan sesiapa menidakkannya
Bukalah mata, jangan kau terlalu leka
Kita semua hebat, kitalah juara

Jangan siakan setipa peluang yang ada
Ku pedulikan sesiapa yang tak percaya
Melangkaui kemampuan yang sedia ada
Ku tahu diriku hebat, akulah juara

我们一起手牵手
Wo men yi qi shou qian shou
追求我们的梦
Zhui qiu wo men de meng
失败并不是理由
Shi bai bing bu shi li you
相信自己的梦
Xiang xin zi ji de meng
才华自信您都有
Cai hua zi xin ning dou you
机智卓越的英雄
Ji zhi zhou yue de ying xiong

果敢的向前和追求
Gua gan de xiang qian he zhui qiu
机警的变通
Ji jing de bian tong
想法都开通

Xiang fa dou kai tong
创新我追求
Chuang xin wo zhui qiu
保持勤勉的奋斗
Bao chi qin mian de fen dou
冠军一定属于我
Guan jun yi ding shu yu wo

Setiap impian pasti ada cabaranya
Namun ku tetap berani menempuhinya
Jika terlalu mudah, tiada ertinya
Untuk setiap soalan, ada jawapannya
Untuk setiap batasan, ada natijahnya
Walau betapa payah, jangan putus asa

Yang terbaik, itu saja ku tahu
Kan ku teroka yang terbaru bagi ku
Bukalah mata, jangan kau terlalu leka
Kita semua hebat, kitalah juara
Jangan siakan setiap peluang yang ada

果敢的向前和追求
Gua gan de xiang qian he zhui qiu
机警的变通
Ji jing de bian tong
(kan)
想法都开通

Xiang fa dou kai tong
(ku pedulikan saja)
创新我追求
Chuang xin wo zhui qiu
(mereka yang tak percaya)

Ku tau diriku hebat, akulah juara

Tragedi 15 Ramadhan 1431 Hijrah

Posted by Ayu Amir at 27.8.10 0 comments
Nak kata lucu pun boleh, kesian pun boleh. Pulang kerja jam 8.30 malam, Miss Froggy bergegas hendak pulang ke rumah. Entah mengapa pada malam itu Miss Froggy seperti melambat-lambatkan masa untuk menghidupkan motor skuter Miss Froggy. Miss Froggy sempat lagi bergurau senda dengan rakan-rakan yang lain. Selepas menyimpan beg dalam motor skuter, Miss Froggy terus menghidupkan enjin. Alangkah terkejutnya Miss Froggy apabila start sahaja enjin, motor terus meluru ke depan. Miss Froggy terlanggar tiang yang menyebabkan lutut Miss Froggy bengkak membiru. Kawan-kawan yang lain ingat Miss Froggy hendak membuat aksi dengan memulas motor sekuat hati. Dalam menahan kesakitan, Miss Froggy sempat juga tergelak besar mengenangkan aksi sebentar tadi...Orang kata 'malang tidak berbau'. Miss Froggy ter'excident' hanya kerana wayar skuter dah loose. nasib baik Miss Froggy tak mengalami kemalangan jiwa yang teruk dan terlanggar kenderaan lain. Alhamdulillah...
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez