08 June, 2010

...kisah budak PIZZA~~

Posted by Ayu Amir at 8.6.10 0 comments

Selepas habis je praktikal sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Miss Froggy buat part time di Pizza Hut Setia Alam. Miss Froggy bekerja bersama Dyla, rakan guru pelatih di sekolah yang sama. Kami mula bekerja sebagai 'budak pizza' pada 3 Jun 2010 tepat jam 6.00 petang.


Sudah kira-kira 1 minggu Miss Froggy dan Dyla bekerja sebagai 'budak pizza' di Setia Alam. Jam bekerja kami masih lagi bermula pada jam 6.00 petang. Cuma baru sekali saja kami 'closing'. Rasanya seperti nak patah pinggang sahaja kerana penat bekerja. 1 minggu ini tugas kami hanya sebagai 'buzzing', 'setting' dan mencuci pinggan sahaja. Keja sebagai 'budak pizza' memang memenatkan!!!.................

Tetapi, perkara yang penting Miss Froggy dan Dyla dapat makan pizza hari-hari. Selain itu, dapat makan spaggetti, salad buah-buahan dan dapat minum soft drink secara PERCUMA!!!. Jadi selama 1 minggu kami bekerja, kami tak keluarkan duit belanja untuk makan pun. Sangat best!!!....hehehehe~~ . Sampaikan berat badan pun dah bertambah!....huhuhuhuhu....

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez