23 December, 2010

Bila orang LELAKi turun ke dapur!

Posted by Ayu Amir at 23.12.10 0 comments
[ini bubur suro@lambuk]

Salam buat semua!. Ok la nak cerita kisah tentang orang lelaki bila masuk ke dapur. Hebat tau diorang bab-bab memasak nie. Contohnya, abah Miss Froggy. hehehehe. Pakar dalam bab-bab memasak. 

Ceritanya begini, jam menunjukkan 12 tengah hari Miss Froggy dan kak Mas masih belum menanak nasi dan masak. Masing-masing leka menonton cerita kartun. Miss Froggy dan kak Masa memang fanatik cerita kartun.  Bila abah balik kerja, abah tanya "dah masak nasi ke? masak lauk apa?". Miss Froggy dan kak terkedu. Adoi!. Miss Froggy jawab " belum lagi bah, tengah tengok tv, jap lagi ya".

Abah jawab "tak payah masak. Abah nak buat bubur.Kan bulau suro [Muharram]". Miss Froggydan kak Mas apa lagi, berjimba la. hehehe. Kak Mas cuba menolong memotong sayur. Selebihnya, abah yang buat. Bukan la jadi anak derhaka, tapi bab masak bubur memang abah teror.Makcik dan pakcik sebelah rumah pun tau abah hebat memasak. Minggu lepas makcik sebelah rumah dah tanya bila nak buat bubur suro. hehehe.

Tugas Miss Froggy hanya beli santan kat kedai [punyalah malas anak dara]. Memandangkan belum mandi, Miss Froggy ambil kesempatan untuk mandi dulu. Menyinga juga abah tunggu santan tak beli-beli lagi. Sori abah!.

Kira-kira jam 2 petang, siap la bubur suro hasil air tangan abah. Memang sedap!. Miss Froggy juga la jadi penghantar kat rumah makcik dan pakcik sebelah rumah. Hantar dalam piring dan mangkuk tingkat [macam zaman dulu-dulu].

 [inilah hasilnya bila dihidangkan]

Oh.. Sebab dah janji nak date dengan BF, Miss Froggy cepat-cepat jamah sikit bubur. Takut balik rumah nanti tinggal bekas yang belum basuh je [bercakap dari pengalaman]. Kempunan pula Miss Froggy nanti. huhuhuhu. Yang pastinya, bubur suro abah memang sedap!!!.. ;)

Orang lain bercuti, kami bekerja!

Posted by Ayu Amir at 23.12.10 0 comments
 [posing jap]

Salam buat teman-teman. Kali ini Miss Froggy nak cerita pasal cuti sekolah. Mungkin teman-teman yang bukan cikgu akan ingat bila cuti sekolah, semua cikgu-cikgu pun bercuti!. Hish! salah anggapan teman-teman tu. Sebabnya, Miss Froggy dan guru-guru baru perlu bekerja kerana kami perlu menjalankan orientasi selama 3 bulan!. bunyi macam lama kan?.

Memandangkan cuti sekolah sunyi sepi [SPM dah habis kan?], kami ditugaskan untuk menyiapkan back drop untuk program orientasi 31 Disember 2010 nanti. Kiranya, ada juga la keja yang dibuat daripada dok terconggok dalam bilik guru. Macam-macam gelagat dapat diperhatikan bila guru-guru menampal back drop. Hish! dah macam kanak-kanak RIBENA pula.. ;)

[aktiviti panjat memanjat ;)]

Walaupun ada yang main-main ketika bekerja, kerja kami akhirnya siap juga. Kami juga telah mendapat persetujuan pihak pentadbir berkaitan dengan back drop yang ditampal. Berbaloi juga kerja yang kami laksanakan. Bak kata pepatah, Alah bisa, tegal biasa. Weeeeeeeee...

 [back drop yang dah siap!]

Kesimpulannya, seronok juga bekerja semasa cuti. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, kami juga dapat mengenali pihak pentadbir dengan lebih rapat. Harap-harap, tahun depan dapat cuti ya!.. ;)

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez