19 December, 2010

Tenggelam timbul...

Posted by Ayu Amir at 19.12.10 0 comments
 *hanya sebagai gambaran semata-mata*

Agak lama gak tak entry cerita terbaru. Antara sebabnya ialah demam panas. Kalau dah demam sampai terlantar 3 hari, takde makna nak online. huhuhu. Sebab kedua, Miss Froggydicutikan selama seminggu. Sebab terakhir, Miss Froggy sibuk date dengan BF. hehehe.

Satu minggu je cuti, tapi banyak agenda yang telah aku rancang. Antaranya, menjenguk 3A [Adib, Adli, Adam] di Kelantan. Macam tak percaya je Miss Froggy pergi Kelantan sorang-sorang. First time pula tu dengan menaiki bas. Dalam jam 4 petang, Miss Froggy tinjau tiket kt Klang Sentral. Nasib baik ada lagi. Tau kul berapa? Kul 8 malam bas gerak. Mak ai, barang-barang tak kemas lagi!!. Dapat je tiket dua hala, Miss Froggy terus pecut ke rumah kemas barang-barang yang perlu di bawa.

* Miss Froggy naik bus Sani!.. ;)*

Dalam perjalanan, boleh dikatakan Miss Froggy tak tidur. Sebabnya, Miss Froggy takut...huhuhu. Bas lalu Merapoh. Jalan dah macam nak ke Genting, Banyak betul selekoh..uwaaaaaaaaaaaa. Tak sanggup Miss FroggyMiss Froggy leh tidur2 ayam je. Bas berhenti di Merapoh untuk penumpang lepaskan hajat masing2 [makan, minum, solat, gi toilet]Miss Froggy singgah toilet je [tu pun dah tawaf banyak kali baru jumpa. Segan nak tanya orang. Nampak sangat tak pernah sampai Kelantan].

Jam 6 pagi, sampai di Rantau Panjang. Alhamdulilah. Sampai je rumah akak Miss Froggy  Miss Froggy terus kejut 3A. hehehe. Terkejut diorang nampak Miss Froggy  Lagi2 si abang. Rindu katanya dengan Acik Ayu!..Acik pun rindu korang juga!. Memandangkan akak Miss Froggy keja, Miss Froggy jaga 3A kat rumah [walaupun sebenarnya Miss Froggy tertidur sebab keletihan]. Kiranya, aktiviti Miss Froggy hanya bermain dengan 3A aje. Miss Froggy main perang-perang sebab diorang memang suka permainan tu..hehe.

*buah hati pengarang jantung*

Hari kedua di Kelantan, akak Miss Froggy ajak shopping!..Wah! Miss Froggy memang suka bab nie!. hehehe. Niat hati hanya nak beli tudung adik kirim, dah singgah kat kedai tudung, Miss Froggy yang banyak memborong!!!Adusssssssssss!..hurm, takpe la, dah lama tak beli tudung pun. Tudung2 sedia ada banyak dihadiahkan oleh orang. Maklumlah....dulu tak reti bab2 tudung nie...Selain tudung, Miss Froggy juga memborong kain2 untuk di buat baju kurung. Agak banyak juga la..hehehe. Tak lupa juga beli ole2 untuk family dan member2. Orang kata sambil melancong kena memborong!.hahaha.

*antara benda yang di borong di zon bebas cukai, Rantau Panjang*

Malam kedua di Kelantan, Miss Froggy kena gerak balik Klang. Masa sangat mencemburui. Tak habis nak lepaskan rindu dengan 3A dah kena balik. Disebabkan tuntutan kerja, Miss Froggy kena balik. Akak antar Miss Froggy kat stesen bas. Menitik air mata Miss Froggy masa bas meninggalkan terminal. Sedih nak tinggalkan anak buah. Entah bila dapat jumpa diaorang lagi. sob..sob..sob..
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez