08 December, 2010

Bila orang LELAKI bershopping!

Posted by Ayu Amir at 8.12.10 0 comments
 *window shopping di Carrefour*

Hurm, mega sale hujung tahun datang lagi. Seperti biasa, ramai orang yang memang suka bershopping ternanti-nanti peluang untuk membuang duit mereka. Bercakap bab shooping, rasanya orang pompuan lagi ligat kan?. Jenguk la mana-mana shopping complex yang menawarkan potongan harga, jantina mana yang ramai mengerumuninya?? POMPUAN a.k.a WANITA kan??


Jangan tak tau, kaum LELAKI (patutnya jantina lelaki) ada juga yang gila shopping!!. Contohnya, kawan LELAKI Miss Froggy (namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu) memang gila shopping. Lagi-lagilah gaji dah masuk!.hehehe. Kalah orang pompuan tau. Mungkin dia nak lepaskan geram sebab dapat membeli barang yang telah lama diidamkan. Lagi pun, bila gaji dah masuk, masing-masing perlu beri pada keluarga dahulu. Selebihnya memang spend untuk diri sendiri la. Tak gitu??

Tak salah rasanya untuk manjakan diri sendiri selepas penat mengerah keringat mencari rezeki. Lagi-lagi rezeki yang HALAL. Baru la berkat apa yang kita belanjakan. Kan???

Tak kisah la. Laki ke pompuan ke, yang penting semua orang gembira atas apa yang telah dibelanjakan hasil daripada wang pencarian mereka. Selamat bershopping dan menghabiskan duit kepada kaki-kaki shopping di luar sana!! ;)

Miss Froggy & Mamak!

Posted by Ayu Amir at 8.12.10 0 comments

Miss Froggy & mamak tidak dapat dipisahkan!hish!..Miss Froggy memang tak suka sangat makan kat mamak....Sebab? Korang fikir la sendiri!...Tapi di sebabkan cuti sekolah, kantin hanya menyediakan makanan untuk pengawas peperiksaan sahaja . Jadi, terpaksa ikut kawan-kawan keluar makan di kedai mamak!.huhuhuhu.

Nanti kebulur pula bila tak dapat makan. Miss Froggy hanya makan maggie goreng basah dan nasi kandar je. Kalau teringin baru order air limau ais. Teringat kenangan makan di restoren Zubaidah, UUM. Air limau ais memang power!. Takde tandingan dari mana-mana tempat. Rahsianya, air limau dicampur dengan asam boi. SedaP!!.

Hurm, kedai mamak sebelah sekolah nie boleh tahan la makanannya. Tapi, masakan abah paling sedaP di dunia!..hehehe. Takde kedai yang boleh lawan masakan abah. Percayalah!. Sebab, Miss Froggy dah makan masakan dari air tangan abah sejak kecil lagi. Mamak pun mamak la, asalkan perut kenyang!! ;)

Aktiviti Maal Hijrah!

Posted by Ayu Amir at 8.12.10 0 comments
 *gerammnya dengan teddy bear ni!*

Semalam kan cuti Maal Hijrah, jadi Miss Froggy ambil kesempatan ke Midvalley Megamal. Niat hati nak jenguk ke MPH Bookstore je. Tapi kalau dah singgah ke shopping complex, mesti ada je benda yang Miss Froggy akan beli. Semalam, berhabis lagi dengan beli sepasang kasut. Mahal juga tapi yang penting selesa dipakai. Tau dek akak Miss Froggy, mau kena marah!. Dah berhabis lebih RM 500 untuk 3 pasang kasut aje!. Hish!...

*kasut apa yang aku beli?tet!*

Puas membeli kasut, peralatan mandian dan make-upMiss Froggy mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di ruang legar shopping complex. Hehehe. Tema untuk Krimas tahun nie agak meriah di Midvalley. Teddy bear yang dipertontonkan sangat besar!!...Dah macam gergasi pula!hehehe.


Tapi Miss Froggy agak kecewa sebab tak dapat nak berposing bersama. Yela, kan shopping sesorang je!huhuhuhu. Jadi, Miss Froggy abik je gambar-gambar teddy bear ni. jadilah, untuk tatapan kawan-kawan... ;)

*rusa pun ada!*

Hurm, dah penat berjalan, singgah Secrect Receipe untuk mengisi perut yang lapar tak diisi semenjak pagi...Suka sangat dapat makan spagetti walaupun makan sesorang!!!hehehe.

*sedapnya!yum..yum..yum..*
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez