28 January, 2010

Memoir DPLI 2010...

Posted by Ayu Amir at 28.1.10 0 comments
Hari ini merupakan hari terakhir bagi Miss Froggy dan kawan-kawan hadir ke kelas. Kelas kami yang terakhir adalah kelas Perkembangan Moral, Cikgu Zulkifli Mamat. Kelas hari ini adalah semata-mata menjawab kuiz sebelum peperiksaan akhir berlangsung pada 9, 10 dan 11 Februari 2010.


Sebelum bergerak pulang, Miss Froggy dan kawan-kawan mengabdikan diri untuk bergambar kenangan di sekitar PC, Proton City sebagai tanda kenangan. Mungkin selepas ini, masing-masing sibuk sehingga tiada masa untuk bertanya khabar dan berita...



Walau apa pun, kelas DPLI, UPSI sememangnya antara kelas yang terbaik semasa Miss Froggy belajar di universiti. Kawan-kawan semuanya sporting dan gila-gila. Diharapkan persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. Insyaallah....



27 January, 2010

"Microteaching"

Posted by Ayu Amir at 27.1.10 0 comments
Alhamdulilah....Akhirnya Miss Froggy berjaya menyelesaikan tugasan terakhir di semester 2 DPLI UPSI. Aku mengajar murid-murid di dalam kelas mengenai nilai Melindungi Hak Pengguna di bawah sub tajuk Kebajikan Pengguna Tanggungjawab Semua. Aktiviti induksi Miss Froggy paparkan poster mengenai pengguna yang terdapat di lawan web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Aktiviti seterusnya pula Miss Froggy menyuruh murid-murid yang secara sukarela main peranan tentang situasi antara pemilik salun kecantikan dengan pembeli krim kecantikan yang teraniaya semasa membeli kerana dijanjikan kulit muka akan menjadi cantik selepas menggunakannya. Berjaya juga aktiviti ini dilakonkan dengan baik oleh para pelakon yang terdiri daripada Kak Aishah, Zahari, Visha dan Nadhirah. Sporting betul la murid-murid ni dalam lakonan yang dimainkan oleh mereka dan seperti pelakon yang professional sungguh!.......



Aktiviti yang terakhir pula aktiviti yang dilakukan dalam kumpulan. Kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil supaya perbincangan berjalan dengan baik dan lancar serta ahli-ahli kumpulan dapat melontarkan idea mereka. Keseluruhannya, pengajaran Miss Froggy dianggap berjaya kerana Miss Froggy berjaya mengawal kelas dengan baik.


Komen-komen dari teman juga memberangsangkan. Syukur pada Allah kerana Miss Froggy berjaya menerapkan nilai ini kepada murid-murid. Miss Froggy akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan agar  Miss Froggy menjadi guru yang baik pada masa akan datang...Amin.


20 January, 2010

Sakit Perut...

Posted by Ayu Amir at 20.1.10 0 comments
Hari ini perut Miss Froggy berasa sangat sakit kerana sakit perempuan datang. Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya Miss Froggy menahan kesakitan. Semua perkara yang Miss Froggy ingin lakukan terbengkalai kerana Miss Froggy tidak berdaya untuk duduk. Miss Froggy hanya mampu baring sahaja di atas tilam...Ya Allah....Harap-harap esok perut Miss Froggy akan pulih kerana esok Miss Froggy ada kuiz....Amin.

Handphone Rosak...

Posted by Ayu Amir at 20.1.10 0 comments
Sudah seminggu handphone Miss Froggy rosak dan tidak boleh menerima dan membuat sebarang panggilan. Hanya sistem pesanan ringkas (SMS) sahaja yang boleh Miss Froggy terima sehingga hari ini. Hidup Miss Froggy menjadi susah kerana Miss Froggy tidak dapat membuat panggilan kepada keluarga di rumah dan rakan-rakan.

Niat hati Miss Froggy ingin membeli sebuah handphone baru tetapi masih ingin menggunakan handphone lama kerana handphone berkenaan hadiah daripada abah. Miss Froggy sayang sekali dengan handphone tersebut. Alang-alang membeli handphone baru Miss Froggy ingin sekali membeli iphone apple...Miss Froggy sangat suka dengan kemudahan yang disediakan oleh handphone jenis ini...=)



Harap-harap impian nie akan jadi kenyataan tidak lama lagi. Amin.

19 January, 2010

Macam-Macam

Posted by Ayu Amir at 19.1.10 0 comments
Pagi ahad Miss Froggy terpaksa bergegas pulang ke rumah di Klang di sebabkan mempunyai urusan keluarga. Agak penat juga kerana Miss Froggy terpaksa pulang semula ke Tanjung Malim pada hari Isnin pagi. Tapi sekurang-kurangnya urusan yang Miss Froggy lakukan siap juga. Sebelum menaiki bas untuk pulang ke Tangjung Malim, Miss Froggy sempat membeli-belah di Petaling Street berseorangan dan membeli sepasang baju t-shirt. Setelah puas membeli barang yang Miss Frogy hajati, Miss Froggy singgah di Mc Donald untuk membeli burger prosperity chicken. Oleh kerana hanya ada bas pada jam 2.00 petang, Miss Froggy menunggu sambil menikmati burger yang telah aku beli.

Sampai sahaja di Tanjung Malim, Miss Froggy terus bergegas ke kelas di Proton City. Walaupun kepenatan, Miss Froggy terpaksa juga menghadiri kelas sehingga jam 7.00 malam. Pulang sahaja dari kelas Miss Froggy terus tidur kerana kepenatan....

16 January, 2010

Akibat Nak Kurus......

Posted by Ayu Amir at 16.1.10 0 comments

Pagi ini Miss Froggy ada membaca artikel di akhbar Kosmo yang menceritakan mengenai kematian seorang wanita akibat melakukan pembedahan menyedut lemak. Wanita itu melakukan pembedahan tersebut disebabkan ingin kelihatan cantik di mata suaminya. Akibat pembedahan menyedut lemak yang dilakukan oleh wanita berkenaan, kesannya wanita itu menggelupur kesakitan dan akhirnya meninggal dunia dunia di sebuah klinik swasta. Ingatan kepada wanita-wanita di luar sana, jangan terlalu taksub untuk cantik sehingga menggadaikan nyawa sendiri.......

15 January, 2010

Kenangan Bersama Teman-Teman di Majlis Dina

Posted by Ayu Amir at 15.1.10 0 comments

Dina dah kahwin!!!.........................hehehehe.....Akhirnya, Dina kahwin juga. Di sini Miss Froggy sertakan foto-foto bersama teman-teman yang hadir. Susah juga nak jumpa teman-teman kalau tidak di majlis perkawinan teman-teman....

Tidak Berapa Lama Lagi...

Posted by Ayu Amir at 15.1.10 0 comments

Pejam celik pejam celik, tidak lama lagi Miss Froggy akan meninggalkan UPSI dan menjalani praktikal selama 3 bulan di sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Dalam sibuk-sibuk menghabiskan pengajian, masih banyak lagi assigment yang masih menunggu untuk disiapkan. Antaranya ialah assigment Perkembangan Moral, Kaedah Mengajar dan Projek Khidmat Masyarakat. Setelah selesai semua assigment peperiksaan akhir pula akan menanti. Semoga peperiksaan kali ini akan lebih cemerlang berbanding sebelumnya. Amin...

2010 menjelma...........

Posted by Ayu Amir at 15.1.10 0 comments
Sudah lama rasanya Miss Froggy tidak menulis di blog ini. Kesibukan bergelar pelajar membuatkan Miss Froggy mendahului perkara-perkara yang penting terlebih dahulu. Pejam celik pejam celik sudah 3 minggu kita berada di tahun baru 2010. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2010 ini. Antaranya ialah adik Miss Froggy sudah menyambung pelajarannya di Politeknik, Perlis. Alhamdulilah...akhirnya adik Miss Froggy sedar yang ilmu adalah harta paling berharga untuk seseorang bangkit dan keluar dari kepompong kemiskinan. Kini, tinggal abah seorang diri di rumah kerana semua anak-anaknya sibuk dengan kehidupan sendiri seperti menyambung pelajaran dan komitmen bersama keluarga masing-masing. Miss Froggy juga sudah lama tidak pulang menjenguk abah. Bukan kerana tidak sudi tetapi banyak komitmen dengan tugasan dan kuliah...Miss Froggy harap abah akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat hendaknya...Love u Abah!!!
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez