22 October, 2010

DPLI Convocation@UPSI 17102010

Posted by Ayu Amir at 22.10.10 0 comments

Yahoooooooooo!!!...Setelah berhempas pulas selama 7 bulan dan praktikal selama 3bulan, akhirnya Miss Froggy berjaya menamatkan pelajaran. Yang paling seronoknya, Miss Froggy berjaya menjejaki pentas konvokesyen sebanyak 2 kali!...Alhamdulilah syukur pada-Nya.


Pada mulanya memang tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen ini disebabkan banyak perkara yang berlegar-legar difikiran. Antaranya ialah rumah sewa yang masih belum ditemui, kerja-kerja sekolah, ketiadaan keluarga yang datang meraikan dan masalah kewangan.


Namun, dengan pujukan kawan-kawan terutamanya Kak Laily dan Ain, Miss Froggy mengagahkan diri menjejaki majlis konvokesyen yang kedua untuk diriku. Alhamdulilah walaupun ketiadaan keluarga yang menemani tetapi kehadiran rakan-rakan memadai untuk Miss Froggy bergembira bersama.


Rasa sayu bercampur dengan rasa gembira apabila berada di dalam dewan semasa majlis konvokesyen berlangsung. Sayu disebabkan selepas ini, tugas yang akan dipikul amat berat dan menjadi amanah buat diriku bagi mendidik anak-anak bangsa. Gembira disebabkan kejayaan Miss Froggy menamatkan pengajian dan berjaya menempatkan diri di alam pekerjaan dengan gelaran sebagai GURU. Alhamdulilah...


Walaupun ramai teman yang tidak hadir untuk meraikan kejayaan ini disebabkan bertugas di tempat yang jauh, namun masih ada yang sanggup mengambil cuti untuk bersama teman-teman yang lain. Tahniah diucapkan kepada mereka semua dan syabas diucapkan...Ada rezeki, kita naik ke pentas konvokesyen untuk mengenggam segulung Ijazah Sarjana!...Amin.


Antara program CPR 2010

Posted by Ayu Amir at 22.10.10 0 comments
*setiap guru wajib berposing sebelum mendaftar masuk. Macam-macam gaya yang digayakan oleh kami*

Banyak juga aktiviti yang di adakan di SMK Convent Jalan Peel (CPR) semenjak 3 minggu Miss Froggy bertugas. Masuk sahaja mendaftarkan diri, sudah ada Hi-Tea yang di adakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Sangat meriah dan sedap makanan yang disajikan. Tema pada jamuan akhir tahun guru-guru dan kakitangan ialah 'Arabian'. Pada majlis ini dapat dilihat guru-guru yang melaram habis!...hahahaha...Sporting sungguh mereka kerana memakai pakaian mengikut majlis!...Miss Froggy je yang lari tema disebabkan ketiadaan budget untuk membeli pakaian baru. Pakai yang sedia ada sudah memadai. Tahun depan, boleh la melaram!..hahaha

*antara gadis-gadis Arab*

Acara memang meriah. Terdapat pelbagai aktiviti yang di adakan. Antaranya ialah cabutan bertuah, permainan dan nyanyian karaoke. Rezeki tahun ini tiada. Hanya mendapat hadiah semasa pendaftaran sahaja iaitu 3 set mangkuk kecil. Alhamdulilah.

*bersama guru-guru GSTT dan kakitangan sekolah CPR*


*bersama kak Lele, mentor program orientasi*

*bersama kak Adlina, guru GSTT yang Miss Froggy ambil alih kelasnya...*



Alahai!...report...report...report!.

Posted by Ayu Amir at 22.10.10 0 comments


Erm...sejak bergelar guru baru, macam-macam benda nak kena buat. Salah satunya adalah menyiapkan report!..uwaaaaaaaaaa...Setiap hari, perlu membuat catatan untuk dimasukkan di dalam report. Selain itu juga, perlu mengadakan sesi mentoring bersama guru pembimbing dan menemu bual Penolong Kanan HEM, Akademik dan Kokurikulum, Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Ketua Panitia bagi mengetahui perkara-perkara yang patut dilakukan di sekolah dan di dalam kelas.


Selain perlu menyiapkan report setiap hari, Miss Froggy juga sudah masuk mengajar. Subjek yang diajar adalah seperti Bahasa Malaysia, Sejarah dan Pendidikan Seni. Walaupun hanya mengulangkaji, Miss Froggy perlu juga mengajar supaya pelajar faham dengan latihan yang diberikan. Fuh!..banyak sungguh kerja-kerja yang menanti!. Sabar-sabar. Itu hanya permulaan sahaja!. Harap-harap Miss Froggy masih mampu bertahan dan terus kuat. InsyaAllah...


 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez