30 April, 2011

Aku rindu KENANGAN LALU..

Posted by Ayu Amir at 30.4.11 0 comments
Masa Miss Froggy balik dari sekolah, saya singgah ke Jusco Taman Maluri, Cheras sekejap. Tujuan utama nak membeli track-suit untuk perkhemahan esok. Pintu masuk utama dah terpampang tulisan SALE JCARD MEMBER!. Patut la masa melepak dengan Alias tadi dia ada kata Jusco ada SALE. Memang betul la ye. hehehe. Lias siap kata ada seluar track-suit warna hijau belang. Lias, Lias...tau la minat hijau sampaikan dari atas kepala sampai hujung kaki semuanya nak warna hijau. Dah macam pokok bergerak plak.hahaha.

Ok. Kembali ke kisah tadi. Masuk je Jusco, ruang legar bawah dah ada SALE handbag, perfume, alat solek. Selain itu, terpampang kain rentang HAPPY MOTHER'S DAY SPECIAL. Hari Ibu dah dekat rupanya. Maklumlah bulai Mei nie penuh dengan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu dan Hari Guru. IBU, adalah insan yang banyak berkorban sejak kita dilahirkan. Malangnya, IBU Miss Froggy sudah lama meninggalkan Miss Froggy dan menemui Pencipta-Nya. Miss Froggy kehilangan ibu semasa sedang bertungkus lumus menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa bulan Ramadhan. Ingat lagi waktu malam sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, Miss Froggy melihat IBU sedang mencoret sesuatu di atas surat akhbar. Namun saya tak tahu apa yang dicoretkan.

Tuhan saja yang tahu dugaan yang Miss Froggy perlu hadapi memandangkan sewaktu IBU meninggal dunia, Miss Froggy masih mempunyai kertas Ekonomi Asas untuk dijawab dua hari kemudian. Miss Froggy juga demam selama 2 minggu selepas kematian IBU. Antara sebabnya ialah Miss Froggy amat rapat dengan IBU. Masih Miss Froggy ingat selepas pulang dari sekolah, tugas Miss Froggy ialah menyuap IBU makanan. Sebab itu di zaman sekolah hanya aktif pengakap saja dan tidak aktif mana-mana persatuan. Sebab utama, IBU tidak mapu menguruskan dirinya sendiri. Jika mahu makan, perlu ada orang yang menyuapnya. Ibu hanya boleh mandi sendiri dan masak air sahaja. Kerja-kerja lain IBU tidak mampu membuatnya kesan pengambilan ubat darah tinggi dan kencing manis. IBU seperti orang yang menghidapi Parkinson iaitu tidak mampu memegang sebarang objek berat. Namun, Miss Froggy gembira kerana dapat menyuapkannya makanan ketika makan tengah hari dan makan malam. Miss Froggy masih ingat lagi di mana pada setiap malam dan adakalanya semasa hendak tidur, Miss Froggy akan tidur di bawah ketiaknya. Miss Froggy memang manja dengan IBU sejak dahulu lagi.

Ajal maut ditangan Tuhan. Sebagai manusia kita mesti percaya pada ketentuan-Nya. Miss Froggy harus redha dengan pemergian IBU tersayang. Mungkin sudah lama IBU menderita sakit sejak kelahiran adik yang bongsu. Sudah tiba masanya dia pergi dengan aman. Namun Miss Froggy dan adik-beradik yang lain sangat terkilan kerana kami tidak dapat memandikan arwah kerana kami sedang 'bercuti' pada waktu itu. Yang paling menyedihkan bila nenek mengatakan yang dia tak percaya IBU pergi dulu sebelum dia. Arwah pakcik ketika itu pun berkata demikian. Namun siapa kita untuk menidakkan ketentuan-Nya. Kepada rakan-rakan yang mempunyai IBU, hargailah mereka selagi mereka hidup. Jangan menderhaka dan berniat menguris hati dan perasaan mereka. Kita hanya mempunyai seorang IBU sahaja dan bukannya dua. Kehilangan IBU tidak dapat diganti dengan orang lain.

Al-Fatihah untuk arwah Shamsiah binti Sidek@Sitek. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

29 April, 2011

Gara-gara Pengucapan Berirama

Posted by Ayu Amir at 29.4.11 2 comments
*antara kelas yang bertanding*

Pernah tak korang dengar pasal Coral Speaking??. Mesti biasa dengar kan? tapi pernah dengar tak Pengucapan Berirama?. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kebenda tu...hehehe. Ok la. Sebenarnya, Pengucapan Berirama adalah versi dalam Bahasa Malaysia. Orang putih kata Coral Speaking. Memandangkan kerajaan membuat dasar MBMMBI, maka guru-guru Bahasa Malaysia dan guru-guru Bahasa Inggeris CPR perlu membuat program sepanjang tahun. Pengucapan Berirama adalah antara program di bawah Panitia Bahasa Malaysia dan Miss Froggy merupakan Penyelaras Program. Mula-mula tak dapat nak terima tugas nie sebab tak yakin dengan diri. Memandangkan SAYA YANG MENURUT PERINTAH (SYP), terima lah dengan hati terbuka. Yeke?..hehehehehe.

~Assalammualaikum, salam 1 Malaysia. Kami pelajar-pelajar dari kelas 2 Harapan ingin mempersembahkan pengucapan berirama yang bertajuk makanan tradisi orang Malaysia. MALAYSIA kaya dengan makanan tradisi pelbagai kaum. Antaranya, roti canai, nasi lemak, kuih char kuey dan roti BOMMM!!!~  
 
Itu antara skrip salah satu kelas yang bertanding. Miss Froggy rasa sangat gembira kerana semua pelajar sesi petang bersungguh-sungguh berlatih dan berlawan sesama kelas untuk membuktikan kelas mereka yang terbaik dalam pertandingan ini. Sampaikan semasa latihan ada yang bergaduh sesama sendiri. Adoi!!. Bukan ke antara objektif program yang dianjurkan untuk membina kesepakatan di kalangan pelajar? Kalau dah bergaduh tu, nampaknya objektif tak tercapai la. Macam-macam hal la bebudak nie!... 
 
Itu belum lagi persaingan guru-guru tingkatan. Aik? Budak yang bertanding, cikgu yang over ke?. Macam-macam perangai la. Maklumlah cikgu-cikgu tingkatan sesi petang tahun nie semuanya anak-anak dara dan guru-guru baru. Semangat tu lebih la..hehehee...Ikut la, janji korang bahagia. Sampai ke saat pertandingan nak dimulakan pun pelajar-pelajar nie sibuk berlatih. Memang korang best la sebab support program yang cikgu anjurkan. hehehe.. Semangat melawan tinggi sungguh.
 
Alhamdulilah program nie berjaya dianjurkan hasil kerjasama dari semua pihak terutama sekali pelajar-pelajar sesi petang dan rakan-rakan guru. Kalau takde penyertaan pelajar, program pun tak dapat dijalankan. Terima kasih...terima kasih...terima kasih!!. Miss Froggy buat program atas arahan dan tiada niat untuk dapat pujian. Pujian tu satu bonus bagi saya sebagai guru baru. Bak kata orang 'buah cempedak di luar pagar, abik galah tolong jolokkan, Miss Froggy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'

28 April, 2011

Anak muridku berangan beraksi seperti SUPERWOMEN!!

Posted by Ayu Amir at 28.4.11 4 comments
 * nie baby superman.. ada kena mengena ke?...*

Seperti biasa, Miss Froggy datang awal ke sekolah. Rasanya minggu nie kerap datang awal ke sekolah. Memandangkan hari nie program di bawah MBMMBI anjuran Miss Froggy berlangsung. Apa lagi, excited la datang awal ke sekolah. Jam baru kul 8.00 dah terpacak kat sekolah. Maklumlah excited nak menyediakan tempat pertandingan. Pertandingan apa? Pertandingan pengucapan berirama untuk pelajar-pelajar sesi petang.

Sampai di sekolah terus print borang-borang pertandingan untuk hakim dan pelajar. Sebabnya printer memang dah lama rosak, harta sekolah la Miss Froggy gunakan. Untuk program sekolah juga kan. Tak salah kan?

Sedang leka menyiapkan bahan-bahan pertandingan, tiba-tiba berlari seorang pengawas meminta kamera rakan Miss Froggy. Kami tertanya-tanya kenapa. Rupa-rupanya, seorang pelajar sesi petang terjatuh melalui siling di kelas 1 Cekal. Kalau beritahu pun korang mesti tak tau kan.  

Secara ringkasnya, seorang pelajar terjatuh menembusi syiling kelas. Ibarat cicak terjatuh dari siling. Dapat bayangkan tak?. Bagaimana perkara nie boleh terjadi. Sebenarnya pelajar berkenaan ada kelas Bahasa Cina di Bilik Kayangan. Dulu bilik ini merupakan tempat paderi bersembahyang dan bermekap. Menurut cerita rakan-rakan guru yang lain pula, bilik di mana pelajar ini masuk adalah bilik mandi mayat. Entah la. Mungkin rakan-rakan guru mahu bergurau agaknya.


*ini lah syilingnya yang berlubang*

Kalau difikirkan semula memang lucu tetapi kesian pada pelajar berkenaan. Takut-takut tulangnya retak. Miss Froggy sempat melihat kecederaan pelajar berkenaan. Agak teruk juga di sebelah kanan muka. Leher pula mempunyai lebam. Guru pagi yang menjadi guru bertugas bergegas menghantar pelajar berkenaan ke HUKM bagi rawatan lanjut.

Guru-guru yang lain sibuk melihat tempat kejadian. Bayangkan siling di kelas 1 Cekal berlubang besar. Kalau difikirkan, memang tak logik seorang pelajar perempuan akan terjatuh dari situ. Dah jadi ala-ala superwomen pula. Kalau masuk akhbar METRO mesti sekolah jadi glamer. Kiranya hari nie heboh pelajar-pelajar bercerita mengenai kejadian tersebut. Dah macam-macam versi pula sebab dari mulut ke mulut. Ada yang kata kawan-kawannya kata dia mendengar suara yang memanggil. Biasa la pelajar-pelajar nie suka jadi reporter tak berlesan. hehehe. Cikgu-cikgu hanya mampu mendiamkan diri dan sebagai pendengar saja. Tak nak menakutkan pelajar-pelajar lain. Takut berlaku histeria lagi di sekolah. Hurm....
 
Kiranya sekolah nie berhantu juga la sebab sebelum nie dah banyak kisah yang berlaku. Cuma berlainan versi je. Sapa la berani nak naik ke Bilik Kayangan tu keseorangan. Hish!!...Miss Froggy yang naik untuk abik barang sekejap pun rasa bulu roma naik dan wujud satu perasaan yang berlainan.

Pening kepala la Puan Pengetua nanti bila dia balik dari Umrah. Tinggalkan sekolah sekejap je macam-macam hal yang jadi. Sabar jela!!!.

27 April, 2011

Cinta hati Miss Froggy

Posted by Ayu Amir at 27.4.11 0 comments
 *pose dengan Fauziah Ashari*

Cinta hati Miss Froggy. Mesti pelik kan dengan tajuk tu. Sebenarnya, cinta hati Miss Froggy adalah koleksi novel-novel & komik yang banyak terdapat di pasaran. Lebih-lebih lagi penulis yang Miss Froggy gemari. Nak tau siapa?. Mestilah Fauziah Ashari seperti dalam gambar di atas. Korang mesti jeles kan? Maklumlah dapat bergambar dengan idola hati. Korang mesti tau kan sekarang di adakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Jadi, alang-alang duk KL nie ambil kesempatan la berkunjung ke tempat yang sememangnya menjadi syurga bagi kaki novel & kaki komik!... ;P

*hasil pembelian diletakkan di atas katil*

Banyak juga la Miss Froggy memborong pada hari kejadian. Berhabis juga dalam RM 250 semata-mata membeli komik & novel. Namun Miss Froggy sangat puas hati sebab berbaloi habiskan duit yang sememangnya dah kering. Maklumlah hujung bulan. hehehe. Terkejut juga la geng gossip yang turut serta menemankan Miss Froggy. Tapi diaorang tu sibuk bergambar dengan artis je. Mentang-mentanglah Farah AF2 dan Aliff Satar jadi pengacara. Sanggup meredah bodyguard semata-mata nak bergambar dengan Farah AF2. Miss Froggy pula teruja sebab dapat jumpa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zakarshi yang jadi tetamu semasa pelancaran Pesta Buku 2011. Kalau dapat bergambar dengan beliau, beli frame gantung gambar tu kat ruang tamu.

*kartunis Lengkuas*

Walaupun sekarang Miss Froggy dah beralih minat pada komik Gempak Starz, Miss Froggy tetap tidak akan melupakan kartunis tempatan seperti Lengkuas. Jadi seperti biasa booth MOY Miss Froggy tidak lepaskan peluang untuk berjumpa kartunis mereka. Alang-alang dah ada depan mata, Miss Froggy borong la komik banyak-banyak!! Puas hati.

Biar la orang kata Miss Froggy nie membazir sebab borong banyak novel & komik. Bagi Miss Froggy, gaji Miss Froggy dapat tu biarlah dihabiskan ke arah yang baik seperti melabur dalam komik & novel!!...ada Miss Froggy KISAH??!!


Jangan jeles ya kawan-kawan sebab Lengkuas buat khas untuk Miss Froggy saje!.. ;p 
Sampai jumpa lagi di tahun depan. InsyaAllah...


24 April, 2011

PENGEMIS...boleh percaya ke??

Posted by Ayu Amir at 24.4.11 0 comments
Korang pernah tak pergi supermarket dan jalan disekitar LRT?. Hurm...tadi saya dan geng gossip merayap ke SOGO. Maklumlah tengah SALE!. Masing-masing berhajat nak menghabiskan duit membeli handbag, kasut dan baju. Agak lama juga kami berlegar di dalam SOGO. Selepas mendapat barangan yang dihajati, kami beredar ke pasar malam jalan TAR. Niat hati ingin membeli makanan dan mencuci mata menghilangkan stress. Keluar saja dari SOGO, kami terserempat dengan seorang pengemis tua. 

Seorang pengemis tua sedang sibuk membuat tulisan khat di atas sekeping kertas dengan tangan yang mengeletar dan kaki yang berbalut. Sayu dan syahdu rasa hati memandang pakcik tersebut. Dengan tidak semena-mena airmata laju menitis. Sangat sedih melihat keadaan pakcik tersebut. Walaupun dia tidak berupaya tetapi dia masih mampu melakukan sesuatu untuk mencari sesuap nasi.

Kami rasa sangat sedih kerana selepas saja kami menghulurkan sedikit wang, pakcik berkenaan menadahkan tangan dan mengucapkan rasa syukur atas pemberian yang tak seberapa ini. Kami juga lihat ramai orang yang sama-sama menghulurkan sedikit wang kepadanya. Gelagat pakcik berkenaan sama seperti yang dilakukan kepada kami. Kalau korang berada dalam situasi begitu, apa tindakan dan reaksi korang?. Mesti rasa sedih dan sayu kan?. Sama la seperti kami.Rasanya dah puas Miss Froggy menangis hari ini. Banyak perkara yang berlaku hari ini sehinggakan airmata tidak berhenti dari mengalir. Namun jauh disudut hati terdetik "Miss Froggy yang normal nie sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan selalu mengeluh apabila diberikan tugas. Kerja itu satu amanah". Melihat kegigihan pakcik tua itu Miss Froggy tanam dalam diri yang Miss Froggy mahu menjadi kuat dan tak mahu selalu menangis bila dilanda masalah.


21 April, 2011

Tak sabarnya!!.. ;)

Posted by Ayu Amir at 21.4.11 2 comments
Bulan Mei datang lagi!!!...Ada apa dengan bulan Mei?. Mestilah banyak hari istimewa dalam bulan nie. Pertamanya Hari Pekerja. Cikgu pun pekerja kan?

Memandangkan hujung minggu depan adalah perkhemahan perdana unit beruniform dan Miss Froggy yang takde kena mengena nie sibuk nak ikut, jadi cikgu2 lain dengan rela hati nak bertukar dengan Miss Froggy. Orang dah kawin dan ada anak sibuk la nak pergi bercuti kan...hehehe. Sebenarnya menyibuk nak ikut sebab dah gian nak pergi berkhemah. Maklumlah, scout kan zaman sekolah dulu. Perkhemahan itu nanti guru pengiring semuanya ANAK-ANAK DARA dan guru-guru baru. Kami dah plan nak mandi sungai. Murid-murid dah ada jurulatih sendiri. Cikgu-cikgu kena buat aktiviti sendiri la..Tengok aje la gelagat kami nanti.hehehe.

Pergi hari Sabtu dan balik semula hari Ahad. Isnin sambung cuti pula. Bahagianya!.. hehehe. Tak mengapalah korbankan cuti Hari Pekerja semata-mata menjadi pengiring murid-murid. Dalam hati sangat suka!!. Banyak aktiviti menarik akan dijalankan. Antaranya jungle tracking, LDK dan lain-lain. Kan bagus kalau ada aktiviti flying fox ke rock climmbing ke. Biar murid-murid tahan dengan aktiviti lasak. Tak gitu???

Tak sabarnya la nak pergi berkhemah!...Hoooreyyyyyyy!!.. ;)


18 April, 2011

Alahai....susahnya!!!!

Posted by Ayu Amir at 18.4.11 3 comments
Buat pertama kali dalam hidup, Miss Froggy dilamar untuk dijadikan isteri. Terkedu Miss Froggy bila dilamar. Dalam hati berkata-kata "sudah bersediakah Miss Froggy??".

Sudah semestinya jawapan Miss Froggy TIDAK. Kenapa? maklumlah, Miss Froggy baru sahaja bekerja setelah menamatkan pengajian. Sejak dulu lagi Miss Froggy sudah berazam untuk memberi kesenangan kepada keluarga terlebih dahulu. Barulah Miss Froggy boleh fikir untuk diri sendiri. Bukan pentingkan dirikan namanya?. Miss Froggy pun tak sangka dia mengatakan paling lambat dia nak kawin pertengahan bulan depan. Macam bom jatuh menimpa diri Miss Froggy pada ketika itu. Adoi!!!!.

Kami dikenalkan oleh cikgu Miss Froggy. Uminya memerangkap mak angkatnya sahabat kepada cikgu Miss Froggy. Mereka memperkenalkan kami. Niat hati nak berkenalan dahulu. Kalau serasi baru go on tetapi pertama kali jumpa je terus dia ajak kawin. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!... Tak nak!. Miss Froggy masih belum bersedia.

Sekarang, Miss Froggy cuba mengelak dari menjawab panggilan telefon dan sms dari dia. Berdosakah Miss Froggy berbuat demikian?.. Ya Allah, berilah Miss Froggy petunjuk-Mu. Masih banyak perkara yang perlu Miss Froggy selesaikan sebelum Miss Froggy benar-benar bersedia melangkah ke alam perkahwinan.


08 April, 2011

Pening...pening...pening!!!

Posted by Ayu Amir at 8.4.11 0 comments
Bulan nie rasa sangat sibuk dengan aktiviti di sekolah. Selain mengajar, ada beberapa hal yang perlu diselesaikan. Lagi-lagi ada majlis besar pada 9 April nie. Bila semua benda nak kena settlekan cepat, mood pun berubah. Dari muka yang sentiasa ceria berubah menjadi murung. Ditambah lagi dengan gelagat anak-anak murid yang sememangnya tak reti nak berhenti bercakap bila Miss Froggy masuk ke dalam kelas. Rasanya dari masuk sekolah, sampai balik sekolah, mulut langsung tak boleh diam. Pot pet..pot pet aje!...adoi!!!. Pening...pening...pening!!!

Rasa nak mengamuk je...Kalau disuruh senyap, confirm tak nak senyap. Miss Froggy ambil pendekatan berdiri di tengah-tengah kelas dan senyap. Mata je memerhati gelagat pelajar. Itu tandanya Miss Froggy dah geram. Reti pula mereka tutup mulut bila melihat keadaan Miss Froggy sebegitu. Memang betul-betul menguji kesabaran Miss Froggy la budak-budak ni. Nasib baik la Miss Froggy tak G***!!!...huhuhu.

Ada pula la mulut-mulut yang nakal cuba berlawak dalam kelas. Nak marah tak sampai hati. Mampu tergelak je dengan lawak antarabangsa mereka. Kerana sibuk menjadi reporter tak berlesen dalam kelas, kerja rumah yang diberi tak dapat disiapkan. Antara alasannya, "Cikgu, terlupa la", "Cikgu, bila cikgu kata nak kumpul buku? tak dengar pun", "Cikgu, saya tak sempat nak salin soalan la". Ya Allah!...rasa nak menangis je dengar diaorang kata begitu. Gagal ke Miss Froggy sebagai seorang GURU????











 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez