11 September, 2010

Raya..Raya!!...

Posted by Ayu Amir at 11.9.10 0 comments
1 Syawal menjelma lagi!...hehehehe...Malam raya ramai yang membuat persiapan terakhir. Ada yang membakar lemang, merebus ketupat, memasak rendang, memasang langsir baru dan membuat kuih raya. Bagi Miss Froggy pula raya tahun nie taklah sesibuk raya-raya tahun lepas. Langsir awal-awal lagi sudah dipasang. Memandangkan tahun nie yang bujang-bujang sahaja beraya, jadi malam raya Miss Froggy tidak sibuk untuk memasak. Saudara-mara dah ramai yang menghantar 'monjungan'. hehehehe....

Lagi satu, raya tahun nie persiapan ala kadar sahaja. Memandangkan belum mendapat pekerjaan yang tetap, jadi persiapan raya 'biasa-biasa' je...Tudung, kasut raya adik-adik yang belikan. Bahagianyaaaaaaaaa!!



Pagi raya terlewat bangun!...Bangun je dari tido jam menunjukkan jam 8.00 pagi!!!...hahahaha....Bangun je terus mandi sunat Aidilfitri. Selesai mandi, masak untuk sarapan. Hehehehe...Selepas abah balik sembahyang raya, kami terus ke kubur. Mengunjungi kubur arwah mak. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

Selesai ke kubur, pulang ke rumah. Miss Froggy sibuk mencari bunga segar disebabkan pasu bunga di atas meja kosong!..hahahaha...Pusing satu Meru, belilah bunga segar yang biasanya dipakai dimajlis perkahwinan orang India. Hahahaha....Jadilah daripada takde kan?...


Tetamu yang datang berkunjung sangatlah ramai. Sehinggakan terpaksa duduk di luar beralaskan tikar mengkuang. Sangat kesian!...Itu tandanya rumah Miss Froggy popular di pagi raya sebab abah anak yang tua. Hehehe. Pagi raya pertama tetamu dihidangkan dengan makanan seperti nasi putih, sayur goreng, ayam goreng, paru masak pedas, rendang ayam dan ikan bilis goreng. 



Itu sahaja coretan untuk raya pertama...Hehehe...Len masa updated lagi ya!...hehehehe...Tak puas lagi nak beraya. Raya kan sebulan?!...hehehehe....


10 September, 2010

Alhamdulillah...

Posted by Ayu Amir at 10.9.10 0 comments
09/09/2010...Satu tarikh yang membuatkan semua pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah seperti cacing kepanasan...hahahahaha....Tarikh di mana mereka yang tidak menerima tawaran ke Sabah dan Sarawak boleh memeriksa penempatan mereka di Semenanjung Malaysia.

Alhamdulilah walaupun Miss Froggy tidak mendapat peluang mengajar di negeri Miss Froggy tetapi sekurang-kurangnya Kuala Lumpur adalah destinasi yang terdekat dengan Selangor. Diharapkan Miss Froggy akan ditempatkan di sekolah yang pelajarnya bukanlah dari kalangan yang tegar tapi seperti buluh yang boleh dilentur.

Tapi yang merisaukan diri Miss Froggy sekarang ialah di mana Miss Froggy hendak mencari Jabatan Pendidikan Negeri di bandaraya Kuala Lumpur...uwaaaaaaaaaaaaaaa....Nampaknya kena menjelajah Kuala Lumpur la selepas raya nanti. Diharapkan semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin...


Selamat menjadi pendidik yang sumbangan dan baktinya akan diingati sampai mati kepada rakan-rakan seperjuangan Pendidikan Moral 2009/2010 lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jangan jemu untuk mendidik anak bangsa walaupun berfdepan dengan cabaran yang sukar dan hebat. InsyaALLAH...

Raya Datang Lagi!...

Posted by Ayu Amir at 10.9.10 0 comments
Bila dengar je pengumuman raya oleh "Pakcik" menyatakan hari Jumaat adalah hari raya, maka sibuklah semua orang membuat persiapan terakhir. Begitu la dengan Miss Froggy. Tapi raya tahun ini tak semeriah tahun-tahun lepas. Anak-anak buah tak beraya dengan Miss Froggy pada tahun ni. Sedih sangat rasa hati.

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan pada semua. Moga lebaran tahun ini memberi seribu rahmat dan kemeriahan. InsyaALLAH.


p/s: kalau makan ketupat dan rendang, jangan berlebihan...Takut nanti lepas raya dapat darah tinggi!..hehehe

01 September, 2010

Cuti-cuti Malaysia...

Posted by Ayu Amir at 1.9.10 0 comments
Miss Froggy baru berkesempatan untuk menulis tentang kenangan bercuti di Ulu Yam bersama-sama teman-teman sekerja di Pahang Pharmacy. Sebenarnya agak payah juga untuk kami meneruskan niat untuk pergi mandi-manda. Ini disebabkan kami sepatutnya bekerja lebih masa a.k.a. OT pada hari tersebut bersamaan hari ahad.


Tapi kami semua memang buat kerja gila. Semata-mata nak bercuti bersama, kami semua pakat tak datang OT. Lagipun, bukan selalu kami ponteng. Huhuhuhu...Seronok sangat dapat keluar bersama teman-teman baru. Miss Froggy join sekali walaupun Miss Froggy baru je kerja di situ. Best sangat dapat berkawan dengan mereka yang perangai semua sporting dan gila-gila.


Kami berseronok sepuas-puasnya dan mandi hingga lencun. Perangai mak-mak orang pun dah jadi seperti kebudak-budakan bila nampak air terjun...Sangat kelakar!!



Ini adalah antara memori terindah bersam-sama dengan pekerja Pahang Pharmacy..Korang sangat best!!
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez