16 November, 2009

Bila Nak Kawin?....

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada

Kisah seorang GURU

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Hari ini seorang pensyarah Miss Froggy bernama Cikgu Zulkifli bin Mamat berkongsi cerita mengenai pengalamannya yang bergelar seorang 'pendidik' selama 15 tahun. Cerita yang disampaikan banyak memberi pengajaran kepada kami dan kawan-kawan yang lain. Semasa dia menjadi seorang guru displin, dia telah merontan seorang pelajar tingkatan 2 kerana kesalahan mencuri di pasar raya. Polis telah menangkap pelajar berkenaan dan diserahkan kepada pihak sekolah. Selain daripada kesalahan BESAR tersebut, pelajar berkenaan juga turut terlibat dengan pelbagai kesalahan ang menyebabkan pelajar berkenaan mempunyai hukuman rotan sebanyak 114 kali atas kesalahannya.

Hendak dijadikan cerita, Cikgu Zulkifli bin Mamat telah merotan pelajar berkenaan sebanyak 3 kali atas kesalahan BESAR dan 1 kali atas kesalahan terdahulu. Hukuman rotan yang dijalankan oleh Cikgu Zulkifli adalah mengikut rutin seorang guru merotan pelajarnya. Pada rotan kali pertama, pelajar berkenaan menyatakan sakit. Namun, Cikgu Zulkifli tetap meneruskan hukumannya. Akhir sekali, pada rotan kali ke-4, seluar pelajar tersebut basah iaitu pelajar berkenaan kencing dalam seluar akibat rasa sakit yang amat sangat dan mengadu kepada Cikgu Zulkifli punngungya berdarah.

Esoknya, ibu dan bapa pelajar berkenaan hadir ke sekolah bagi bertanyakan mengenai kesalaan yang dilakukan oleh anak mereka yang menyebabkan anak mereka di rotan sedemikian rupa. Lalu, Cikgu Zulkifli menerangkan kepada ibu dan bapa pelajar berkenaan mengenai kesalahan BESAR yang dilakukan pelajar berkenaan. Namun, Cikgu Zulkifli terkejut apabila diberitahu bahawa pelajar tersebut mencuri disebabkan tidak mempunyai WANG SAKU ke sekolah dan terpaksa mencuri bagi mendapatkan wang bagi membeli makanan. Kira-kira 1 minggu pelajar berkenan tidak hadir ke sekolah kerana rasa sakit di bahagian punggung dan akhirnya telah BERHENTI SEKOLAH selepas peristiwa ini.

Cikgu Zulkifli mengatakan pengajaran daripada peristiwa ini ialah seorang GURU tidak seharusnya bertindak tanpa menyelidiki terlebih dahulu mengapa pelajar melanggar peraturan. Sampai sekarang, Cikgu Zulkifli masih berusaha menjejaki pelajar berkenaan untuk meminta maaf kerana telah menghalangnya daripada menikmati pendidikan seperti orang lain. Kisah yang telah diceritakan ini benar-benar membuka mata Miss Froggy bahawa bergelar seorang GURU tidak semudah yang disangka. Jika kita salah mendidik, maka hancurlah generasi seterusnya pelajar yang GAGAL kita didik....

Musim Tengkujuh

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Sejak kebelakangan ini, hujan sentiasa membasahi bumi....Adakalanya, pada waktu pagi hujan akan turun dan adakalanya hujan akan turun pada waktu petang. Banyak tempat sudah mengalami banjir seperti di Pantai Timur dan sesetengah tempat di utara tanah air iaitu Kedah. Musim tengkujuh ini selalunya akan mengorbankan beberapa nyawa lebih-lebih lagi kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira dan suka bermain dalam hujan dan banjir. Ibu bapa seharusnya sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak bermain di dalam banjir dan seterusnya membahayakan nyawa.

Di harapkan juga musim tengkujuh ini pendapatan para nelayan tidak terjejas dan harga ikan tidak naik di pasaran!....Nasib Miss Froggy baik kerana tidak gemar makan ikan. Hanya ikan seperti kembong, selar, merah dan bawal sahaja yang Miss Froggy makan. Hari-hari nasi Miss Froggy berlaukkan ayam. Jika dah boring, makan maggie atau telur goreng je. Boring ke jadi seperti Miss Froggy kerana sayur pun Miss Froggy tak makan. Hehehehe.....

pEristiwA yg tAk dApAt diLupAkAn

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Pagi tadi, semasa hendak pulang ke Tanjung Malim, Perak Miss Froggy dan kawan-kawan Miss Froggy telah melihat satu kemalangan ngeri. Kereta itu pada mulanya Miss Froggy lihat menyusur laju di laluan di sebelah kanan kami. Tidak sampai 5 minit kemudian, terdengar bunyi dentuman dan kereta berkenaan melayang ke udara sebelum terhempas di bahu kiri jalan raya. Miss Froggy  lihat pemandu berkenaan sudah tercampak di tengah-tengah jalan raya dengan kepalanya berdarah. Nasib baik kawan Miss Froggy dan lori yang berada di lorong sebelah kiri membawa kenderaan dengan perlahan. Lori berkenaan dapat mengelakkan diri dari melanggar mangsa dan kawanku sempat mengelak daripada melanggar mangsa. Melihat keadaan mangsa, kami menjangkakan mangsa mengalami kecederaan yang teruk....

Miss Froggy harapkan agar peristiwa kemalangan yang berlaku pada pagi tadi tidak menjadi badi kepada kami dan semoga Allah melindungi kami daripada malapetaka yang menimpa....Amin....
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez