04 April, 2010

PRAKTIKAL PART 2

Posted by Ayu Amir at 4.4.10 0 comments
Bergelar guru praktikal memerlukan seseorang individu untuk sentiasa bertanya dan belajar banyak perkara supaya menjadi seorang guru yang bitara. Miss Froggy belajar banyak perkara semasa menjalani guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang. Antara aktiviti kokurikulum yang telah Miss Froggy laksanakan ialah taman 1 Malaysia khas untuk guru-guru praktikal, hari sukan sekolah dan hari kecemerlangan pelajar. Selain itu Miss Froggy juga terlibat dengan perkhemahan dalaman untuk pertandingan kawad kaki selama tiga hari di asrama sekolah. Antara pasukan ynag menyertai perkhemahan ini ialah Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Tujuan utama perkhemahan ini adalah untuk setiap pasukan memantapkan lagi pasukan mereka untuk bertanding pada 8 April 2010 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa. Sangat seronok berkhemah bersama-sama pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Sukar rasanya hendak mendapat pengalaman ini sekiranya Miss Froggy tidak menceburi profesion perguruan. Pengalaman yang sangat berharga semasa Miss Froggy menjadi GURU PRAKTIKAL.................
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez