12 February, 2008

Kisah itu menyedarkan aku...

Posted by Ayu Amir at 12.2.08 0 comments
Semalan ketika aku sedang melayari Internet, aku terbaca sebuah blog tulisan bekas mahasiswa UM.Kisah yang dipaparkan menyedarkan aku betapa pentingnya ikatan persahabatan jika dibandingkan dengan wang ringgit.Kisah itu benar-benar menyentuh hati sehingga menitis airmataku.Memang benar teman sejati sukar dicari dan jika kita kehilangan teman, masa yang lama perlu diambil untuk kita menjalin sebuah perhubungan yang baru...Walaupun orang berkata yang pergi ada penggantinya namun pengganti tidak sama dengan yang lama...

Untuk kita mempunyai teman yang rapat bukan sehari cukup untuk kita mengenalinya.Ikatan ini perlu mngambil masa yang lama bergantung kepada keinginan kedua belah pihak untuk lebih saling kenal-mengenali.Aku rasa bersyukur kerana mempunyai teman rapat.Namun, masa yang terhad membataskan ikatan perhubungan kami kerana kami berada berjauhan kerana tuntutan kerja dan pelajaran..Aku masih belum benar-benar mengenalinya namun telah berkongsi suka dan duka sepanjan ikatan persahabatan ini terjalin..
Tuhan...

Aku mohon agar kau memelihara ikatan persahabatan kami yang terbina dari rasa ikhlas sehingga akhir hayat..
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez