29 April, 2010

~ Aktiviti Menyiapkan Taman Praktikal ~

Posted by Ayu Amir at 29.4.10 0 comments
Guru-guru pelatih diarahkan oleh pihak pentadbir untuk mencantikkan taman di sekolah. Jadi Miss Froggy gelar taman tersebut sebagai "Taman Praktikal 2010".....Sedap kan bunyinya???................




Gambar sebenar taman yang 'bogel' cuma ada beberapa pokok je...huhuhu....Tanahnya adalah jenis yang tanam apa-apa pun boleh tumbuh. Tapi kekurangannya ialah tanah mudah basah apabila hari hujan. Jenuh nak basuh kasut selepas melaksanakan aktiviti nanti..hehehehehehe............


Gelagat guru-guru pelatih yang sibuk mengecat bunga daripada tayar dan tempurung kepala yang akan dibuat sebagai cendawan dalam taman kami. bunga tayar dibuat oleh 'kawan' kak Sya..hahahahahahahahahahaha.....


Gelagat Miss Froggy yang gemar berposing dalam apa jua keadaan.....hehehehehehehe.......Bagi Miss Froggy tiap detik yang berlaku dalam diri kita tak mungkin akan berulang kembali....

~ Gambar-gambar sepanjang praktikal ~

Posted by Ayu Amir at 29.4.10 0 comments

Semasa menjadi Event Manager sempena Hari Kecemerlangan 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Bersama ketua iaitu Pn. Faridah Sanib.



Bersama rakan seperjuangan Miss Froggy selama 3 bulan menjadi guru pelatih, Kak Sya yang comel....hehehehehe....Dia banyak membantu Miss Froggy sepanjang Miss Froggy menjadi guru pelatih. Bila nak menyiapkan RPH, Kak Sya orang pertama yang Miss Froggy cari sebab boleh kongsi dan bertukar-tukar idea. Setakat ini, Miss Froggy sudah menyediakan ABM seperti 'kotak pintar', 'suai padan', menyanyi lagu-lagu patrioritik, menyediakan belanjawan peribadi, berlakon dan macam-macam lagi.



Bersama kak Ijah @ Siti Khadijah iaitu guru pelatih sesi petang. Dunia ini kecil sahaja kerana Kak Ijah menetap di Meru sahaja dan pernah bekerja di kilang Crestronics iaitu kilang yang sama Miss Froggy bekerja. Kami berjumpa ketika di Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu kami tinggal menyewa berdekatan. semenjak berjumpa, banyak kisah-kisah yang kami kongsikan bersama. Kak Ija ibarat ibu kepada kami kerana dia sentiasa menasihati kami apabila berlaku sebarang masalah.


Nurfaddillah @ Dilla adalah 'adik' kerana dia paling muda di antara kami iaitu berumur 24 tahun. Kira muda 1 tahun je dari Miss Froggy....ngeeh2...Pada mulanya Miss Froggy ingat si Dilla ni sombong tapi rupa-rupanya dia ni pendiam orangnya. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Jadi bila dah kenal barulah mesra!!!!!!.....Betul kan??

Kecik je Dilla ni....Rasa nak buli je!..hahahahahaha..........tapi sebenarnya dalam Bilik Nilam Miss Froggy yang kena buli dengan si Dilla ni. Kami dah ada rancangan selepas habis praktikal iaitu bekerja sementara di 99 Supermarket atau Secrect Receipe...Ok tak idea kami??..........Yela, nak men'support'kan diri selepas tiada lagi elaun. Tunggu posting pun lama lagi. Dah posting nanti tunggu 3 bulan pula untuk mendapat gaji pertama. Kan ke haru???.........Dah la nak bayar broadband, insurans dan pelaburan yang dibuat untuk jaminan masa depan. Keja apa pun tak kisah janji HALAL!!!!


 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez