13 November, 2011

Akhirnya....S.I.A.P!

Posted by Ayu Amir at 13.11.11 0 comments
Bila dah hujung-hujung tahun nie, banyak kerja yang perlu dibereskan. Lagi-lagi kalau pegang guru tingkatan. Macam-macam perkara perlu diselesaiakan. Buku kesihatan, kad HPV, Buku kokurikulum, kad segak dan macam-macam lagi. Paling stress bila kena buat dan selesaikan register sementara untuk tahun hadapan. Adoi!.

Kiranya, sebelum nak ke induksi, Miss Froggy perlu selesaikan segera. Assigment induksi pun tak mula apa-apa lagi. haru rasanya!. Alhamdulilah, selesai juga kerja-kerja SEKOLAH Miss Froggy. Semuanya berkat berjaga hingga pagi selesaikan register sementara. Bila dah selesai kerja, baru hati rasa gembira. Nak berfoya-foya pun tidak mengapa. 

Susah juga kalau buat kerja terlalu cepat, sebab semua orang akan pandang tinggi pada kita. Sebenarnya buat kerja cepat supaya tak kalut bila orang minta pada Miss Froggy nanti. Orang jenis kalut begini la. Jadi, sebagai langkah pencegahan, siapkan juga cepat-cepat. Hantar bila tarikh due je la nanti. Malas dah nak layan!. Tonton wayang dan shopping lagi bagus.

Pengalaman Berharga...

Posted by Ayu Amir at 13.11.11 0 comments
Hari nie Miss Froggy mengantikan kawan Miss Froggy mengajar tuisyen di Pusat Tuisyen. Miss Froggy kena ajar subjek Bahasa Malaysia dan Matematik tahun 3 dan 4. Mula-mula Miss Froggy rasa ragu-ragu sebab terpaksa mengajar subjek Matematik. Sebabnya Miss Froggy bukan PAKAR dalam subjek Matematik.

Nak dijadikan cerita, Miss Froggy berjaga hingga jam 2.00 pagi. Konon-kononnya nak study untuk ajar subjek Matematik. Last sekali terbengkalai gara-gara menghadap muka buku.

Ok, balik pada cerita asal. Miss Froggy mengajar tiga orang budak sahaja pagi nie. 2 orang pelajar Cina dan 1 orang pelajar Melayu. Mula-mula nampak mereka takut dan senyap je bila ditanya. Lebih kurang 15 minit selepas Miss Froggy mula mengajar diselang-selikan dengan gurauan, barulah pelajar-pelajar tersebut hendak mengajar. Payah juga nak paham jiwa budak-budak nie ya. Paling memeningkan bila mereka dah tak senang duduk. Yela, nama pun BUDAK-BUDAK.. Sabor je la kan.

Seronok memang seronok mengajar mereka tapi kena tahan la dengan gelagat mereka. Bila disuruh buat latihan buat muka muncung je tapi bila suruh menulis dipapan putih, berebut pula. Adoi!. Nasib baik gantikan kawan sehari je. Kalau terus ambil kelas dia mahu meraung kat situ juga. Tidak mengapa lah, sekurang-kurangnya ada pengalaman berharga kan mengajar BUDAK-BUDAK sekolah rendah.





11 November, 2011

B.O.S.A.N!!!

Posted by Ayu Amir at 11.11.11 0 comments

Seperti gambar ini, itulah gambaran perasaan Miss Froggy sekarang. Miss Froggy bosan dengan karenah orang-orang yang suka membuli guru-guru baru, pandang orang lain seperti sampah, beri kerja seperti kita nie robot dan tak paham lagi keadaan orang lain.

Miss Froggy dah dapat mandat untuk pegang tugas-tugas tahun hadapan. Paling Miss Froggy tidak suka pegang Kelab Kebudayaan. Sebabnya bukan 'jiwa' Miss Froggy ke arah nyanyian, lakonan, tarian dan bermain alat muzik. Miss Froggy tidak berbakat. Bencinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!.

Gara-gara gamelan, Miss Froggy dah dihentam dengan teruk. Gara-gara gamelan juga badan Miss Froggy lebam-lebam. Miss Froggy pendam sorang-sorang sebab Miss Froggy tak pernah kata TIDAK bila orang minta buat sesuatu. Dengan kata lain kena BULI selalu. Buat baik salah, buat jahat lagi la. 

Betul kata rakan-rakan. Bila kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan orang lain melihatnya akan menolak semua kerja kepada kita. Bukan mengungkit atau bukan nak membantah tapi apa salahnya bertukar dengan orang lain sesuatu kerja. Bekerja kan dalam satu organisasi. 

Miss Froggy dah penat dengan karenah orang-orang sekeliling. Depan kita kata lain, belakang kita cakap lain. Miss Froggy berkata begitu sebab Miss Froggy dah pernah ditikam dari belakang. Kita buat sesuatu, ada je "orang-orang" yang tidak puas hati dengan kita. Nama pun orang baru. Semua orang pernah buat silap. Yang dah lama bekerja tidak pernah bergelar orang baru ke?. Sampai ada yang mengatakan Miss Froggy jenis yang pentingkan diri sendiri. Sampai begitu sekali ke mereka melihat Miss Froggy. Miss Froggy ada melakukan kesilapan yang besar ke pada mereka?

Miss Froggy selalu pegang kata-kata arwah abah Miss Froggy, katanya "kita bukan hidup atas belas orang lain. Bukan senang nak menutup mulut orang yang suka melihat keburukan daripada kebaikan yang dilakukannya".


Tewas lagi Miss Froggy!...

Posted by Ayu Amir at 11.11.11 0 comments
S.E.D.I.H. Itu perasaan yang melanda Miss Froggy sekarang. Sebabnya sudah mendapat perkhabaran yang tak diingini. Kenapa harus Miss Froggy? Tidak cukup lagi ke setahun memendam perasaan? Bukan ramai lagi ke yang lagi HEBAT?. 

Rasa diri terpanggil untuk mendengar ulasan Ustazah Siti Nor Baiyah dalam rancangan Semanis Kurma yang berkata "Allah menguji seseorang kerana Allah sangat sayangkannya". Miss Froggy terfikir mungkin apa yang berlaku pada Miss Froggy ada hikmahnya. Mungkin Miss Froggy seorang yang kuat untuk mengharungi ujian-Nya.

Bukan menidakkan sesuatu yang terjadi dalam diri tetapi Miss Froggy rasa Miss Froggy tak cukup kuat untuk mengharunginya lagi untuk tahun hadapan. Rasanya sudah banyak airmata yang dibazirkan selama ini. Malam ini Miss Froggy tewas lagi dengan linangan airmata... Hadirnya tanpa diundang, perginya tanpa diminta. 

10 November, 2011

Rindu la pula!

Posted by Ayu Amir at 10.11.11 0 comments

Wah!..agak lama gak tak mengintai blog sendiri... Maklumlah sangat sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang lebih menuntut perhatian. Sebab utama dah lama tak update entri sebab line 'berukband' nie dh mcm siput!... Nama je duk area KL...hukhukhuk....Line?...haram langsung!...

Pejam celik, pejam celik setahun dah nak berlalu. Banyak sangat pengalaman berharga untuk diri sendiri diperolehi tahun nie. Pernah menangis gara-gara program, pernah tak lena tido malam gara-gara program, pernah ketawa gara-gara program, pernah kena tikam belakang gara-gara program anjuran sekolah. Kiranya macam-macam ada. Tahun nie juga merupakan tahun ujian. Selalu sahaja sakit sebab STRESS!, pemergian ayah tercinta, pemergian nenek tercinta dan kehadiran seseorang yang mengisi kekosongan ruang hati. Semuanya ujian dari-Nya yang membuatkan kita lebih cekal mengharungi kehidupan.

27 June, 2011

Kalau dah JODOH tak ke mana...

Posted by Ayu Amir at 27.6.11 0 comments
pelamin anganku musnah??...huhuhu

Tahun nie macam-macam perkara dah berlaku. Ada kisah suka, ada kisah duka dan ada juga kisah lucu. Tahun nie juga la sepupu-sepupu yang sebaya umur dan yang bawah umur dengan Miss Froggy nak KAWIN!!!... Majlis berlangsung dari bulan September hingga Disember. Macam nak berlumba-lumba di antara satu sama lain. Tercabar ke Miss Froggy sebab masih pegang status SINGLE?.. Tercabar la juga tapi ada Miss Froggy kesah?. Kan orang kata kalau dah jodoh tak ke mana...Tak gitu???

Nampaknya kena rajin buat part-time la bermula dari sekarang. Nak kena beli hadiah yang besar untuk sepupu-sepupu seramai empat orang yang akan kawin nanti. Apa hadiah yang tak pernah orang bagi di majlis kawin ya??....

28 May, 2011

Separuh JIWAku Pergi...

Posted by Ayu Amir at 28.5.11 0 comments

Cuti sekolah datang lagi. Kalau dulu, bila cuti sekolah datang je petang tu mesti dah ada kat kampung. Walau bagaimanapun, 'perasaan' itu dah hilang sejak arwah ABAH tiada. Miss Froggy tak tau sampai bila harus begini. Miss Froggy cuba untuk kuatkan hati dan tabah dengan ujian-Nya. Namun kadangkala Miss Froggy rasa sangat 'down'. Seminggu nie Miss Froggy sangat lemah. Selalunya, paper exam Miss Froggy siap cepat tetapi kali nie Miss Froggylangsung tak menanda lagi. Kenapa?...Mengapa?..Bagaimana??.. Miss Froggy tau Miss Froggy tak boleh bersikap begini. Yang pergi tetap pergi. Yang hidup perlu meneruskan hidup.

Kerja tetap kerja. Walaupun cuti, kerja perlu disiapkan. Sibuk berkemas untuk cuti, rupa-rupanya beg untuk paper exam, laporan pelajar, fail LISAN dah penuh 3 beg saja!. Boleh ke Miss Froggy siapkan semuanya dengan jiwa yang 'kosong' sekarang??....Entah la...Moga Miss Froggy akan terus kuat dan tabah dengan ujian-Nya.

26 May, 2011

Pergi tak KEMBALI...

Posted by Ayu Amir at 26.5.11 2 comments

Tepat jam 4.30 petang 20 Mei 2011, ayah Miss Froggy kembali kepada pencipta-Nya. Moga roh ayah Miss Froggy akan berada di kalangan orang-orang yang beriman. Selepas ini tiada lagi kedengaran suara arwah yang menyapa ketika Miss Froggy pulang ke kampung. Ayu sangat rindukan ABAH!..Al-Fatihah...

11 May, 2011

Apa reaksi anda bila ada orang minta sedekah??

Posted by Ayu Amir at 11.5.11 0 comments
 *gambar sekadar hiasan semata-mata*
Sebelum nie Miss Froggy ada cerita tentang peminta sedekah. Kali nie Miss Froggynak cerita bagaimana reaksi seseorang bila peminta sedekah datang ke mejanya apabila dia sedang makan. Sama ada secara sendirian atau berkumpulan.

si A: buat-buat tak pandang langsung ke muka peminta sedekah.

si B: pura-pura khusyuk menikmati makanan yang terhidang.

si C: pura-pura menyelongkar beg mencari barang.

si D: mengatakan, "tak mau..tak mau..."

si E: memberi RM 1 tanpa berkata apa-apa.

si F: mengerutkan dahi tanda tidak suka diganggu.


Jadi, mana satu reaksi korang bila peminta sedekah datang meminta sedekah??


10 May, 2011

Alamak!!

Posted by Ayu Amir at 10.5.11 0 comments
Khamis nie kena keluar hadiri taklimat tarian di PPD Sentul. Maklum la, guru penasihat Kelab Kebudayaan. Masalahnya, Miss Froggy tak tahu di mana letaknya tempat itu. Cari di google pun tak jumpa!. Alamak!!...Macam mana nie??.

Taklimat tu bermula jam 9 pagi.Jam berapa nak keluar rumah? Parah, parah...uwaaaaaaaaaaaaaaa....

07 May, 2011

InsyaAllah....

Posted by Ayu Amir at 7.5.11 0 comments

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kalau memang DIA adalah jodoh Miss Froggy, Miss Froggy terima dengan ikhlas hati. Jika tidak, Miss Froggy reda dengan ketentuan-Nya.

Oooo...Balik Kampung!

Posted by Ayu Amir at 7.5.11 0 comments
Akhirnya, dapat juga pulang ke kampung minggu nie. Walaupun Klang dengan KL takde la jauh mana tetapi dengan kekangan kerja, baru la dapat balik kampung. Itu pun sehari je. Sebabnya, hari nie sekolah ganti sampai jam 5.30 petang. Esok petang dah balik semula ke KL. Tak mengapalah. Asalkan dapat pulang sekejap jenguh ABAH tersayang. 

05 May, 2011

B.E.N.G.A.N.G!!!

Posted by Ayu Amir at 5.5.11 0 comments
Apalah dosa yang saya dah buat sehinggakan ada 'manusia' sanggup mencabut tiub minyak motor saya!. Pagi-pagi saya dengan semangat keluar rumah nak ke sekolah awal. Sebab utama saya kena settlekan medical check up dan angkat sumpah.

Mula-mula dah terbau minyak motor tapi buat tak endah je. Konfident start motor, meter minyak tak naik pula. Try start, teruskan jalan tiba-tiba motor mati dan bau minyak motor sangat kuat. Rupa-rupanya, bila saya check tangki, KOSONG!!!. Kuang asam betul 'manusia' yang curi minyak motor saya!!!..

Nak tak nak, kena sorong ke kedai motor. Kalau dekat takpe gak kedai motor tu. Sabar jela. Dengan perasaan bengang, sorong juga la. Ada la mamat yang nak menolong, saya tolak. Malunya minta tolong dengan orang yang tak dikenali. Kalau dapat la orang yang curi minyak tu, mahu gak nak LEMPANG!!!.


04 May, 2011

Bila cik MALAS datang...

Posted by Ayu Amir at 4.5.11 0 comments


Alahai...Kenapa la rasa malas sangat nie?. Bukan takde kerja yang nak dibuat tapi kalau Cik Malas dah datang memang semua kerja tak menjadi!. Alahai....laporan program tak buat lagi, JSU belum complete..Adoi!!...Cik Malas, sila pergi jauh-jauh!!!...Bulan MEI memang busy dengan aktiviti. Lagi-lagi dah jadi AJK Majlis Guru. Alamak!!..Hari Guru dah dekat..Banyak program kena settlekan.Adoi!!.. ;(

03 May, 2011

Alahai...rindunya

Posted by Ayu Amir at 3.5.11 0 comments
Kalau dibilang dengan jari, lama dah tak balik kampung. Memang la Klang dengan KL tak jauh tapi kalau dah banyak kerja yang menanti, memang tak sempat la nak balik. Bukannya tak nak balik. Rindunya dengan ABAH lagi-lagi dengan masakan ABAH. hehehe. ABAH memang hebat bila di dapur. Korang jangan jeles ya sebab ABAH saya memang teror bab masak. Maklumlah, sejak kecil lagi kami adik beradik memang makan masakan ABAH. Makan sup sayur hari-hari pun takpe sebab kami adik-beradi memang sangat sukakannya!!.

*antara menu kegemaran ABAH*

Tadi call abah kejap. ABAH masih lagi rasa pening-pening. Sekarang nie ABAH kerap sakit. Ubat yang saya belikan pun tinggal sikit katanya. Bila dengar kata-kata ABAH, tak semena-mena airmata bergenang. hukhukhukhuk. Minggu nie mesti balik juga jenguk ABAH tersayang. Rindunya dengan ABAH!!!...wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Rindu dengan kepala ikan merah. Stok yang WAJIB ada dalam peti sejuk bila saya balik. Saya akan masak sup atau asam pedas. Sedapnya!!...Rindunya nak masak untuk ABAH. ABAH!! nantikan kepulanganku...


Nasib baik!!

Posted by Ayu Amir at 3.5.11 0 comments
 *jangan menunggang seperti ini!*

Sekarang nie kalau petang je mesti hujan. Hujan lebat pula tu. Nampaknya, penunggang motosikal seperti saya nie terpaksa la meredah hujan kalau nak cepat sampai ke rumah.

Kalau hujan je jalan mesti jem. Lagi-lagi area nak balik Bandar Tun Razak, kalau kereta tak bersusun, tak sah la. Memang dah biasa menyelit di celah-celah kereta. Namun, petang nie nasib tak begitu baik sebab saya hampir-hampir ter'eksiden' gara-gara seorang pemandu yang tak berhemah semasa menggunakan jalan raya!. Adakah patut dengan tiba-tiba menukar lorong tanpa signal??. Lagi la tak patut memandu dengan menggunakan telefon bimbit!!!. Tau tak ketika itu saya sedang menunggang dengan laju?!!!. Kalau saya tak sempat brek, memang bawah kereta la saya terperosok. Kepada semua pemandu kereta, kalau memandu tu ingat la pengguna jalan raya lain. Bukan awak sorang je yang guna jalan raya!!!...SEKIAN....Tunggang jangan tunggang langgang!.


Alahai...Medical Check-up!

Posted by Ayu Amir at 3.5.11 1 comments
Malasnya nak bangun pagi nie. Yela, semalam kan cuti. Buka je mata. Alahai....hujan pula di luar. Lebat pula tu. Apa lagi sambung tido jap. Sambil-sambil tido tu celik jap tengok tingkap. Hari nie nak kena buat medical check up. Kalau lambat-lambat, bising pula la makcik kerani kat pejabat tu. Tak pasal-pasal berbunyi "Ayu!!!....lambatnya buat check up. Pergi klinik swasta la senang!". Memang la nak buat kat klinik swasta tapi masalahnya tak tau katne. 

Area Pudu dah jelajah. Susah sebab x-ray kena buat tempat lain. Kampung Pandan dah jelajah, result tunggu 1 minggu pula. Leceh la!. Bukan senang nak ke situ. Jem memanjang. Last sekali, saya round-round sekitar Bandar Seri Permaisuri. Alhamdulilah, dapat juga klinik yang ada perkhidmatan x-ray sekali. Lambat juga la memandangkan datang je tadi dah ramai orang. Hurm, nak tak nak kena tunggu la. Nasib baik la doktor perempuan. Jadi tak rasa segan sangat bila kena buka baju. heheheeh. Yahoo!!...settle juga medical check up hari ni.

02 May, 2011

Oh Sungai Congkak!

Posted by Ayu Amir at 2.5.11 2 comments

Mesti seronok kan 3 hari bercuti sempena Hari Pekerja. Lagi seronok kalau bercuti bersama keluarga. Walaupun orang lain bercuti, saya tetap bekerja. Saya join murid-murid dalam perkhemahan di Sungai Congkak selama 2 hari 1 malam.

Perasaan saya mestilah seronok walaupun tak dapat pulang ke kampung. Sebabnya saya memang suka aktiviti seperti nie. Hari-hari ada program macam nie pun takpe. Saya rela dan tak la rasa tension sangat sebab terkurung di sekolah.hehehe. Nampaknya, bukan murid-murid je yang suka cikgunya lagi teruja!.hehehe. Mestilah seronok sebab dapat mandi sungai. Lagipun yang jadi guru pengiring semuanya guru-guru baru dan anak-anak dara. Kira sesuai sangat dah kami buat aktiviti sendiri. hehehe.

 *antara rakan-rakan guru yang turut serta*

Kami sebagai guru pengiring hanya memantau keselamatan murid-murid sahaja. Semua aktiviti dan makanan peserta adalah di bawah tanggungjawab jurulatih yang telah dibayar. Guru-guru hanya memantau sekiranya ada murid-murid yang sakit, cedera saja. Mudahkan jadi guru pengiring sebabnya murid-murid dah ada jadual sendiri yang disusun oleh jurulatih.

Bila tengok aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid teringat masa zaman sekolah. Sangat seronok!.hehehe. Nasib baik la dah pernah merasa semua itu. Kalau tak, memang nak join sebagai peserta la...

 *antara aktiviti yang dijalankan*

Memandangkan murid-murid di bawah kendalian jurulatih, kami pun buat aktiviti sendiri la. Antaranya, mandi sungai, menikmati aiskrim sambil berendam dan buat bakar-bakar di chalet penginapan. Memang best giler!!. Kalau ada lagi aktiviti seperti nie, saya orang pertama nak pergi. Yeah!!...

*posing selepas berendam*

*aktiviti yang paling disukai!*

 *sedapnya makan aiskrim orang belanjer..*

30 April, 2011

Aku rindu KENANGAN LALU..

Posted by Ayu Amir at 30.4.11 0 comments
Masa Miss Froggy balik dari sekolah, saya singgah ke Jusco Taman Maluri, Cheras sekejap. Tujuan utama nak membeli track-suit untuk perkhemahan esok. Pintu masuk utama dah terpampang tulisan SALE JCARD MEMBER!. Patut la masa melepak dengan Alias tadi dia ada kata Jusco ada SALE. Memang betul la ye. hehehe. Lias siap kata ada seluar track-suit warna hijau belang. Lias, Lias...tau la minat hijau sampaikan dari atas kepala sampai hujung kaki semuanya nak warna hijau. Dah macam pokok bergerak plak.hahaha.

Ok. Kembali ke kisah tadi. Masuk je Jusco, ruang legar bawah dah ada SALE handbag, perfume, alat solek. Selain itu, terpampang kain rentang HAPPY MOTHER'S DAY SPECIAL. Hari Ibu dah dekat rupanya. Maklumlah bulai Mei nie penuh dengan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu dan Hari Guru. IBU, adalah insan yang banyak berkorban sejak kita dilahirkan. Malangnya, IBU Miss Froggy sudah lama meninggalkan Miss Froggy dan menemui Pencipta-Nya. Miss Froggy kehilangan ibu semasa sedang bertungkus lumus menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa bulan Ramadhan. Ingat lagi waktu malam sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, Miss Froggy melihat IBU sedang mencoret sesuatu di atas surat akhbar. Namun saya tak tahu apa yang dicoretkan.

Tuhan saja yang tahu dugaan yang Miss Froggy perlu hadapi memandangkan sewaktu IBU meninggal dunia, Miss Froggy masih mempunyai kertas Ekonomi Asas untuk dijawab dua hari kemudian. Miss Froggy juga demam selama 2 minggu selepas kematian IBU. Antara sebabnya ialah Miss Froggy amat rapat dengan IBU. Masih Miss Froggy ingat selepas pulang dari sekolah, tugas Miss Froggy ialah menyuap IBU makanan. Sebab itu di zaman sekolah hanya aktif pengakap saja dan tidak aktif mana-mana persatuan. Sebab utama, IBU tidak mapu menguruskan dirinya sendiri. Jika mahu makan, perlu ada orang yang menyuapnya. Ibu hanya boleh mandi sendiri dan masak air sahaja. Kerja-kerja lain IBU tidak mampu membuatnya kesan pengambilan ubat darah tinggi dan kencing manis. IBU seperti orang yang menghidapi Parkinson iaitu tidak mampu memegang sebarang objek berat. Namun, Miss Froggy gembira kerana dapat menyuapkannya makanan ketika makan tengah hari dan makan malam. Miss Froggy masih ingat lagi di mana pada setiap malam dan adakalanya semasa hendak tidur, Miss Froggy akan tidur di bawah ketiaknya. Miss Froggy memang manja dengan IBU sejak dahulu lagi.

Ajal maut ditangan Tuhan. Sebagai manusia kita mesti percaya pada ketentuan-Nya. Miss Froggy harus redha dengan pemergian IBU tersayang. Mungkin sudah lama IBU menderita sakit sejak kelahiran adik yang bongsu. Sudah tiba masanya dia pergi dengan aman. Namun Miss Froggy dan adik-beradik yang lain sangat terkilan kerana kami tidak dapat memandikan arwah kerana kami sedang 'bercuti' pada waktu itu. Yang paling menyedihkan bila nenek mengatakan yang dia tak percaya IBU pergi dulu sebelum dia. Arwah pakcik ketika itu pun berkata demikian. Namun siapa kita untuk menidakkan ketentuan-Nya. Kepada rakan-rakan yang mempunyai IBU, hargailah mereka selagi mereka hidup. Jangan menderhaka dan berniat menguris hati dan perasaan mereka. Kita hanya mempunyai seorang IBU sahaja dan bukannya dua. Kehilangan IBU tidak dapat diganti dengan orang lain.

Al-Fatihah untuk arwah Shamsiah binti Sidek@Sitek. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

29 April, 2011

Gara-gara Pengucapan Berirama

Posted by Ayu Amir at 29.4.11 2 comments
*antara kelas yang bertanding*

Pernah tak korang dengar pasal Coral Speaking??. Mesti biasa dengar kan? tapi pernah dengar tak Pengucapan Berirama?. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kebenda tu...hehehe. Ok la. Sebenarnya, Pengucapan Berirama adalah versi dalam Bahasa Malaysia. Orang putih kata Coral Speaking. Memandangkan kerajaan membuat dasar MBMMBI, maka guru-guru Bahasa Malaysia dan guru-guru Bahasa Inggeris CPR perlu membuat program sepanjang tahun. Pengucapan Berirama adalah antara program di bawah Panitia Bahasa Malaysia dan Miss Froggy merupakan Penyelaras Program. Mula-mula tak dapat nak terima tugas nie sebab tak yakin dengan diri. Memandangkan SAYA YANG MENURUT PERINTAH (SYP), terima lah dengan hati terbuka. Yeke?..hehehehehe.

~Assalammualaikum, salam 1 Malaysia. Kami pelajar-pelajar dari kelas 2 Harapan ingin mempersembahkan pengucapan berirama yang bertajuk makanan tradisi orang Malaysia. MALAYSIA kaya dengan makanan tradisi pelbagai kaum. Antaranya, roti canai, nasi lemak, kuih char kuey dan roti BOMMM!!!~  
 
Itu antara skrip salah satu kelas yang bertanding. Miss Froggy rasa sangat gembira kerana semua pelajar sesi petang bersungguh-sungguh berlatih dan berlawan sesama kelas untuk membuktikan kelas mereka yang terbaik dalam pertandingan ini. Sampaikan semasa latihan ada yang bergaduh sesama sendiri. Adoi!!. Bukan ke antara objektif program yang dianjurkan untuk membina kesepakatan di kalangan pelajar? Kalau dah bergaduh tu, nampaknya objektif tak tercapai la. Macam-macam hal la bebudak nie!... 
 
Itu belum lagi persaingan guru-guru tingkatan. Aik? Budak yang bertanding, cikgu yang over ke?. Macam-macam perangai la. Maklumlah cikgu-cikgu tingkatan sesi petang tahun nie semuanya anak-anak dara dan guru-guru baru. Semangat tu lebih la..hehehee...Ikut la, janji korang bahagia. Sampai ke saat pertandingan nak dimulakan pun pelajar-pelajar nie sibuk berlatih. Memang korang best la sebab support program yang cikgu anjurkan. hehehe.. Semangat melawan tinggi sungguh.
 
Alhamdulilah program nie berjaya dianjurkan hasil kerjasama dari semua pihak terutama sekali pelajar-pelajar sesi petang dan rakan-rakan guru. Kalau takde penyertaan pelajar, program pun tak dapat dijalankan. Terima kasih...terima kasih...terima kasih!!. Miss Froggy buat program atas arahan dan tiada niat untuk dapat pujian. Pujian tu satu bonus bagi saya sebagai guru baru. Bak kata orang 'buah cempedak di luar pagar, abik galah tolong jolokkan, Miss Froggy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'

28 April, 2011

Anak muridku berangan beraksi seperti SUPERWOMEN!!

Posted by Ayu Amir at 28.4.11 4 comments
 * nie baby superman.. ada kena mengena ke?...*

Seperti biasa, Miss Froggy datang awal ke sekolah. Rasanya minggu nie kerap datang awal ke sekolah. Memandangkan hari nie program di bawah MBMMBI anjuran Miss Froggy berlangsung. Apa lagi, excited la datang awal ke sekolah. Jam baru kul 8.00 dah terpacak kat sekolah. Maklumlah excited nak menyediakan tempat pertandingan. Pertandingan apa? Pertandingan pengucapan berirama untuk pelajar-pelajar sesi petang.

Sampai di sekolah terus print borang-borang pertandingan untuk hakim dan pelajar. Sebabnya printer memang dah lama rosak, harta sekolah la Miss Froggy gunakan. Untuk program sekolah juga kan. Tak salah kan?

Sedang leka menyiapkan bahan-bahan pertandingan, tiba-tiba berlari seorang pengawas meminta kamera rakan Miss Froggy. Kami tertanya-tanya kenapa. Rupa-rupanya, seorang pelajar sesi petang terjatuh melalui siling di kelas 1 Cekal. Kalau beritahu pun korang mesti tak tau kan.  

Secara ringkasnya, seorang pelajar terjatuh menembusi syiling kelas. Ibarat cicak terjatuh dari siling. Dapat bayangkan tak?. Bagaimana perkara nie boleh terjadi. Sebenarnya pelajar berkenaan ada kelas Bahasa Cina di Bilik Kayangan. Dulu bilik ini merupakan tempat paderi bersembahyang dan bermekap. Menurut cerita rakan-rakan guru yang lain pula, bilik di mana pelajar ini masuk adalah bilik mandi mayat. Entah la. Mungkin rakan-rakan guru mahu bergurau agaknya.


*ini lah syilingnya yang berlubang*

Kalau difikirkan semula memang lucu tetapi kesian pada pelajar berkenaan. Takut-takut tulangnya retak. Miss Froggy sempat melihat kecederaan pelajar berkenaan. Agak teruk juga di sebelah kanan muka. Leher pula mempunyai lebam. Guru pagi yang menjadi guru bertugas bergegas menghantar pelajar berkenaan ke HUKM bagi rawatan lanjut.

Guru-guru yang lain sibuk melihat tempat kejadian. Bayangkan siling di kelas 1 Cekal berlubang besar. Kalau difikirkan, memang tak logik seorang pelajar perempuan akan terjatuh dari situ. Dah jadi ala-ala superwomen pula. Kalau masuk akhbar METRO mesti sekolah jadi glamer. Kiranya hari nie heboh pelajar-pelajar bercerita mengenai kejadian tersebut. Dah macam-macam versi pula sebab dari mulut ke mulut. Ada yang kata kawan-kawannya kata dia mendengar suara yang memanggil. Biasa la pelajar-pelajar nie suka jadi reporter tak berlesan. hehehe. Cikgu-cikgu hanya mampu mendiamkan diri dan sebagai pendengar saja. Tak nak menakutkan pelajar-pelajar lain. Takut berlaku histeria lagi di sekolah. Hurm....
 
Kiranya sekolah nie berhantu juga la sebab sebelum nie dah banyak kisah yang berlaku. Cuma berlainan versi je. Sapa la berani nak naik ke Bilik Kayangan tu keseorangan. Hish!!...Miss Froggy yang naik untuk abik barang sekejap pun rasa bulu roma naik dan wujud satu perasaan yang berlainan.

Pening kepala la Puan Pengetua nanti bila dia balik dari Umrah. Tinggalkan sekolah sekejap je macam-macam hal yang jadi. Sabar jela!!!.

27 April, 2011

Cinta hati Miss Froggy

Posted by Ayu Amir at 27.4.11 0 comments
 *pose dengan Fauziah Ashari*

Cinta hati Miss Froggy. Mesti pelik kan dengan tajuk tu. Sebenarnya, cinta hati Miss Froggy adalah koleksi novel-novel & komik yang banyak terdapat di pasaran. Lebih-lebih lagi penulis yang Miss Froggy gemari. Nak tau siapa?. Mestilah Fauziah Ashari seperti dalam gambar di atas. Korang mesti jeles kan? Maklumlah dapat bergambar dengan idola hati. Korang mesti tau kan sekarang di adakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Jadi, alang-alang duk KL nie ambil kesempatan la berkunjung ke tempat yang sememangnya menjadi syurga bagi kaki novel & kaki komik!... ;P

*hasil pembelian diletakkan di atas katil*

Banyak juga la Miss Froggy memborong pada hari kejadian. Berhabis juga dalam RM 250 semata-mata membeli komik & novel. Namun Miss Froggy sangat puas hati sebab berbaloi habiskan duit yang sememangnya dah kering. Maklumlah hujung bulan. hehehe. Terkejut juga la geng gossip yang turut serta menemankan Miss Froggy. Tapi diaorang tu sibuk bergambar dengan artis je. Mentang-mentanglah Farah AF2 dan Aliff Satar jadi pengacara. Sanggup meredah bodyguard semata-mata nak bergambar dengan Farah AF2. Miss Froggy pula teruja sebab dapat jumpa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zakarshi yang jadi tetamu semasa pelancaran Pesta Buku 2011. Kalau dapat bergambar dengan beliau, beli frame gantung gambar tu kat ruang tamu.

*kartunis Lengkuas*

Walaupun sekarang Miss Froggy dah beralih minat pada komik Gempak Starz, Miss Froggy tetap tidak akan melupakan kartunis tempatan seperti Lengkuas. Jadi seperti biasa booth MOY Miss Froggy tidak lepaskan peluang untuk berjumpa kartunis mereka. Alang-alang dah ada depan mata, Miss Froggy borong la komik banyak-banyak!! Puas hati.

Biar la orang kata Miss Froggy nie membazir sebab borong banyak novel & komik. Bagi Miss Froggy, gaji Miss Froggy dapat tu biarlah dihabiskan ke arah yang baik seperti melabur dalam komik & novel!!...ada Miss Froggy KISAH??!!


Jangan jeles ya kawan-kawan sebab Lengkuas buat khas untuk Miss Froggy saje!.. ;p 
Sampai jumpa lagi di tahun depan. InsyaAllah...


24 April, 2011

PENGEMIS...boleh percaya ke??

Posted by Ayu Amir at 24.4.11 0 comments
Korang pernah tak pergi supermarket dan jalan disekitar LRT?. Hurm...tadi saya dan geng gossip merayap ke SOGO. Maklumlah tengah SALE!. Masing-masing berhajat nak menghabiskan duit membeli handbag, kasut dan baju. Agak lama juga kami berlegar di dalam SOGO. Selepas mendapat barangan yang dihajati, kami beredar ke pasar malam jalan TAR. Niat hati ingin membeli makanan dan mencuci mata menghilangkan stress. Keluar saja dari SOGO, kami terserempat dengan seorang pengemis tua. 

Seorang pengemis tua sedang sibuk membuat tulisan khat di atas sekeping kertas dengan tangan yang mengeletar dan kaki yang berbalut. Sayu dan syahdu rasa hati memandang pakcik tersebut. Dengan tidak semena-mena airmata laju menitis. Sangat sedih melihat keadaan pakcik tersebut. Walaupun dia tidak berupaya tetapi dia masih mampu melakukan sesuatu untuk mencari sesuap nasi.

Kami rasa sangat sedih kerana selepas saja kami menghulurkan sedikit wang, pakcik berkenaan menadahkan tangan dan mengucapkan rasa syukur atas pemberian yang tak seberapa ini. Kami juga lihat ramai orang yang sama-sama menghulurkan sedikit wang kepadanya. Gelagat pakcik berkenaan sama seperti yang dilakukan kepada kami. Kalau korang berada dalam situasi begitu, apa tindakan dan reaksi korang?. Mesti rasa sedih dan sayu kan?. Sama la seperti kami.Rasanya dah puas Miss Froggy menangis hari ini. Banyak perkara yang berlaku hari ini sehinggakan airmata tidak berhenti dari mengalir. Namun jauh disudut hati terdetik "Miss Froggy yang normal nie sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan selalu mengeluh apabila diberikan tugas. Kerja itu satu amanah". Melihat kegigihan pakcik tua itu Miss Froggy tanam dalam diri yang Miss Froggy mahu menjadi kuat dan tak mahu selalu menangis bila dilanda masalah.


21 April, 2011

Tak sabarnya!!.. ;)

Posted by Ayu Amir at 21.4.11 2 comments
Bulan Mei datang lagi!!!...Ada apa dengan bulan Mei?. Mestilah banyak hari istimewa dalam bulan nie. Pertamanya Hari Pekerja. Cikgu pun pekerja kan?

Memandangkan hujung minggu depan adalah perkhemahan perdana unit beruniform dan Miss Froggy yang takde kena mengena nie sibuk nak ikut, jadi cikgu2 lain dengan rela hati nak bertukar dengan Miss Froggy. Orang dah kawin dan ada anak sibuk la nak pergi bercuti kan...hehehe. Sebenarnya menyibuk nak ikut sebab dah gian nak pergi berkhemah. Maklumlah, scout kan zaman sekolah dulu. Perkhemahan itu nanti guru pengiring semuanya ANAK-ANAK DARA dan guru-guru baru. Kami dah plan nak mandi sungai. Murid-murid dah ada jurulatih sendiri. Cikgu-cikgu kena buat aktiviti sendiri la..Tengok aje la gelagat kami nanti.hehehe.

Pergi hari Sabtu dan balik semula hari Ahad. Isnin sambung cuti pula. Bahagianya!.. hehehe. Tak mengapalah korbankan cuti Hari Pekerja semata-mata menjadi pengiring murid-murid. Dalam hati sangat suka!!. Banyak aktiviti menarik akan dijalankan. Antaranya jungle tracking, LDK dan lain-lain. Kan bagus kalau ada aktiviti flying fox ke rock climmbing ke. Biar murid-murid tahan dengan aktiviti lasak. Tak gitu???

Tak sabarnya la nak pergi berkhemah!...Hoooreyyyyyyy!!.. ;)


18 April, 2011

Alahai....susahnya!!!!

Posted by Ayu Amir at 18.4.11 3 comments
Buat pertama kali dalam hidup, Miss Froggy dilamar untuk dijadikan isteri. Terkedu Miss Froggy bila dilamar. Dalam hati berkata-kata "sudah bersediakah Miss Froggy??".

Sudah semestinya jawapan Miss Froggy TIDAK. Kenapa? maklumlah, Miss Froggy baru sahaja bekerja setelah menamatkan pengajian. Sejak dulu lagi Miss Froggy sudah berazam untuk memberi kesenangan kepada keluarga terlebih dahulu. Barulah Miss Froggy boleh fikir untuk diri sendiri. Bukan pentingkan dirikan namanya?. Miss Froggy pun tak sangka dia mengatakan paling lambat dia nak kawin pertengahan bulan depan. Macam bom jatuh menimpa diri Miss Froggy pada ketika itu. Adoi!!!!.

Kami dikenalkan oleh cikgu Miss Froggy. Uminya memerangkap mak angkatnya sahabat kepada cikgu Miss Froggy. Mereka memperkenalkan kami. Niat hati nak berkenalan dahulu. Kalau serasi baru go on tetapi pertama kali jumpa je terus dia ajak kawin. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!... Tak nak!. Miss Froggy masih belum bersedia.

Sekarang, Miss Froggy cuba mengelak dari menjawab panggilan telefon dan sms dari dia. Berdosakah Miss Froggy berbuat demikian?.. Ya Allah, berilah Miss Froggy petunjuk-Mu. Masih banyak perkara yang perlu Miss Froggy selesaikan sebelum Miss Froggy benar-benar bersedia melangkah ke alam perkahwinan.


08 April, 2011

Pening...pening...pening!!!

Posted by Ayu Amir at 8.4.11 0 comments
Bulan nie rasa sangat sibuk dengan aktiviti di sekolah. Selain mengajar, ada beberapa hal yang perlu diselesaikan. Lagi-lagi ada majlis besar pada 9 April nie. Bila semua benda nak kena settlekan cepat, mood pun berubah. Dari muka yang sentiasa ceria berubah menjadi murung. Ditambah lagi dengan gelagat anak-anak murid yang sememangnya tak reti nak berhenti bercakap bila Miss Froggy masuk ke dalam kelas. Rasanya dari masuk sekolah, sampai balik sekolah, mulut langsung tak boleh diam. Pot pet..pot pet aje!...adoi!!!. Pening...pening...pening!!!

Rasa nak mengamuk je...Kalau disuruh senyap, confirm tak nak senyap. Miss Froggy ambil pendekatan berdiri di tengah-tengah kelas dan senyap. Mata je memerhati gelagat pelajar. Itu tandanya Miss Froggy dah geram. Reti pula mereka tutup mulut bila melihat keadaan Miss Froggy sebegitu. Memang betul-betul menguji kesabaran Miss Froggy la budak-budak ni. Nasib baik la Miss Froggy tak G***!!!...huhuhu.

Ada pula la mulut-mulut yang nakal cuba berlawak dalam kelas. Nak marah tak sampai hati. Mampu tergelak je dengan lawak antarabangsa mereka. Kerana sibuk menjadi reporter tak berlesen dalam kelas, kerja rumah yang diberi tak dapat disiapkan. Antara alasannya, "Cikgu, terlupa la", "Cikgu, bila cikgu kata nak kumpul buku? tak dengar pun", "Cikgu, saya tak sempat nak salin soalan la". Ya Allah!...rasa nak menangis je dengar diaorang kata begitu. Gagal ke Miss Froggy sebagai seorang GURU????











15 March, 2011

Cuti sekolah datang lagi!!

Posted by Ayu Amir at 15.3.11 0 comments
Bila sebut bab cuti sekolah, budak-budak sekolah paling suka. Sebabnya? Banyak sebabnya. Antaranya, tak perlu bangun pagi untuk bersiap ke sekolah, tak perlu siapkan kerja sekolah yang diberi cikgu, tak perlu terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan tak perlu dimarahi cikgu.

Bila cuti sekolah menjelma, cikgu-cikgu pun tumpang sekaki untuk turut sama bercuti. hehehe. Yela, kalau takde murid yang datang, cikgu nak mengajar siapa? ayam? itik? Mestilah tak kan?. Walaupun cuti seminggu je, cikgu tak semestinya cuti seminggu juga. Ada yang kena ke sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai seperti key in markah ujian. Nama pun cikgu, kerja-kerja key in markah memang antara tugas cikgu. 

Tak mengapalah sebab cuti masih panjang. Tapi kesian pada rakan-rakan yang kampungnya jauh. Miss Froggy walaupun bunyi macam jauh tapi dekat la juga. Cuti sekolah pun boring sebab tak dapat nak menanda buku, menyemak latihan dan membuat rancangan pelajaran harian (bunyi macam poyo je!). hehehe

Bagi yang bercuti, selamat bercuti diucapkan. Nikmatilah cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang manis dan indah!....



08 March, 2011

Kawan baikku BINI orang!

Posted by Ayu Amir at 8.3.11 0 comments
Alhamdulilah. Tanggal 5 Mac 2011, kawan baik Miss Froggy, Noryn @ Watie selamat diijabkabulkan menjadi bini orang. Seronok sangat dia bergelar isteri kepada Mohd Khalid bin Rejab. Tahniah buat korang berdua. 6 Mac 2011 pula majlis persandingan mereka. Miss Froggy sebagai pengapit bagi pihak sahabat baik Miss Froggy, Noryn. Entah kenapa rasa mengeletar pula di atas pelamin. Pengantin pula sangat sempoi. Boleh pula diaorang bergurau sesama sendiri di atas pelamin??...Memang korang tak reti duduk diam!!!hahahaha

Masa menepung tawar pun kelakar. Ada ke pengantin tunjuk pada yang nak menepung tawar mana satu yang kena letak kat tapak tangan dulu. hahahaha. Setahu Miss Froggy la, takde pengantin yang bergerak banyak kecuali pengantin Noryn & Khalid.

Walau bagaimanapun, meriah sungguh kenduri mereka berdua. Ramai teman-teman masa sekolah rendah dan menengah yang datang berkunjung. Tidak ketinggalan teman-teman sekerja mereka. IMIGRESEN menyerbu Taman Meru Jaya!. Banyak jiran-jiran yang memandang sesama sendiri. Takut ada orang kena tangkap kot. hehehe. Cantik je bila mereka datang dengan pakaian seragam yang lengkap. Nampak sangat kemas.

Tahniah la pada kawan baik Miss Froggy. Selamat sudah bergelar isteri orang. Miss Froggy doakan mereka sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha. Jangan lupa doakan jodoh Miss Froggy sampai cepat!. Amin.

04 March, 2011

Pesta Ponggal??

Posted by Ayu Amir at 4.3.11 0 comments
 
  • kolum berbentuk burung merak
Pernah dengar tak pasal Pesta Ponggal?. Orang India biasanya akan membuat kolum yang berwarna-warni dan menghiasnya dengan lampu yang banyak. Tujuannya? Kalau tak silap Pesta Ponggal ni merupakan pesta di mana kaum India akan membaling serbuk pewarna kepada orang lain. Betul ke?. Kena rujuk pakar sejarah ni. hehehe.

Kelab kebudayaan di bawah bimbingan Miss Froggy mengadakan pameran membuat kolum. Ideanya daripada guru kebudayaan sesi pagi, Madam Savitri. Tak ramai yang menyertainya sebab kekangan ruang di dewan belakang. Jadi, yang cantik-cantik sahaja yang terpilih untuk dipamerkan untuk tatapan pelajar dan guru-guru lain. Kreatif juga la pelajar-pelajar Convent Peel Road ni. Tak sangka masing-masing berbakat menghasilkan kolum yang cantik dan menarik.

  • kolum daripada hampas kelapa
Lagipun, pelajar-pelajar ni memang suka aktiviti seperti ni. Hilangkan tension belajar katanya. hahahahaha. Macam-macam ragam la pelajar sekarang. Objektif penganjuran pertandingan tercapai sebab pelajar dapat mengetahui cara menghasilkan kolum dan semangat bekerjasama terbentuk di kalangan mereka. Alhamdulilah. Tahun depan kita buat pertandingan lain yang lebih menarik dan menghiburkan pula. 


Dalam suka, ada duka!..

Posted by Ayu Amir at 4.3.11 0 comments
Situasi pagi tadi semasa melangkah ke pejabat untuk punch card..."Ayu!!...nie ada surat untuk Ayu. Ayu kena pergi bengkel nie. Sain dulu dalam buku penerimaan." Dalam hati berkata, [Miss Froggy dah agak dah kena pergi bengkel tu!].uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Baru je dua hari Miss Froggy dapat jawatan, dah kena pergi kursus. Kawan-kawan Miss Froggy kata Miss Froggy bertuah sebab pentadbir percayakan Miss Froggy. Ye ke?. Sebenarnya Miss Froggy suka pergi taklimat dan mesyuarat di luar sekolah. Tapi minggu ni Miss Froggy dah plan nak attend majlis akad nikah Noryn @ Watie, kawan baik Miss Froggy...nampaknya tak dapat la tengok airmata kegembiraannya lepas sah dia bergelar isteri orang.huhuhu

Nak buat macam mana. Tugas tetap tugas. Kena laksanakannya dengan ikhlas dan sepenuh hati. Guru kena berkorban jiwa dan raga kan??. Semuanya demi anak-anak bangsa tercinta. Guru kena penuhkan ilmu di dada. Barulah orang percaya dan hargai tugas seorang guru sebab guru adalah seorang yang BITARA. Tak gitu kawan-kawan???

Hanya rakan-rakan di kalangan guru-guru sahaja yang memahami kesibukan seorang guru. Kerja datang secara tiba-tiba dan perlu diselesaikan dengan segera. Kalau nak tau susah ke senang seorang guru, ayuh semua ceburi profession perguruan. 

01 March, 2011

kenangan terindah...28/02/2011

Posted by Ayu Amir at 1.3.11 0 comments
Hari nie asyik tersenyum dan ketawa sepanjang hari. Sebabnya, dari awal pagi Miss Froggy datang sekolah, Miss Froggy dah dihujani dengan ucapan "selamat hari lahir cikgu!" dan "Happy birthday teacher!". Rasanya nie la kali pertama Miss Froggy menyambut hari lahir dengan gembira. Terima kasih..terima kasih..terima kasih pada kawan-kawan dan anak-anak murid yang tidak lupa dengan hari lahir Miss Froggy. Rasa sangat terharu!...

 
  • hadiah daripada anak-anak murid tersayang...
Paling mengejutkan, waktu terakhir P&P, anak-anak murid menyanyikan lagu sambil membawa kek dan hadiah. Rasa sangat terharu dengan kejutan yang dilakukan oleh mereka semua. Cikgu tak minta untuk diraikan pun. Cikgu dah rasa sangat gembira bila awak semua dapat menjawab dengan baik kertas ujian cikgu sebagai tanda awak menyayangi cikgu. Itulah antara bait-bait kata dari Miss Froggy untuk mereka. Cikgu sangat sayang dengan awak semua walaupun pelbagai karenah perlu cikgu lalui dengan awak semua. Awak semualah pengubat hati yang lara dan jiwa kekosongan cikgu. Sayang awak semua!!! . ;)

  • selamat ulangtahun kelahiran yang ke-??

28 February, 2011

Selamat Ulang Tahun...

Posted by Ayu Amir at 28.2.11 4 comments
Alhamdulilah...Hari ni genap 26 tahun Miss Froggy hidup. Perancangan masih panjang. Banyak perkara perlu dilaksanakan dan banyak tanggungjawab perlu dipikul. Harap-harap Miss Froggy dapat menempuhinya dengan sabar.

Tapi ulang tahun kelahiran yang ke-26 tidak semeriah tahun-tahun lepas. Miss Froggy menyambutnya di KL sesorang!!...huk..huk..huk...uwaaaaaaaaaaaaa...dan yang paling menyedihkan, Miss Froggy masih KESEORANGAN tanpa teman istimewa sedangkan rakan-rakan yang lain sibuk hendak mendirikan rumah tangga. Mungkin sebab dulu Miss Froggy selalu jual mahal dengan LELAKI. Hurm...entahlah. Orang kata, kalau dah jodoh, tak ke mana...Miss Froggy hanya mampu berserah pada-Nya.

Dulu, rakan-rakan selalu menasihati untuk segera mencari teman istimewa tapi Miss Froggy tolak. Sebabnya, tujuan Miss Froggy masuk U untuk mendapat pekerjaan yang bagus setelah tamat belajar. Alhamdulilah, dengan rezeki-Nya, Miss Froggy sudah mendapat pekerjaan tetap. Cuma jiwa Miss Froggy sahaja yang masih kekosongan tetapi sekurang-kurangnya Miss Froggy masih mempunyai ramai teman-teman sebagai penghibur dan anak-anak murid kesayangan.

Beri Miss Froggy tempoh dua tahun lagi untuk mendirikan rumah tangga dengan calon pilihan sendiri. Jika tidak, Miss Froggy serahkan kepada keluarga untuk mencari jodoh Miss Froggy. Mungkin itu yang terbaik??. Kita tidak tahu kan??. Walau bagaimanapun, semoga Miss Froggy dapat terus hidup dalam kegembiraan walaupun tiada teman istimewa di sisi. 


11 February, 2011

Alahai....SPP

Posted by Ayu Amir at 11.2.11 0 comments
Salam kawan-kawan semua. Nak kongsi sikit pasal rasa gemuruh nak ditemuduga oleh panel-panel SPP Isnin ni iaitu 14/02/2011. Sebenarnya, terkejut lagi sebab dapat tau lambat. Maklum la, cuti raya Cina cuti sakan. Sampai je sekolah, dapat surat dari kerani. Ditambah lagi dengan beban kerja yang semuanya nak diselesaikan dengan lebih awal. Adoiiii!!!!!!.

Rasa nak pitam je. Kalau la boleh spot soalan yang keluar. Baca jawapan je.huhuhuhu. Boleh camtu? hahahahaha....

Miss Froggy sangat mengharapkan doa kawan-kawan sebagai bekalan masa nak ditemuduga nanti. Doakan Miss Froggy berjaya ya kawan-kawan semua. Doa anda semua mengiringi kejayaan Miss Froggy. Amin.

25 January, 2011

Soya oh soya!!

Posted by Ayu Amir at 25.1.11 0 comments
Salam kawan-kawan. Hari nie saja nak entri pasal air kegemaran Miss Froggy iaitu air soya. Kalau pernah dengar istilah 'giler kentang', Miss Froggy masuk dalam kategori 'giler air soya'!. hehehe.

Kalau tak minum sehari, tak sah. Orang kata nak putih minum air soya. Tapi memang sejak azali kulit memang gelap, minum bergelen-gelen sehari tetap hitam kan?. hahaha. Tak mengapalah, sebab Miss Froggy memang 'giler air soya'!. Disebabkan peminat fanatik soya, apa kata Miss Froggy kongsi sedikit info berkaitan kacang soya dengan kawan-kawan semua. 

KACANG SOYA  ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70cm. Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun hitam atau kedua-duanya.


Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa Jepun, shoyu (kicap).

Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.


Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk tepung soya, tauhu, tempe, soya licithin dan minyak sayuran. Ia juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya, yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak. Maka, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium.

Tofu mengandungi sejumlah besar mineral penting kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protein dalam susu soya bagi menghasilkan tauhu (tofu). Tambahan lagi, protein soya telah didapati dapat mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang. Kacang soya digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodesile.


KEBAIKAN SOYA:
1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.
2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua  kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.
3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.
4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.
5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

20 January, 2011

Happy Holiday!

Posted by Ayu Amir at 20.1.11 0 comments
 [senarai nama murid rumah Tun Fatimah 2011]

Hari ni cuti sempena Hari Thaipusam. Sesetengah negeri sahaja yang bercuti termasuk la Kuala Lumpur. Orang yang beragama Hindu menyambutnya di Batu Caves. Miss Froggy menyambutnya di rumah dengan beban kerja yang masih banyak perlu diselesaikan. Nak settlekan perancangan Kelab Kebudayaan, rumah sukan Tun Fatimah, dan menanda buku murid. Tambahan pula Isnin ni pelancaran Minggu Bahasa Malaysia. Banyak kerja yang menanti. Antaranya kena siapkan soalan untuk kuiz info Bahasa Malaysia. Chaiyok-chaiyok!!

 [perancangan aktiviti Kelab Kebudayaan 2011]

Niat hati nak ke Masjid Jamek dan Jalan TAR. Nak beli baju kurung baru. Nampaknya, kena settlekan kerja sekolah dulu baru ada mood nak bershopping!... Ala, tapi kena shopping sesorang sebab semua orang tak nak keluar sebab tengah kering. Boringnya!!. Kenapa Miss Froggy asyik shopping hujung bulan?Duit banyak sangat kot!..hehehe. Alhamdulilah, duit gaji tak pernah TAK CUKUP!.. ;)
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez