28 November, 2010

Aku, tv dan majalah!!...

Posted by Ayu Amir at 28.11.10 0 comments
Awal juga Miss Froggy bangun pagi hari ni. Niat hati nak mengemas rumah. Setelah selesai, Miss Froggy bergerak ke rumah lama untuk memulangkan kunci rumah. Dah 2 minggu Miss Froggy duk di rumah baru sampai terlupa hendak memulangkan kunci pada tuan rumah. Hehehehe. Semalam dah mesej tuan rumah kata nak pulang kunci. Tuan rumah suruh letak je dalam bilik. Memandangkan hari ni juga kak Huda pulang ke kampung, Miss Froggy mengambil kesempatan untuk berjumpa dengannya. Maklumlah tinggal 3 minggu lagi sebelum menjadi raja sehari. Tahniah buat kak Huda!!. Hadiah postpon tunggu gaji ya kak!!

Agak lama juga Miss Froggy melepak di rumah lama. Berborak dengan kak Huda dan Nana, penyewa baru di rumah tersebut. Selepas itu, Miss Froggy minta diri memandangkan langit sudah bertukar warna. Nasib Miss Froggy agak baik. Sampai sahaja di rumah, hujan mula turun dengan lebatnya!. Niat hati ingin bersiar-siar di Tasik Permaisuri terbantut. Apa lagi, aktiviti Miss Froggy hanya di rumah sahaja. Memandangkan rakan serumah pulang ke kampung, Miss Froggy hanya melepak menonton tv dan membelek majalah sahaja. Huhuhuhu...boring betul la hari nie.

Oh ya, nasib baik aku sempat membeli apam balik di pasar pagi sebelum memulangkan kunci. Jadi menu lunch aku hanya la apam balik dan seketul ayam masak merah. Jadi, aku tak perlu masak. Nasi sudah aku masak semalam untuk bekalan ke sekolah. Selesai menjamu selera, aku kembali menonton tv dan membelek majalah. Hujan masih berterusan. Hujan sangat lebat dan aku terlelap seketika di depan tv!. Bahagianya la sebab susah juga aku nak tidur pada waktu petang!. Mungkin sebab sudah mengantuk dan penat berjalan tidak hilang lagi. 

Di sebabkan hujan masih lebat dan tidak berhenti, aku sambung tidur dalam bilik sambil mendengar radio. Aku peluk erat-erat Mr. Hippo ku!..Hahahaha. Sangat bahagia dengan haruman aromaterapi yang aku beli di Lovely Lace semalam. Baru la nyenyak tidur walaupun lapar sebab tak menjamah nasi!. Nak diet katanya. Huhuhu. Tapi orang kata, banyak tidur pun berat boleh bertambah!. Hurm....lepas ni kena kawal tidur dan makan la. Hujan memang membuatkan perut aku cepat lapar. Jadi, minum banyak air kosong je la. Kalau kat rumah, bila hujan abah rajin buat lempeng keras dan cekodok bawang. Sangat sedap!. Dah duk kat KL ni, hujan-hujan tatap tv dan belek majalah je la!. Nak demand pun semua kena buat sendiri!. Huhuhu.

Rindunya kat abah!...Minggu depan baru boleh balik...............Balik nanti nak suh abah buat lempeng keras la. harap-harap permintaan aku dilayan oleh abah!. Hehehehe. Luv you very much abah!!~

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez