30 April, 2008

Bernafas...

Posted by Ayu Amir at 30.4.08 0 comments
Peh!!!...
Lega sikit lepas habis 3 paper final yang straight. Semester ini agak mencabar juga sebab semua paper boleh dikategorikan sebagai SUSAH!!!...
Alhamdulilah aku dapat menjawab dengan baik walaupun kurang cemerlang. Sengit rasanya berada di tahun akhir pengajian kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum menjalani praktikum di samping sedang menduduki peperiksaan akhir. Walaupun ada lagi satu paper iaitu Corporate Communication, aku tidak boleh duduk diam kerana perlu menyerahkan kertas cadangan laporan praktikum terlebih dahulu kepada penyelia. Dalam sibuk-sibuk study, dapat berita yang amat menggembirakanku. Aku mendapat tahu daripada rakan-rakan yang aku mendapat penyelia praktikum yang BEST iaitu En. Mot bin Madon. Salah seorang pensyarah yang telah ku anggap sebagai ayah sendiri kerana cara pendekatan pengajaran yang berbeza dengan orang lain. Lega juga hatiku kerana mendapat En. Mot atau lebih popular dengan gelaran ayah Mot. Selepas ini aku akan kerap berinteraksi dengan En. Mot berkaitan dengan laporan praktikumku. Harap-harap aku dapat menyediakan tajuk dan laporan yang boleh membanggakan diriku dan universiti. Insyaallah...
Tidak lama lagi bumi Sintok akan ku tinggalkan dengan berbagai-bagai memori yang ada. Aku akan ke sini semula untuk menghantar laporan praktikum dan menghadiri hari graduasiku. Semoga apa yang aku pelajari selama ini dapat dimanfaatkan kepada diriku, keluarga dan mengaplikasikannya semasa bekerja kelak...

12 April, 2008

Dilema...

Posted by Ayu Amir at 12.4.08 0 comments


Tika ini aku masih dalam dilema. Aku tidak tahu kenapa aku berperasaan begini. Mungkin kehadirannya memberi gambaran yang memang dia sesuai untukku. Telah lama aku bisikkan pada kata hati yang aku tidak suka dengannya. Tapi, dia adalah orang yang aku berani untuk meluahkan segala rasa hati tanpa perasaan malu. Peristiwa dulu menyebabkan aku menjadi seorang yang dingin kepada insan yang bergelar LELAKI. Kata orang, pengalaman mengajar seseorang. Namun bagiku, jika pengalaman yang aku lalui perit dan pedih tidak mungkin aku mahu mengulanginya. Selama ini telah banyak lamaran lelaki yang ingin menjadikanku sebagai teman istimewa telah ku tolak. Bukan disebabkan Anti-Lelaki tetapi diriku tidak bersedia untuk menerimanya. Aku adalah orang yang tidak suka mencampur-adukkan antara pelajaran dan cinta. Hal ini disebabkan aku takut sekiranya terkandas dalam pelajaran. Peristiwa dulu turut menjadi pedoman dan guru dalam melaksanakan sesuatu perkara yang menurutku amat penting bagi masa depanku. Buat si dia yang telah lama menghulurkan salam cinta, aku berserah pada-Nya sekiranya memang itulah jodoh buatku. Aku tidak berani untuk meramalkannya sekarang kerana aku amat mengetahui diriku adalah seorang yang sering berubah-ubah dalam memutuskan sesuatu perkara dan keputusan. Bersabar sajalah dengan kerenahku kerana aku juga adalah seorang insan yang amat sukar untuk difahami. Walaupun teman-teman sering mencabar dan mempersendakan diriku kerana sampai sekarang masih solo, namun aku tidak kisah dan tidak melatah. Perkara ini disebabkan aku rasa belum menjadi keperluan untukku mempunyai teman istimewa. Aku ingin membahagiakan keluargaku terutama sekali Abah yang selama ini bersusah payah bagi memastikan aku berjaya dalam pelajaran. Aku dijadikan contoh kepada ahli keluarga yang lain dan aku tidak mahu disebabkan teman istimewa aku telah lari dari landasan matlamat yang sebenar. Biar kita menikmati hidup ini dengan gembira berlandaskan ajaran Islam supaya tidak terpesong dengan dunia yang semakin melalaikan.

Hidangan tradisi masy Jawa...

Posted by Ayu Amir at 12.4.08 0 comments


Hidangan ini merupakan makanan tradisi bagi masyarakat Jawa. Hidangan ini dikenali sebagai nasi ambeng. Hidangan ini amat popular ketika majlis keraian dan doa selamat, majlis Tahlil serta majlis kesyukuran. Hidangan ini amat enak sekali dan terdapat cerita di sebalik penyediaannya. Menurut cerita orang lama-lama, hidangan ini amat istimewa disebabkan semangat kerjasama dan tolong-menolong yamg ingin diterapkan oleh masyarakat Jawa. 5 orang akan duduk bersama dan akan sama-sama mengagihkan kepada 5 orang itu tadi. Hidangan ini merangkumi nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, timun dan keluban. Selepas majlis selesai, Hidangan ini akan di bawa pulang ke rumah masing-masing untuk dinikmati oleh keluarga mereka. Di situ sudah kelihatan semangat kekeluargaan yang tinggi kerana semua ahli keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan nasi ambeng. Buat pengetahuan teman-teman, hidangan ini juga merupakan salah satu makanan kegemaranku. Aku tidak ketinggalan untuk menikmatinya jika abahku pulang dari majlis Tahlil atau kenduri doa selamat. Memang hidangan ini yang ku tunggu-tunggu. Untuk teman-teman, aku syorkan untuk menikmati nasi ambeng ini jika mempunyai kesempatan....Jika mendapat pasangan yang hadir dari keturunan Jawa, pasti hidangan ini akan teman-teman temui.

10 April, 2008

Final exam...

Posted by Ayu Amir at 10.4.08 0 comments


Setelah hampir 4 bulan menghadiri kuliah, menyiapkan assigment dan melaksanakan projek kini tiba masa untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi tahun terakhirku di universiti. Peperiksaan akhir yang akanku hadapi berlainan dengan peperiksaan akhir sebelum ini. Ini kerana, selepas sahaja paper terakhir yang ku duduki aku akan terus menjalani latihan industri di organisasi yang terpilih. Selama 4 bulan diperuntukkan kepada kami dalam menyiapkan Ijazah Sarjana Muda. Perasaanku pada ketika ini berbaur-baur disebabkan aku tidak mengetahui lagi organisasi mana akanku ditempatkan. Dengan peperiksaan yang bakal tiba dan dengan tempat latihan industri yang tidak diketahui membuatkanku rasa takut untuk menghadapinya. Itu belum lagi bercampur dengan proposal yang perluku siapkan sebelum menyiapkan laporan industri. Namun, banyak masa lagi untukku menyiapkan diri bagi menyertai organisasi. 2 minggu diberi kepada pelajar selepas tamat peperiksaan akhir sebelum memulakan latihan industri. Semoga nasib menyebelahi diriku. Beginilah perasaannya sebagai seorang pelajar. Aku tahu aku akan merindui masa-masa begini selepas sahaja menjejaki alam pekerjaan. Bak kata orang, alam pekerjaan mempunyai banyak ragam dan corak. Jadi, kita harus bersedia untuk bersaing dengan orang lain agar kita tidak ketinggalan. Diri kita perlu terisi dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan Ijazah yang kita pelajari. Di samping itu, kemahiran tambahan yang ada dalam diri kita menjadi nilai tambah bagi bersaing dengan orang lain. Semoga aku akan dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran dengan jayanya. Amin...

Grand Dinner Pra-Graduan 2008

Posted by Ayu Amir at 10.4.08 0 comments

Gambar ini di ambil ketika meraikan pelajar Komunikasi semester akhir pada 4 April 2008. Kemeriahan jelas terasa ketika menghadiri grand dinner ini. Semua teman-teman berkumpul dan mengambil gambar bersama-sama. Pada ketika itu banyak cerita yang diperbualkan maklumlah teman-teman yang berlainan minor turut berkumpul bersama. Susah sekiranya pertemuan pelajar semester akhir di adakan kerana masing-masing sibuk dengan tugasan. Kesempatan ini di ambil oleh mereka pada malam berkenaan untuk saling bertukar-tukar cerita dan peristiwa sepanjang mereka belajar di universiti. Selain daripada itu, acara pada malam itu diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Jelas tergambar riak gembira di wajah teman-teman yang hadir. Masing-masing yang hadir vogue dengan pakaian masing-masing. Tidak ketinggalan juga pada mereka yang membawa teman istimewa pada malam berkenaan. Di situlah kesempatan mereka menayangkan girlfriend dan boyfriend. Tidak mahu dikatakan tidak laku sepanjang berada di universiti!!. Namun,ramai yang memilih datang berseorangan untuk dapat meluangkan lebih masa dengan teman-teman yang lain. Bagi mereka, peluang ini tidak datang lagi di lain masa. Buat teman-temanku sekalian, semogha kalian berjaya dalam setiap pekerjaan yang diceburi dan jangan lupakan pengalaman manis yang kita lalui bersama sepanjang bergelar pelajar universiti...
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez