24 April, 2011

PENGEMIS...boleh percaya ke??

Posted by Ayu Amir at 24.4.11 0 comments
Korang pernah tak pergi supermarket dan jalan disekitar LRT?. Hurm...tadi saya dan geng gossip merayap ke SOGO. Maklumlah tengah SALE!. Masing-masing berhajat nak menghabiskan duit membeli handbag, kasut dan baju. Agak lama juga kami berlegar di dalam SOGO. Selepas mendapat barangan yang dihajati, kami beredar ke pasar malam jalan TAR. Niat hati ingin membeli makanan dan mencuci mata menghilangkan stress. Keluar saja dari SOGO, kami terserempat dengan seorang pengemis tua. 

Seorang pengemis tua sedang sibuk membuat tulisan khat di atas sekeping kertas dengan tangan yang mengeletar dan kaki yang berbalut. Sayu dan syahdu rasa hati memandang pakcik tersebut. Dengan tidak semena-mena airmata laju menitis. Sangat sedih melihat keadaan pakcik tersebut. Walaupun dia tidak berupaya tetapi dia masih mampu melakukan sesuatu untuk mencari sesuap nasi.

Kami rasa sangat sedih kerana selepas saja kami menghulurkan sedikit wang, pakcik berkenaan menadahkan tangan dan mengucapkan rasa syukur atas pemberian yang tak seberapa ini. Kami juga lihat ramai orang yang sama-sama menghulurkan sedikit wang kepadanya. Gelagat pakcik berkenaan sama seperti yang dilakukan kepada kami. Kalau korang berada dalam situasi begitu, apa tindakan dan reaksi korang?. Mesti rasa sedih dan sayu kan?. Sama la seperti kami.Rasanya dah puas Miss Froggy menangis hari ini. Banyak perkara yang berlaku hari ini sehinggakan airmata tidak berhenti dari mengalir. Namun jauh disudut hati terdetik "Miss Froggy yang normal nie sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang ada. Jangan selalu mengeluh apabila diberikan tugas. Kerja itu satu amanah". Melihat kegigihan pakcik tua itu Miss Froggy tanam dalam diri yang Miss Froggy mahu menjadi kuat dan tak mahu selalu menangis bila dilanda masalah.


 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez