11 September, 2010

Raya..Raya!!...

Posted by Ayu Amir at 11.9.10 0 comments
1 Syawal menjelma lagi!...hehehehe...Malam raya ramai yang membuat persiapan terakhir. Ada yang membakar lemang, merebus ketupat, memasak rendang, memasang langsir baru dan membuat kuih raya. Bagi Miss Froggy pula raya tahun nie taklah sesibuk raya-raya tahun lepas. Langsir awal-awal lagi sudah dipasang. Memandangkan tahun nie yang bujang-bujang sahaja beraya, jadi malam raya Miss Froggy tidak sibuk untuk memasak. Saudara-mara dah ramai yang menghantar 'monjungan'. hehehehe....

Lagi satu, raya tahun nie persiapan ala kadar sahaja. Memandangkan belum mendapat pekerjaan yang tetap, jadi persiapan raya 'biasa-biasa' je...Tudung, kasut raya adik-adik yang belikan. Bahagianyaaaaaaaaa!!



Pagi raya terlewat bangun!...Bangun je dari tido jam menunjukkan jam 8.00 pagi!!!...hahahaha....Bangun je terus mandi sunat Aidilfitri. Selesai mandi, masak untuk sarapan. Hehehehe...Selepas abah balik sembahyang raya, kami terus ke kubur. Mengunjungi kubur arwah mak. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

Selesai ke kubur, pulang ke rumah. Miss Froggy sibuk mencari bunga segar disebabkan pasu bunga di atas meja kosong!..hahahaha...Pusing satu Meru, belilah bunga segar yang biasanya dipakai dimajlis perkahwinan orang India. Hahahaha....Jadilah daripada takde kan?...


Tetamu yang datang berkunjung sangatlah ramai. Sehinggakan terpaksa duduk di luar beralaskan tikar mengkuang. Sangat kesian!...Itu tandanya rumah Miss Froggy popular di pagi raya sebab abah anak yang tua. Hehehe. Pagi raya pertama tetamu dihidangkan dengan makanan seperti nasi putih, sayur goreng, ayam goreng, paru masak pedas, rendang ayam dan ikan bilis goreng. 



Itu sahaja coretan untuk raya pertama...Hehehe...Len masa updated lagi ya!...hehehehe...Tak puas lagi nak beraya. Raya kan sebulan?!...hehehehe....


 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez