27 December, 2010

Konsert Gemuruh...DT

Posted by Ayu Amir at 27.12.10 0 comments
 [tag DT]

Hujung minggu datang lagi! horayyyyyyyyyyyyy!!!...Seperti yang telah dirancangkan, Miss Froggy nak tengok konsert gemuruh, gabungan kumpulan rock terhebat Wings dan Search di Sunway Beach Surf. Miss Froggy pergi menonton konsert dengan ditemani abang ipar. Seronok la sebab dapat pergi tengok konsert dan ditemani dengan abang ipar. Takde la rasa takut bila dah berkumpul ramai-ramai dengan peminat rock yang hardcore. hehehehe.

Lepas Asar, kami gerak ke Sunway. Memang dah jangka ramai orang tapi tak sangka terperangkap kira-kira 2 jam di lebuh raya!. Kalau tau, pergi naik motor je. Kalau naik motor, Miss Froggy la penunggang. Abang ipar takde lesen moto. huhuhu. Kena bersabar nak harungi jem lagi-lagi cuti sempena perayaan Krismas. Ramai la orang berkunjung ke Sunway.

[keadaan semasa jem]

Nak tak nak, kami terpaksa parking dalam hotel. Takpe la, berhabis sekali-sekala bayar duit parking. Janji dapat tengok persembahan kumpulan Wings dan Search. Miss Froggy dan abang ipar juga mengambil kesempatan untuk bergambar sebelum masuk menyaksikan konsert. Cantik sungguh pemandangan di Sunway Piramid sempena perayaan Krismas pada waktu malam. Pegunjung pun ramai yang datang untuk bergambar bersama keluarga dan teman-teman.

[dengan penyambut tetamu hotel]

Pintu masuk ke konsert pun jem. Terpaksa la Miss Froggy berhimpit dengan orang ramai dan pastikan abang ipar ada di belakang Miss Froggy. Fuh! nasib baik takde apa yang berlaku walaupun kawalan keselamatan agak ketat juga.

Persembahan pembukaan dihiburkan dengan lagu-lagu Wings dan Search nyanyian Azlan & The Typewritter. Terbaik la Lan!!. Dapat bawakan lagu lagenda rock dengan gaya dan persembahannya yang tersendiri. Selepas itu, Amy & Search mengambil tempat. Berdasarkan persembahan malam tu, Amy agak tenggelam sebab banyak lagu-lagu popularnya tidak dinyanyikan. Dibandingkan dengan Awie, persembahannya mantap. Pilihan lagu-lagunya adalah lagu yang memang menjadi siulan pendengar. Antaranya, Misteri Mimipi Syakila. Konsert berakhir jam 11.30 malam. Miss Froggy berpuas hati dengan pesembahan penutup yang menggabungkan 2 kumpulan dan menyanyi secara berduet. Mereka memang terbaik walaupun terdapat masalah bunyi semasa persembahan Amy & Search. Jumpa lagi di Istana Budaya bulan April 2011!.

[pentas utama]

24 December, 2010

Kisah dating dengan...Mrs. MKR

Posted by Ayu Amir at 24.12.10 0 comments
 [inilah Mrs. MKR]

Salam semua. Lambat sikit nak tulis pasal entry ni. Kisah pasal dating dgn BF, Mrs. MKR. Ok la. Minggu lepas, Miss Froggy dapat pelepasan seminggu untuk tidak hadir ke sekolah. Memandangkan cuti terhad, Miss Froggy memang pasang niat nak dating dengan Mrs. MKR. Yela, sejak bekerjaya ni, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Jadi, bila kami berdua cuti serentak, Miss Froggy deal untuk berjumpa. ;)

 [gmbr curi!huhuhu]

Kami berdua spend masa selama 2 hari. Alang-alang jumpa, biar puas  untuk lepaskan rindu masing-masing. Kami bergossip, bercerita tentang perancangan masa depan dan melepak. Best sangat! kalau hari-hari buat macam ni, best juga kan?

[thanks sbb belanja!]

Ntah bila lagi kami dapat dating begini lagi. Sebabnya si Mrs. MKR ni bakal menjejakkan langkah ke jinjang pelamin. Tahniah la korang!!. Doakan Miss Froggy dapat jodoh cepat ya. Amin...

23 December, 2010

Bila orang LELAKi turun ke dapur!

Posted by Ayu Amir at 23.12.10 0 comments
[ini bubur suro@lambuk]

Salam buat semua!. Ok la nak cerita kisah tentang orang lelaki bila masuk ke dapur. Hebat tau diorang bab-bab memasak nie. Contohnya, abah Miss Froggy. hehehehe. Pakar dalam bab-bab memasak. 

Ceritanya begini, jam menunjukkan 12 tengah hari Miss Froggy dan kak Mas masih belum menanak nasi dan masak. Masing-masing leka menonton cerita kartun. Miss Froggy dan kak Masa memang fanatik cerita kartun.  Bila abah balik kerja, abah tanya "dah masak nasi ke? masak lauk apa?". Miss Froggy dan kak terkedu. Adoi!. Miss Froggy jawab " belum lagi bah, tengah tengok tv, jap lagi ya".

Abah jawab "tak payah masak. Abah nak buat bubur.Kan bulau suro [Muharram]". Miss Froggydan kak Mas apa lagi, berjimba la. hehehe. Kak Mas cuba menolong memotong sayur. Selebihnya, abah yang buat. Bukan la jadi anak derhaka, tapi bab masak bubur memang abah teror.Makcik dan pakcik sebelah rumah pun tau abah hebat memasak. Minggu lepas makcik sebelah rumah dah tanya bila nak buat bubur suro. hehehe.

Tugas Miss Froggy hanya beli santan kat kedai [punyalah malas anak dara]. Memandangkan belum mandi, Miss Froggy ambil kesempatan untuk mandi dulu. Menyinga juga abah tunggu santan tak beli-beli lagi. Sori abah!.

Kira-kira jam 2 petang, siap la bubur suro hasil air tangan abah. Memang sedap!. Miss Froggy juga la jadi penghantar kat rumah makcik dan pakcik sebelah rumah. Hantar dalam piring dan mangkuk tingkat [macam zaman dulu-dulu].

 [inilah hasilnya bila dihidangkan]

Oh.. Sebab dah janji nak date dengan BF, Miss Froggy cepat-cepat jamah sikit bubur. Takut balik rumah nanti tinggal bekas yang belum basuh je [bercakap dari pengalaman]. Kempunan pula Miss Froggy nanti. huhuhuhu. Yang pastinya, bubur suro abah memang sedap!!!.. ;)

Orang lain bercuti, kami bekerja!

Posted by Ayu Amir at 23.12.10 0 comments
 [posing jap]

Salam buat teman-teman. Kali ini Miss Froggy nak cerita pasal cuti sekolah. Mungkin teman-teman yang bukan cikgu akan ingat bila cuti sekolah, semua cikgu-cikgu pun bercuti!. Hish! salah anggapan teman-teman tu. Sebabnya, Miss Froggy dan guru-guru baru perlu bekerja kerana kami perlu menjalankan orientasi selama 3 bulan!. bunyi macam lama kan?.

Memandangkan cuti sekolah sunyi sepi [SPM dah habis kan?], kami ditugaskan untuk menyiapkan back drop untuk program orientasi 31 Disember 2010 nanti. Kiranya, ada juga la keja yang dibuat daripada dok terconggok dalam bilik guru. Macam-macam gelagat dapat diperhatikan bila guru-guru menampal back drop. Hish! dah macam kanak-kanak RIBENA pula.. ;)

[aktiviti panjat memanjat ;)]

Walaupun ada yang main-main ketika bekerja, kerja kami akhirnya siap juga. Kami juga telah mendapat persetujuan pihak pentadbir berkaitan dengan back drop yang ditampal. Berbaloi juga kerja yang kami laksanakan. Bak kata pepatah, Alah bisa, tegal biasa. Weeeeeeeee...

 [back drop yang dah siap!]

Kesimpulannya, seronok juga bekerja semasa cuti. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, kami juga dapat mengenali pihak pentadbir dengan lebih rapat. Harap-harap, tahun depan dapat cuti ya!.. ;)

22 December, 2010

Untuk santapan perut yang kelaparan!

Posted by Ayu Amir at 22.12.10 0 comments
Salam kawan-kawan. Hari ni nak kongsi menu yang boleh mengenyangkan perut masa musim hujan ni. Cuba ya!. Resepi dari member yang belajar kat Jepun.

OREO TRIFLE
BAHAN2 :
1. biskut oreo (pki 18 keping biskut oreo)
2. whip cream (daitai 400gram, x timbang ;p)
3. sedikit susu segar

CARA2:
1. pukul whip cream dgn kuat smpai puas hati..haha
2. susun biskut oreo ke dlm bekas..
3. basahkan biskut dgn menitikkan susu segar sikit2 ke ats biskut tu
4. kemudian masukkan sedikit whip cream..
5. ulang langkah 2,3 dan 4 smpai whip cream dgn oreo anda abes..kirenye kite wat layer ek atr 2 bahan ni..
6. msukkan dlm peti sejuk..sy tgglkan semalaman..sbb 2 hr ni br dpt mkn...
7. bile dh mampat, hiaskan dgn strawbery kegemaran

contoh yang dah siap



trifle yang sudah dipotong..

19 December, 2010

Tenggelam timbul...

Posted by Ayu Amir at 19.12.10 0 comments
 *hanya sebagai gambaran semata-mata*

Agak lama gak tak entry cerita terbaru. Antara sebabnya ialah demam panas. Kalau dah demam sampai terlantar 3 hari, takde makna nak online. huhuhu. Sebab kedua, Miss Froggydicutikan selama seminggu. Sebab terakhir, Miss Froggy sibuk date dengan BF. hehehe.

Satu minggu je cuti, tapi banyak agenda yang telah aku rancang. Antaranya, menjenguk 3A [Adib, Adli, Adam] di Kelantan. Macam tak percaya je Miss Froggy pergi Kelantan sorang-sorang. First time pula tu dengan menaiki bas. Dalam jam 4 petang, Miss Froggy tinjau tiket kt Klang Sentral. Nasib baik ada lagi. Tau kul berapa? Kul 8 malam bas gerak. Mak ai, barang-barang tak kemas lagi!!. Dapat je tiket dua hala, Miss Froggy terus pecut ke rumah kemas barang-barang yang perlu di bawa.

* Miss Froggy naik bus Sani!.. ;)*

Dalam perjalanan, boleh dikatakan Miss Froggy tak tidur. Sebabnya, Miss Froggy takut...huhuhu. Bas lalu Merapoh. Jalan dah macam nak ke Genting, Banyak betul selekoh..uwaaaaaaaaaaaa. Tak sanggup Miss FroggyMiss Froggy leh tidur2 ayam je. Bas berhenti di Merapoh untuk penumpang lepaskan hajat masing2 [makan, minum, solat, gi toilet]Miss Froggy singgah toilet je [tu pun dah tawaf banyak kali baru jumpa. Segan nak tanya orang. Nampak sangat tak pernah sampai Kelantan].

Jam 6 pagi, sampai di Rantau Panjang. Alhamdulilah. Sampai je rumah akak Miss Froggy  Miss Froggy terus kejut 3A. hehehe. Terkejut diorang nampak Miss Froggy  Lagi2 si abang. Rindu katanya dengan Acik Ayu!..Acik pun rindu korang juga!. Memandangkan akak Miss Froggy keja, Miss Froggy jaga 3A kat rumah [walaupun sebenarnya Miss Froggy tertidur sebab keletihan]. Kiranya, aktiviti Miss Froggy hanya bermain dengan 3A aje. Miss Froggy main perang-perang sebab diorang memang suka permainan tu..hehe.

*buah hati pengarang jantung*

Hari kedua di Kelantan, akak Miss Froggy ajak shopping!..Wah! Miss Froggy memang suka bab nie!. hehehe. Niat hati hanya nak beli tudung adik kirim, dah singgah kat kedai tudung, Miss Froggy yang banyak memborong!!!Adusssssssssss!..hurm, takpe la, dah lama tak beli tudung pun. Tudung2 sedia ada banyak dihadiahkan oleh orang. Maklumlah....dulu tak reti bab2 tudung nie...Selain tudung, Miss Froggy juga memborong kain2 untuk di buat baju kurung. Agak banyak juga la..hehehe. Tak lupa juga beli ole2 untuk family dan member2. Orang kata sambil melancong kena memborong!.hahaha.

*antara benda yang di borong di zon bebas cukai, Rantau Panjang*

Malam kedua di Kelantan, Miss Froggy kena gerak balik Klang. Masa sangat mencemburui. Tak habis nak lepaskan rindu dengan 3A dah kena balik. Disebabkan tuntutan kerja, Miss Froggy kena balik. Akak antar Miss Froggy kat stesen bas. Menitik air mata Miss Froggy masa bas meninggalkan terminal. Sedih nak tinggalkan anak buah. Entah bila dapat jumpa diaorang lagi. sob..sob..sob..

10 December, 2010

Sukee sangat!!!

Posted by Ayu Amir at 10.12.10 0 comments
Hari nie rasa sangat boring, jadi saja je buka youtube. Jumpa video lagu kanda dinda nyanyia Atilia. Suka sangat-sangat!!!....Ok Miss Froggy, waktu untuk fikir tentang teman laki. Kang lambat2, jadi ANDARTU pula!huhuhu. Ok, kawan-kawan, layan sebentar lagu ni. Very nice!!

08 December, 2010

Bila orang LELAKI bershopping!

Posted by Ayu Amir at 8.12.10 0 comments
 *window shopping di Carrefour*

Hurm, mega sale hujung tahun datang lagi. Seperti biasa, ramai orang yang memang suka bershopping ternanti-nanti peluang untuk membuang duit mereka. Bercakap bab shooping, rasanya orang pompuan lagi ligat kan?. Jenguk la mana-mana shopping complex yang menawarkan potongan harga, jantina mana yang ramai mengerumuninya?? POMPUAN a.k.a WANITA kan??


Jangan tak tau, kaum LELAKI (patutnya jantina lelaki) ada juga yang gila shopping!!. Contohnya, kawan LELAKI Miss Froggy (namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu) memang gila shopping. Lagi-lagilah gaji dah masuk!.hehehe. Kalah orang pompuan tau. Mungkin dia nak lepaskan geram sebab dapat membeli barang yang telah lama diidamkan. Lagi pun, bila gaji dah masuk, masing-masing perlu beri pada keluarga dahulu. Selebihnya memang spend untuk diri sendiri la. Tak gitu??

Tak salah rasanya untuk manjakan diri sendiri selepas penat mengerah keringat mencari rezeki. Lagi-lagi rezeki yang HALAL. Baru la berkat apa yang kita belanjakan. Kan???

Tak kisah la. Laki ke pompuan ke, yang penting semua orang gembira atas apa yang telah dibelanjakan hasil daripada wang pencarian mereka. Selamat bershopping dan menghabiskan duit kepada kaki-kaki shopping di luar sana!! ;)

Miss Froggy & Mamak!

Posted by Ayu Amir at 8.12.10 0 comments

Miss Froggy & mamak tidak dapat dipisahkan!hish!..Miss Froggy memang tak suka sangat makan kat mamak....Sebab? Korang fikir la sendiri!...Tapi di sebabkan cuti sekolah, kantin hanya menyediakan makanan untuk pengawas peperiksaan sahaja . Jadi, terpaksa ikut kawan-kawan keluar makan di kedai mamak!.huhuhuhu.

Nanti kebulur pula bila tak dapat makan. Miss Froggy hanya makan maggie goreng basah dan nasi kandar je. Kalau teringin baru order air limau ais. Teringat kenangan makan di restoren Zubaidah, UUM. Air limau ais memang power!. Takde tandingan dari mana-mana tempat. Rahsianya, air limau dicampur dengan asam boi. SedaP!!.

Hurm, kedai mamak sebelah sekolah nie boleh tahan la makanannya. Tapi, masakan abah paling sedaP di dunia!..hehehe. Takde kedai yang boleh lawan masakan abah. Percayalah!. Sebab, Miss Froggy dah makan masakan dari air tangan abah sejak kecil lagi. Mamak pun mamak la, asalkan perut kenyang!! ;)

Aktiviti Maal Hijrah!

Posted by Ayu Amir at 8.12.10 0 comments
 *gerammnya dengan teddy bear ni!*

Semalam kan cuti Maal Hijrah, jadi Miss Froggy ambil kesempatan ke Midvalley Megamal. Niat hati nak jenguk ke MPH Bookstore je. Tapi kalau dah singgah ke shopping complex, mesti ada je benda yang Miss Froggy akan beli. Semalam, berhabis lagi dengan beli sepasang kasut. Mahal juga tapi yang penting selesa dipakai. Tau dek akak Miss Froggy, mau kena marah!. Dah berhabis lebih RM 500 untuk 3 pasang kasut aje!. Hish!...

*kasut apa yang aku beli?tet!*

Puas membeli kasut, peralatan mandian dan make-upMiss Froggy mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di ruang legar shopping complex. Hehehe. Tema untuk Krimas tahun nie agak meriah di Midvalley. Teddy bear yang dipertontonkan sangat besar!!...Dah macam gergasi pula!hehehe.


Tapi Miss Froggy agak kecewa sebab tak dapat nak berposing bersama. Yela, kan shopping sesorang je!huhuhuhu. Jadi, Miss Froggy abik je gambar-gambar teddy bear ni. jadilah, untuk tatapan kawan-kawan... ;)

*rusa pun ada!*

Hurm, dah penat berjalan, singgah Secrect Receipe untuk mengisi perut yang lapar tak diisi semenjak pagi...Suka sangat dapat makan spagetti walaupun makan sesorang!!!hehehe.

*sedapnya!yum..yum..yum..*

05 December, 2010

Muhammad Harith Iqram!

Posted by Ayu Amir at 5.12.10 0 comments
*sedang nyenyak tido!*

Petang sabtu lepas, Miss Froggy, Leha dan Apiz menjenguk Haniza yang telah selamat melahirkan seorang baby laki yang sangat comel, Muhammad Harith Iqram. Wah!. teruja kami sebab Haniza dah dapat sorang baby!.hehehe.

Tahniah diucapkan pada Haniza!. Dalam geng kami, di sorang je dah selamat berkahwin dan selamat mempunyai baby. Hurm, lepas nie giliran siapa pula antara Miss Froggy, Leha dan Apiz??...hahahaha.

Apa-apa pun, tahniah sekali lagi buat mama Niza dan papa Nizam!!...Bila lagi nak tambah baby??? ;)


*Leha belajar nak pegang baby*

02 December, 2010

Bila orang bujang bertemu!!...

Posted by Ayu Amir at 2.12.10 0 comments
 
*kami masih BUJANG!*

Walaupun tak sampai seminggu kami berkenalan, kami dah mula rapat. Diaorang ni guru-guru baru SMK Convent Jalan Peel. Malam ni kami seramai 7 orang makan KFC sebab Alias belanja. Yela, kan dah gaji!. hehehe. Thanks Alias!!. Lias memang baik hati. Selalu belanja Miss Froggy dan kawan-kawan makan walaupun dia tak bergaji lagi. Memang murah rezeki la Encik Alias kita nie. Amin.

*menu dinner kami*

*cukup untuk 7 orang*

Selesai menikmati makanan, kami bergerak pula ke Downtown Cheras. Niat hati nak beli handbag. Sebab, handbag sangat cantik dan murah. Dah lama pendam hasrat nak miliki satu handbag!..hehehe. Agak lama juga meronda bersama kawan-kawan. Diaorang membeli sarung bantal. Yang lelaki beli perfume dan selipar. 

Miss Froggy sorang je masih berkira-kira hendak membeli handbag yang mana satu di sebabkan banyak pilihan. Akhirnya!. Miss Froggy dapat juga mencari handbag yang cantik dan murah harganya. Jadi, Miss Froggy terus membelinya. Jika di bandingkan dengan kedai lain, harga di kedai yang Miss Froggy beli agak murah. hehehe. Lepas gian la sebab dah dapat beli handbag hasil gaji pertama sebagai GURU. Alhamdulilah..Lepas ni, dah boleh bergaya dengan handbag baru la. Ish..ish..Miss Froggy, jangan riak!!!. Tak elok...

Bukan apa, beli handbag nie mudahkan Miss Froggy menyimpan barang-barang seperti tisu, gula-gula, pen dan sebagainya. Lepas penat berehat, kami singgah minum di gerai yang terletak di tepi jalan. Selain meriah dengan jualan barangan, terdapat juga gerai makan yang menjual steambot, laksa, mihun sup dan buah-buahan.

 *air untuk hilangkan dahaga*

 *salah sebuah gerai steamboad*

01 December, 2010

Makcik kayo!!~

Posted by Ayu Amir at 1.12.10 0 comments
Alhamdulilah...Pagi-pagi Miss Froggy dah check duit kat bank. Elaun bantuan khas untuk kakitangan kerajaan dah masuk!. Yahooo!!!~


Banyak gak duit dicampur dengan gaji yang tertunggak. Nak buat apa ya??.Bila ada duit banyak rungsing pula. Tak tau nak dibelanjakan dengan cara apa. hehehe. Kebanyakan gedung membeli-belah adakan jualan murah. Dah boleh la survey-survey nak beli apa. Jangan Miss Froggy rambang mata sudah la!.
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez