21 November, 2009

Pernikahan Di Malam Hari...

Posted by Ayu Amir at 21.11.09 0 comments
21.11.2009 jam 9.00 malam Miss Froggy menyaksikan pernikahan kawan kepada teman Miss Froggy di Behrang, Perak. Sebelum majlis pernikahan dimulakan, majlis pertunangan secara ringkas diadakan. Pada mulanya Miss Froggy memang tidak ikut ke majlis ini tetapi kawan Miss Froggy menghantar sms pada jam 6.00 petang mengajak Miss Froggy menemaninya. Kawan Miss Froggy kata bukan senang kita hendak melihat majlis perkahwinan mengikut adat negeri Perak.

Gembira sungguh Miss Froggy berada di majlis ini. Kemeriahan menanti kedatangan rombongan lelaki menyebabkan terjadi pelbagai peristiwa lucu. Kawan kepada teman Miss Froggy ini juga merupakan anak bongsu pompuan dalam keluarganya. Tentulah meriah majlis pernikahannya. Bilik pengantin dan pelamin bertemakan warna hijau cukup cantik walaupun dihias secara sederhana..

Acara akad nikah berlangsung dengan sekali akad sahaja. Yang lucunya apabila pengantin perempuan habis mencium tangan si suami, si suami terus merangkul isterinya dan mencium dahi secara mengejut!..Akibatnya malu si pengantin lelaki diusik oleh teman-teman dan keluarga...Semoga pasangan ini bahagia hingga akhir hayat..Amin...

Date Tak Jadi...

Posted by Ayu Amir at 21.11.09 0 comments
Sebenarnya pagi ini Miss Froggy mempunyai date dengan Ilah & Filah untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Namun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, date kami batal. Miss Froggy seronok kawan-kawan Miss Froggy datang ke rumah. Kami boleh berborak macam-macam perkara di samping dapat menyiapkan kerja. Tapi petang nie kami akan keluar makan dengan Hanan. Lama juga tidak berjumpa dengan si kecik tu. Kami tidak sama kelas pada semester ini. Rasanya baru sekali Miss Froggy berjumpa dengan Hanan. Itupun kerana berjalan di Sogo dan jalan TAR.

Nampaknya, Miss Froggy kena siapkan lmenaip latihan sendiri la...Bahan sudah ada. Cuma tinggal untuk menaipnya sahaja dan mengkategorikan domain mengikut mata pelajaran Moral. Siap satu kerja, satu kerja menanti pula..

Inilah namanya pelajar universiti...Bergelumpang dengan ilmu dan sentiasa peka serta berkeupayaan meneroka ilmu sendirian....

Seram Sejuk...

Posted by Ayu Amir at 21.11.09 0 comments
Jam menunjukkan 2.00 pagi. Namun mataku masih belum memberikan isyarat mahu tidur. Mungkin juga kerana penangan air nescafe yang aku minum pada pagi semalam....Aku tidak boleh minum nescafe, kopi dan coca-cola kerana badanku tidak dapat menerimanya. Tetapi aku amat menyukai kopi dan nescafe untuk memberi kesegaran di pagi hari. Mungkin juga aku tidak dapat melelapkan mata disebabkan badanku berasa sangat panas di samping suara yang semakin menghilang. Punca utama kerana aku makan rambutan dengan kuantiti yang banyak dan berhujanan semasa pulang dari kuliah. Lagipun sekarang musim hujan. Jika aku silap makan maka demam yang berpanjangan akan aku hadapi. Aku jarang demam tetapi apabila sudah deman memang susah hendak pulih. Faktornya kerana aku takut dan cukup tidak suka dengan nama UBAT. Jika di rumah aku demam, aku akan dipaksa makan ubat oleh abah dengan pelbagai cara seperti masukkan ubat dalam air minumanku. Namun, aku berjaya mengesan taktik abah dan tidak mahu minum air yang disediakan abah. Sebab itulah abah cukup risau kalau aku demam. Aku hanya terlantar sahaja di tilam. Dalam 2 hingga 3 hari aku baru pulih.

Semasa di UUM dulu, rakan-rakanku akan bergilir menjagaku dan melawat ke bilik jika aku demam. Puncanya kerana mereka mengetahui yang aku tidak akan makan UBAT dan demam selama 2 hingga 3 hari.
Yang kelakarnya, kawanku mengurut dan meletakkan air asam jawa di kepala bagi mengurangkan rasa panas. Tiba-tiba airmataku mengalir. Kawanku terkejut kerana menyangkakan yang aku berada dalam kesakitan. Tetapi sebenarnya aku amat terharu dengan keprihatinan mereka yang sudi menjagaku ketika aku berada dalam kesakitan dan kepayahan...I LOVE MY FRIENDS VERY MUCH!!!....Jasa kalian tak pernah aku lupakan.....
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez