27 December, 2010

Konsert Gemuruh...DT

Posted by Ayu Amir at 27.12.10 0 comments
 [tag DT]

Hujung minggu datang lagi! horayyyyyyyyyyyyy!!!...Seperti yang telah dirancangkan, Miss Froggy nak tengok konsert gemuruh, gabungan kumpulan rock terhebat Wings dan Search di Sunway Beach Surf. Miss Froggy pergi menonton konsert dengan ditemani abang ipar. Seronok la sebab dapat pergi tengok konsert dan ditemani dengan abang ipar. Takde la rasa takut bila dah berkumpul ramai-ramai dengan peminat rock yang hardcore. hehehehe.

Lepas Asar, kami gerak ke Sunway. Memang dah jangka ramai orang tapi tak sangka terperangkap kira-kira 2 jam di lebuh raya!. Kalau tau, pergi naik motor je. Kalau naik motor, Miss Froggy la penunggang. Abang ipar takde lesen moto. huhuhu. Kena bersabar nak harungi jem lagi-lagi cuti sempena perayaan Krismas. Ramai la orang berkunjung ke Sunway.

[keadaan semasa jem]

Nak tak nak, kami terpaksa parking dalam hotel. Takpe la, berhabis sekali-sekala bayar duit parking. Janji dapat tengok persembahan kumpulan Wings dan Search. Miss Froggy dan abang ipar juga mengambil kesempatan untuk bergambar sebelum masuk menyaksikan konsert. Cantik sungguh pemandangan di Sunway Piramid sempena perayaan Krismas pada waktu malam. Pegunjung pun ramai yang datang untuk bergambar bersama keluarga dan teman-teman.

[dengan penyambut tetamu hotel]

Pintu masuk ke konsert pun jem. Terpaksa la Miss Froggy berhimpit dengan orang ramai dan pastikan abang ipar ada di belakang Miss Froggy. Fuh! nasib baik takde apa yang berlaku walaupun kawalan keselamatan agak ketat juga.

Persembahan pembukaan dihiburkan dengan lagu-lagu Wings dan Search nyanyian Azlan & The Typewritter. Terbaik la Lan!!. Dapat bawakan lagu lagenda rock dengan gaya dan persembahannya yang tersendiri. Selepas itu, Amy & Search mengambil tempat. Berdasarkan persembahan malam tu, Amy agak tenggelam sebab banyak lagu-lagu popularnya tidak dinyanyikan. Dibandingkan dengan Awie, persembahannya mantap. Pilihan lagu-lagunya adalah lagu yang memang menjadi siulan pendengar. Antaranya, Misteri Mimipi Syakila. Konsert berakhir jam 11.30 malam. Miss Froggy berpuas hati dengan pesembahan penutup yang menggabungkan 2 kumpulan dan menyanyi secara berduet. Mereka memang terbaik walaupun terdapat masalah bunyi semasa persembahan Amy & Search. Jumpa lagi di Istana Budaya bulan April 2011!.

[pentas utama]
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez