25 January, 2011

Soya oh soya!!

Posted by Ayu Amir at 25.1.11 0 comments
Salam kawan-kawan. Hari nie saja nak entri pasal air kegemaran Miss Froggy iaitu air soya. Kalau pernah dengar istilah 'giler kentang', Miss Froggy masuk dalam kategori 'giler air soya'!. hehehe.

Kalau tak minum sehari, tak sah. Orang kata nak putih minum air soya. Tapi memang sejak azali kulit memang gelap, minum bergelen-gelen sehari tetap hitam kan?. hahaha. Tak mengapalah, sebab Miss Froggy memang 'giler air soya'!. Disebabkan peminat fanatik soya, apa kata Miss Froggy kongsi sedikit info berkaitan kacang soya dengan kawan-kawan semua. 

KACANG SOYA  ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70cm. Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun hitam atau kedua-duanya.


Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa Jepun, shoyu (kicap).

Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.


Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk tepung soya, tauhu, tempe, soya licithin dan minyak sayuran. Ia juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya, yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak. Maka, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium.

Tofu mengandungi sejumlah besar mineral penting kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protein dalam susu soya bagi menghasilkan tauhu (tofu). Tambahan lagi, protein soya telah didapati dapat mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang. Kacang soya digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodesile.


KEBAIKAN SOYA:
1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.
2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua  kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.
3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.
4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.
5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

20 January, 2011

Happy Holiday!

Posted by Ayu Amir at 20.1.11 0 comments
 [senarai nama murid rumah Tun Fatimah 2011]

Hari ni cuti sempena Hari Thaipusam. Sesetengah negeri sahaja yang bercuti termasuk la Kuala Lumpur. Orang yang beragama Hindu menyambutnya di Batu Caves. Miss Froggy menyambutnya di rumah dengan beban kerja yang masih banyak perlu diselesaikan. Nak settlekan perancangan Kelab Kebudayaan, rumah sukan Tun Fatimah, dan menanda buku murid. Tambahan pula Isnin ni pelancaran Minggu Bahasa Malaysia. Banyak kerja yang menanti. Antaranya kena siapkan soalan untuk kuiz info Bahasa Malaysia. Chaiyok-chaiyok!!

 [perancangan aktiviti Kelab Kebudayaan 2011]

Niat hati nak ke Masjid Jamek dan Jalan TAR. Nak beli baju kurung baru. Nampaknya, kena settlekan kerja sekolah dulu baru ada mood nak bershopping!... Ala, tapi kena shopping sesorang sebab semua orang tak nak keluar sebab tengah kering. Boringnya!!. Kenapa Miss Froggy asyik shopping hujung bulan?Duit banyak sangat kot!..hehehe. Alhamdulilah, duit gaji tak pernah TAK CUKUP!.. ;)

17 January, 2011

Realitinya..Miss Froggy SIBUK!

Posted by Ayu Amir at 17.1.11 0 comments
 [budak tak paham@buat2 tak paham??]

Rutin harian sebagai guru memang memenatkan. Kerjaya yang telah Miss Froggy pilih, Miss Froggy harus memikulnya. Bukan mudah tanggungjawabnya. Mengajar dan memberi ilmu kepada anak didik adalah satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Sangat besar amanah yang diberi oleh ibu dan bapa murid-murid kepada guru agar mendidik anak mereka supaya menjadi manusia BERJAYA!.

Realitinya, zaman pendidikan sekarang dengan dahulu sangat berbeza. Murid sekarang banyak terdedah dengan pelbagai maklumat di tv, Internet dan pelbagai medium lain. Hakikatnya, murid-murid sekarang agak manja dibandingkn dahulu. Mereka masih mahu disuap setiap kali diberi latihan...Hurm..

Kenapa masih berlaku? Sedangkan mereka makin mudah mengakses maklumat di internet dibandingkan dahulu. Salah ke sistem pendidikan kita? Terlalu bergantung kepada peperiksaan semata-mata? Renung-renungkan....

07 January, 2011

Dating with...Aquaria KLCC

Posted by Ayu Amir at 7.1.11 0 comments
 [terumbu karang]

Pernah tak rakan-rakan mengunjungi Aquaria, KLCC?. Jika ada yang belum mengunjunginya, silalah luangkan masa untuk ke sana. Sangat seronok menikmati keindahan hidupan air dan hidupan lain ciptaan Allah. Bermacam-macam bentuk dan sangat unik!

Miss Froggy ke sana sebab dapat tiket murah. Disebabkan ditemankan oleh adik, Miss Froggy hanya beli sekeping tiket masuk sahaja. Teruja bila kami dapat masauk ke sana!. Sangat seronok bergambar dengan binatang dan berposing sendiri. hehehe.

 [dengan obor-obor]

Haiwan yang terdapat di Aquaria termasuklah pelbagai jenis seperti jerung, pari, ikan selar dan macam-macam lagi. Ada juga tikus laut, obor-obor, pelbagai jenis ular, rama-rama, kumbang dan banyak lagi. Memang cukup terhibur melihat telatah binatang-binatang ini.

 [ikan pari]

Jadi, kepada peminat-peminat hidupan laut silalah berkunjung ke Aquaria, KLCC untuk merasai pengalaman baru di sana. Yang tidak berminat dengan hidupan laut juga tidak salah berkunjung ke sana. Memang tidak rugi anda membeli tiket masuk. Percayalahhhhhhhhhhhhh.... ;)

[nak cium!!]

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez