23 November, 2009

Kedinginan Pagi...

Posted by Ayu Amir at 23.11.09 0 comments
Seawal jam 7.00 pagi Miss Froggy telah bangun dari tido. Buka je mata Miss Froggy terus mengemas tempat tidur Miss Froggy dan membersihkan diri. Selepas itu, Miss Froggy terus on facebook. Cuaca yang dingin menyebabkan Miss Froggy tidak betah untuk terus lena. Hari ini juga suara dan badan Miss Froggy panas. Mungkin pengaruh cuaca di luar. Walaupun Miss Froggy tidak minum minuman berais tetapi Miss Froggy tetap dihidapi batuk dan selsema. Semoga Miss Froggy cepat sembuh. InsyaAllah....

22 November, 2009

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

Posted by Ayu Amir at 22.11.09 0 comments
Jam 9.30 pagi Miss Froggy dan roomate Miss Froggy bersiap untuk pergi ke Kuala Lumpur. Niat kami hanya ingin berjalan-jalan dan mencuci mata kerana boring berada di rumah. Bas tiba di Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi dan bas menurunkan kami di Masjid Jamek. Kami berjalan kaki sahaja menuju ke Jalan TAR. Sebelum ke Jalan TAR, kami singgah dahulu di bazar Masjid India dan membeli sedikit barangan seperti broach dan mafela.

Selepas puas mencuci mata, kami singgah di kedai-kedai yang berada di lorong Jalan TAR. Banyak juga pilihan baju kurung yang sudah siap dan yang belum siap. Begitu juga tudung yang dijual dengan pelbagai corak dan bentuk. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Miss Froggy memborong semua baju yang dijual. Disebabkan budget tiada maka Miss Froggy pejamkan sahaja mata apabila melihat baju-baju yang cantik. Miss Froggy hanya singgah membeli buku Pendidikan moral sebanyak 2 buah buku di kedai berdekatan Sogo. Miss Froggy turut membeli sehelai baju t-shirt di Sogo yang harganya murah. Hendak membeli barang lain seperti dompet, handbag dan kasut Miss Froggy perlu tunggu elaun bulan 12 nanti. Jam 5.00 petang kami bertolak balik ke Tanjung Malim.

21 November, 2009

Pernikahan Di Malam Hari...

Posted by Ayu Amir at 21.11.09 0 comments
21.11.2009 jam 9.00 malam Miss Froggy menyaksikan pernikahan kawan kepada teman Miss Froggy di Behrang, Perak. Sebelum majlis pernikahan dimulakan, majlis pertunangan secara ringkas diadakan. Pada mulanya Miss Froggy memang tidak ikut ke majlis ini tetapi kawan Miss Froggy menghantar sms pada jam 6.00 petang mengajak Miss Froggy menemaninya. Kawan Miss Froggy kata bukan senang kita hendak melihat majlis perkahwinan mengikut adat negeri Perak.

Gembira sungguh Miss Froggy berada di majlis ini. Kemeriahan menanti kedatangan rombongan lelaki menyebabkan terjadi pelbagai peristiwa lucu. Kawan kepada teman Miss Froggy ini juga merupakan anak bongsu pompuan dalam keluarganya. Tentulah meriah majlis pernikahannya. Bilik pengantin dan pelamin bertemakan warna hijau cukup cantik walaupun dihias secara sederhana..

Acara akad nikah berlangsung dengan sekali akad sahaja. Yang lucunya apabila pengantin perempuan habis mencium tangan si suami, si suami terus merangkul isterinya dan mencium dahi secara mengejut!..Akibatnya malu si pengantin lelaki diusik oleh teman-teman dan keluarga...Semoga pasangan ini bahagia hingga akhir hayat..Amin...

Date Tak Jadi...

Posted by Ayu Amir at 21.11.09 0 comments
Sebenarnya pagi ini Miss Froggy mempunyai date dengan Ilah & Filah untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Namun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, date kami batal. Miss Froggy seronok kawan-kawan Miss Froggy datang ke rumah. Kami boleh berborak macam-macam perkara di samping dapat menyiapkan kerja. Tapi petang nie kami akan keluar makan dengan Hanan. Lama juga tidak berjumpa dengan si kecik tu. Kami tidak sama kelas pada semester ini. Rasanya baru sekali Miss Froggy berjumpa dengan Hanan. Itupun kerana berjalan di Sogo dan jalan TAR.

Nampaknya, Miss Froggy kena siapkan lmenaip latihan sendiri la...Bahan sudah ada. Cuma tinggal untuk menaipnya sahaja dan mengkategorikan domain mengikut mata pelajaran Moral. Siap satu kerja, satu kerja menanti pula..

Inilah namanya pelajar universiti...Bergelumpang dengan ilmu dan sentiasa peka serta berkeupayaan meneroka ilmu sendirian....

Seram Sejuk...

Posted by Ayu Amir at 21.11.09 0 comments
Jam menunjukkan 2.00 pagi. Namun mataku masih belum memberikan isyarat mahu tidur. Mungkin juga kerana penangan air nescafe yang aku minum pada pagi semalam....Aku tidak boleh minum nescafe, kopi dan coca-cola kerana badanku tidak dapat menerimanya. Tetapi aku amat menyukai kopi dan nescafe untuk memberi kesegaran di pagi hari. Mungkin juga aku tidak dapat melelapkan mata disebabkan badanku berasa sangat panas di samping suara yang semakin menghilang. Punca utama kerana aku makan rambutan dengan kuantiti yang banyak dan berhujanan semasa pulang dari kuliah. Lagipun sekarang musim hujan. Jika aku silap makan maka demam yang berpanjangan akan aku hadapi. Aku jarang demam tetapi apabila sudah deman memang susah hendak pulih. Faktornya kerana aku takut dan cukup tidak suka dengan nama UBAT. Jika di rumah aku demam, aku akan dipaksa makan ubat oleh abah dengan pelbagai cara seperti masukkan ubat dalam air minumanku. Namun, aku berjaya mengesan taktik abah dan tidak mahu minum air yang disediakan abah. Sebab itulah abah cukup risau kalau aku demam. Aku hanya terlantar sahaja di tilam. Dalam 2 hingga 3 hari aku baru pulih.

Semasa di UUM dulu, rakan-rakanku akan bergilir menjagaku dan melawat ke bilik jika aku demam. Puncanya kerana mereka mengetahui yang aku tidak akan makan UBAT dan demam selama 2 hingga 3 hari.
Yang kelakarnya, kawanku mengurut dan meletakkan air asam jawa di kepala bagi mengurangkan rasa panas. Tiba-tiba airmataku mengalir. Kawanku terkejut kerana menyangkakan yang aku berada dalam kesakitan. Tetapi sebenarnya aku amat terharu dengan keprihatinan mereka yang sudi menjagaku ketika aku berada dalam kesakitan dan kepayahan...I LOVE MY FRIENDS VERY MUCH!!!....Jasa kalian tak pernah aku lupakan.....

20 November, 2009

Settle Kerja

Posted by Ayu Amir at 20.11.09 0 comments
Selepas siap mengemas rumah dan mandi, Miss Froggy menunggu kedatangan kawan-kawan bagi membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah. Dalam pukul 10.00 pagi kami telah memulakan kerja. Ilah sudah menyiapkan proposal yang ingin ditunjukkan pada pensyarah sekolah dan Pendidikan Moral. Ilah terus menyiapkan dan mengedit proposal. Manakala Miss Froggy dan Filah pula membuat tugasan untuk nota kuliah kaedah pengajaran. Memang pening kepala memikirkan latihan contoh soalan bagi formatif dan sumatif Pendidikan Moral. Setelah puas mencari, akhirnya Filah berjaya menemui laman web yang mengandungi soalan-soalan yang sangat releven dengan tajuk kami. Alhamdulilah.....

Setelah itu, kami  mula menyalin latihan berkenaan kerana latihan tidak boleh dicopy dan diprint. Malam ini tugas Miss Froggy cuma perlu menaip dan menunjukkan kepada Ilah pada esok hari...Yela,. Ilah adalah "Kamus Dewan "bagi kumpulan kami..Hehehehe....

Rutin Harian

Posted by Ayu Amir at 20.11.09 0 comments
Tepat jam 7.25 pagi, Miss Froggy sudah bangun dari tidur. Walaupun kelas tiada tetapi hari ini Miss Froggy berniat untuk mengemas rumah. Seminggu tidak menyapu rumah Miss Froggy rasakan rumah begitu kotor sekali. Setelah mengemas katil, Miss Froggy mula menyapu di dalam bilik dan di luar bilik. Ruang tamu dan koridor juga Miss Froggy sapu. Setelah itu, Miss Froggy mengemop lantai dengan softlan supaya rumah berbau wangi. Ini kerana rakan-rakan serumah menjemur baju yang tidak kering di dalam rumah. Disebabkan itu, rumah Miss Froggy berbau hapak...

Selepas mengemop lantai, Miss Froggy terus merendam telekung dan baju untuk dibasuh. Pada mulanya Miss Froggy berniat menghantar sahaja baju ke kedai dobi. Tetapi memandangkan cuaca di luar rumah agak baik, Miss Froggy terus merendam dan membasuh telekung dan baju. Alhamdulilah, selesai juga kerja-kerja yang telah direncanakan dibuat pada hari ini. Gembira sungguh hati ini selepas mengemas rumah. Rumah Miss Froggy kini bersih dan bersinar-sinar serta berbau wangi. Diharapkan teman serumah Miss Froggy gembira dengan aktiviti yang Miss Froggy lakukan pada hari ini.

Setelah semuanya selesai, barulah bersemangat membuat assigment yang agak memeningkan kepala juga..huhuhuhu....Moga semester ini Miss Froggy akan mendapat kekuatan yang lebih dan semangat yang membara dalam menyiapkan assigment dan cemerlang dalam exam....Amin.


19 November, 2009

Murtabak Maggie (utk orang bujang yg malas masak)

Posted by Ayu Amir at 19.11.09 1 comments

 
Bahan-bahan:
* 2 bungkus maggie
* 3 biji telur
* 1 labu bawang besar
* 1 tangkai daun bawang
* garam secukup rasa
* 1 bungkus perasa maggie
* 1 biji cili merah

Cara-cara:
1. Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.
2. Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang)
3. Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.
4. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.
5. Gaul rata bahan-bahan tersebut.
6. Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.
7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.

Dusun Buah-buahan

Posted by Ayu Amir at 19.11.09 0 comments
Selepas pulang dari Avon, kami (Miss Froggy, Kak Sya, Cik Awi dan Nor) singgah di gerai buah-buahan Pakcik Man dan Pakcik Nan. Miss Froggy memang berkeinginan untuk membeli buah rambutan kuning kerana Miss Froggy sangat suka dengan rambutan kuning. Kak Sya memborong durian yang harganya RM6 satu biji. Memang berbaloi kerana membeli durian kampung yang besar dan isinya berwarna kuning...Mesti sedap kan?.....

Jadi, sebagai habuannya Miss Froggy membeli seikat rambutan yang berharga RM2.00. Sangat sedap rasa rambutan tu.

Miss Froggy juga sudah berjanji dengan Pakcik Man untuk membeli durian pada minggu hadapan kerana Miss Froggy ingin membawa pulang ke rumah. Tak elok rasanya Miss Froggy menikmati durian seorang. Lebih elok sekiranya Miss Froggy menikmatinya bersama keluarga...Tidak sabar rasanya untuk menunggu minggu hadapan....Cuti raya Haji!!!...Lalalalala......

Shopping di Avon.....

Posted by Ayu Amir at 19.11.09 0 comments
Selepas mendapat mesej dari rakan yang mengatakan kelas batal, aku, kak Sya, Cik Awi dan Nor bergegas pergi ke Avon. Pada mulanya Miss Froggy hanya datang untuk melihat-lihat sahaja. Tetapi setelah melihat tawaran hebat yang diberikan, Miss Froggy membeli minyak wangi. Dalam pembelian minyak wangi Miss Froggy mendapat percuma lipstik dan deadorant sekali.. Memang "alah membeli menang memakai". Selain itu, Miss Froggy juga membeli tuppaware yang harganya hanya RM5.00 sahaja. Jika tiada offer, harganya RM29.00. Memang berbaloi kan?.... Miss Froggy ni bukanlah jenis yang boros dan suka membeli yang bukan-bukan. Minyak wangi yang dibeli pun digunakan untuk ke kelas. Waduh!...mesti Miss Froggy wangi kat kelas nanti...hehehe.....

18 November, 2009

Cerita Hari Ini

Posted by Ayu Amir at 18.11.09 0 comments
Jam menunjukkan 9.00 pagi. Miss Froggy bersiap untuk ke perpustakaan bagi perbincangan kumpulan. Jam 9.45 pagi Miss Froggy sudah menaiki bas untuk ke kampus. Walaupun pada mulanya Miss Froggy ingatkan Miss Froggy yang paling terlewat tetapi rupa-rupanya Miss Froggy yang paling awal sampai ke perpustakaan. Miss Froggy terus menjengah ke rak buku untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan. Namun, hampa kerana tidak banyak bahan yang Miss Froggy perolehi.

Setelah semua teman-teman sampai, kami terus memulakan perbincangan. Kami telah menemui beberapa artikel yang berkaitan tetapi bimbang dengan penerimaan pensyarah. Agak lama juga perbincangan kami tergendala kerana masing-masing masih tidak mempunyai idea untuk mendapatkan bahan dan artikel yang bersesuaian dengan teori yang diberi.

Lagipun kami masih tidak biasa dengan perpustakaan di UPSI. Perpustakaan semasa belajar di universiti dahulu amat berbeza dengan UPSI. Kami senang untuk mencari buku-buku yang dikehendaki dan mengakses ke perpustakaan secara online sahaja. Mungkin masih banyak yang Miss Froggy perlu pelajari di UPSI ini. Memang lumrah seorang pelajar universiti untuk mencari bahan-bahan sendiri. Pensyarah hanya sebagai pendebat sahaja dalam sesuatu perkara....Ah!!...Tension sungguh kalau memikirkan assigment yang perlu dihadapi pada semester ini. Moga Miss Froggy berjaya mengharunginya dengan jayanya!!....

Kisah Hari Ini....

Posted by Ayu Amir at 18.11.09 0 comments
Aduh!...Letih sungguh hari ini...Kelas sangat penuh. Dari tengah hari sampai ke malam. Walau bagaimanapun, kelas hari ini sangat seronok kerana pensyarah best dan pandai tackle pelajar untuk mendengar pengajarannya. Hari ini kumpulan Miss Froggy membentangkan tajuk mengenai alam sekitar. Kami perlu membuat objektif pengajaran bagi tajuk berkenaan. Kumpulan kami ada memcadangkan pelbagai aktiviti untuk menarik perhatian pelajar mengikuti tajuk berkenaan dengan baik. Tamat sahaja kelas pada jam 10.00 malam, rakan-rakan Miss Froggy mengajak makan di restoren Rakyat Tomyam dengan mengatakan bahawa tomyam di situ sangat lazat. Bagi Miss Froggy boleh tahan sahaja. Miss Froggy makan mihun tomyam dan air limau ais. Alhamdulilah perut rasa sangat kenyang. Selepas makan, kami terus pulang ke rumah.

16 November, 2009

Bila Nak Kawin?....

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada

Kisah seorang GURU

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Hari ini seorang pensyarah Miss Froggy bernama Cikgu Zulkifli bin Mamat berkongsi cerita mengenai pengalamannya yang bergelar seorang 'pendidik' selama 15 tahun. Cerita yang disampaikan banyak memberi pengajaran kepada kami dan kawan-kawan yang lain. Semasa dia menjadi seorang guru displin, dia telah merontan seorang pelajar tingkatan 2 kerana kesalahan mencuri di pasar raya. Polis telah menangkap pelajar berkenaan dan diserahkan kepada pihak sekolah. Selain daripada kesalahan BESAR tersebut, pelajar berkenaan juga turut terlibat dengan pelbagai kesalahan ang menyebabkan pelajar berkenaan mempunyai hukuman rotan sebanyak 114 kali atas kesalahannya.

Hendak dijadikan cerita, Cikgu Zulkifli bin Mamat telah merotan pelajar berkenaan sebanyak 3 kali atas kesalahan BESAR dan 1 kali atas kesalahan terdahulu. Hukuman rotan yang dijalankan oleh Cikgu Zulkifli adalah mengikut rutin seorang guru merotan pelajarnya. Pada rotan kali pertama, pelajar berkenaan menyatakan sakit. Namun, Cikgu Zulkifli tetap meneruskan hukumannya. Akhir sekali, pada rotan kali ke-4, seluar pelajar tersebut basah iaitu pelajar berkenaan kencing dalam seluar akibat rasa sakit yang amat sangat dan mengadu kepada Cikgu Zulkifli punngungya berdarah.

Esoknya, ibu dan bapa pelajar berkenaan hadir ke sekolah bagi bertanyakan mengenai kesalaan yang dilakukan oleh anak mereka yang menyebabkan anak mereka di rotan sedemikian rupa. Lalu, Cikgu Zulkifli menerangkan kepada ibu dan bapa pelajar berkenaan mengenai kesalahan BESAR yang dilakukan pelajar berkenaan. Namun, Cikgu Zulkifli terkejut apabila diberitahu bahawa pelajar tersebut mencuri disebabkan tidak mempunyai WANG SAKU ke sekolah dan terpaksa mencuri bagi mendapatkan wang bagi membeli makanan. Kira-kira 1 minggu pelajar berkenan tidak hadir ke sekolah kerana rasa sakit di bahagian punggung dan akhirnya telah BERHENTI SEKOLAH selepas peristiwa ini.

Cikgu Zulkifli mengatakan pengajaran daripada peristiwa ini ialah seorang GURU tidak seharusnya bertindak tanpa menyelidiki terlebih dahulu mengapa pelajar melanggar peraturan. Sampai sekarang, Cikgu Zulkifli masih berusaha menjejaki pelajar berkenaan untuk meminta maaf kerana telah menghalangnya daripada menikmati pendidikan seperti orang lain. Kisah yang telah diceritakan ini benar-benar membuka mata Miss Froggy bahawa bergelar seorang GURU tidak semudah yang disangka. Jika kita salah mendidik, maka hancurlah generasi seterusnya pelajar yang GAGAL kita didik....

Musim Tengkujuh

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Sejak kebelakangan ini, hujan sentiasa membasahi bumi....Adakalanya, pada waktu pagi hujan akan turun dan adakalanya hujan akan turun pada waktu petang. Banyak tempat sudah mengalami banjir seperti di Pantai Timur dan sesetengah tempat di utara tanah air iaitu Kedah. Musim tengkujuh ini selalunya akan mengorbankan beberapa nyawa lebih-lebih lagi kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira dan suka bermain dalam hujan dan banjir. Ibu bapa seharusnya sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak bermain di dalam banjir dan seterusnya membahayakan nyawa.

Di harapkan juga musim tengkujuh ini pendapatan para nelayan tidak terjejas dan harga ikan tidak naik di pasaran!....Nasib Miss Froggy baik kerana tidak gemar makan ikan. Hanya ikan seperti kembong, selar, merah dan bawal sahaja yang Miss Froggy makan. Hari-hari nasi Miss Froggy berlaukkan ayam. Jika dah boring, makan maggie atau telur goreng je. Boring ke jadi seperti Miss Froggy kerana sayur pun Miss Froggy tak makan. Hehehehe.....

pEristiwA yg tAk dApAt diLupAkAn

Posted by Ayu Amir at 16.11.09 0 comments
Pagi tadi, semasa hendak pulang ke Tanjung Malim, Perak Miss Froggy dan kawan-kawan Miss Froggy telah melihat satu kemalangan ngeri. Kereta itu pada mulanya Miss Froggy lihat menyusur laju di laluan di sebelah kanan kami. Tidak sampai 5 minit kemudian, terdengar bunyi dentuman dan kereta berkenaan melayang ke udara sebelum terhempas di bahu kiri jalan raya. Miss Froggy  lihat pemandu berkenaan sudah tercampak di tengah-tengah jalan raya dengan kepalanya berdarah. Nasib baik kawan Miss Froggy dan lori yang berada di lorong sebelah kiri membawa kenderaan dengan perlahan. Lori berkenaan dapat mengelakkan diri dari melanggar mangsa dan kawanku sempat mengelak daripada melanggar mangsa. Melihat keadaan mangsa, kami menjangkakan mangsa mengalami kecederaan yang teruk....

Miss Froggy harapkan agar peristiwa kemalangan yang berlaku pada pagi tadi tidak menjadi badi kepada kami dan semoga Allah melindungi kami daripada malapetaka yang menimpa....Amin....

09 November, 2009

sEm bARu.....kAwAn bARu.....

Posted by Ayu Amir at 9.11.09 0 comments
Sudah bermula semester 2 untuk program DPLI yang Miss ikuti di UPSI.....Banyak perkara baru yang perlu  Miss Froggy ketahui dan pelajari bagi mementapkan ilmu-ilmu di dada....Semoga Miss Froggy berjaya mengharunginya dengan jayanya...Amin....

Bermulanya semester ini Miss Froggy telah berpisah dengan sebahagian kawan-kawan semasa di semester 1...Rasa sedih juga kerana kelas di semester sangat meriah walaupun terdapat pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh kawan-kawan Miss Froggy...Semoga kami akan berkumpul beramai-ramai sama ada dalam jamuan atau aktiviti-aktiviti lain.....

07 October, 2009

Ex- ForM 6

Posted by Ayu Amir at 7.10.09 0 comments

Pada hari raya ketiga yang lepas, budak-budak yang pernah belajar di tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang berkumpul untuk beramah mesra setelah sekian lama tidak berjumpa. Di sini disertakan gambar untuk tatapan.

Kenny Rogers

Posted by Ayu Amir at 7.10.09 0 comments


Syok makan dengan kawan-kawan DPLI....Gambar ini diambil semasa bulan puasa selepas kami menonton wayang. Bulan puasa pun sempat menonton lagi!...hahaha...

LaLaLaLa.....

Posted by Ayu Amir at 7.10.09 0 comments





Akhirnya.....Tamat juga aktiviti kokurikulum sebagai syarat wajib untuk mendapat Diploma Pendidikan. Di sini Miss Froggy sertakan beberapa gambar-gambar untuk tatapan teman-teman.

KEmbaLi!!!....

Posted by Ayu Amir at 7.10.09 0 comments

Dah lama Miss Froggy tak buka blog nie...Maklumlah busy bergelar 'pelajar DPLI".Hehehehe....Tahun nie raya sangat meriah. Kakak Miss Froggy dan anak-anak kembarnya beraya bersama kami. Walaupun pening melayan karenah mereka tetapi rasa sangat seronok kerana melihat dan melayan keletahan mereka. Hapis dan Hadi memang anak-anak buah Miss Froggy yang comel!.....Di sini Miss Froggy sertakan gambar anak-anak buah Miss Froggy yang comel dengan ibu dan ayah mereka...Semoga apabila mereka besar nanti akan menjadi manusia berguna kepada keluarga dan masyarakat...Amin.

12 August, 2009

Orang Kiut

Posted by Ayu Amir at 12.8.09 0 comments

Syok giler jalan-jalan kat KLCC. Rambang mata tengok booth sempena PC Fair yang berlangsung...Miss Froggy dah survey2 harga laptop Apple Macintosh. Harap2 tahun depan termakbul hasrat hendak memiliki laoptop apple. Selain itu, Miss Froggy berjumpa dengan orang kiuuuut....Miss Froggy sertakan untuk tatapan kawan-kawan..Syok dapat peluk orang kiut!!!!

Aku Kembali....

Posted by Ayu Amir at 12.8.09 0 comments
Wah2.....selepas penat bercuti lebih kurang 2 minggu dek seranggan H1N1, Miss Froggy kembali meneruskan rutin sebagai pelajar di UPSI. Banyak kerja yang menanti untuk disiapkan. Harap2 Miss Froggy dapat siapkan ikut jadual....Amin.

02 August, 2009

H1N1

Posted by Ayu Amir at 2.8.09 0 comments
Rabu, 29 Julai Miss Froggy di kejutkan dengan berita UPSI di landa wabak H1N1. Sepatutnya jam 8 pagi Miss Froggy ada kelas lab.Patut la jam 2 pagi kawan Miss Froggy telefon.Tetapi Miss Froggy tak mengangkatnya kerana Miss Froggy mengantuk....Kawan-kawanku semuanya berkurung di dalam rumah kerana pengumuman pembatalan hanya di buat di kolej KHAR sahaja. Jarak di antara KHAR dan rumah Miss Froggy kira-kira 100 meter sahaja.

Bagi mendapat kepastian, Miss Froggy menelefon rakan-rakan yang lain. Mereka ada yang tidak mengetahuinya...Jam 12 tengah hari Miss Froggy berkira-kira hendak membeli makanan tetapi dinasihati oleh pengawal untuk berkurung di dalam rumah dan makanan akan dibekalkan kemudian. Oleh kerana terlalu lapar kami berpakat untuk makan magiee sahaja. Juadah kami serumah adalah magiee+air blackcurant. Hanya kira-kira jam 2 petang kami diarahkan turun mendapatkan bekalan makanan mihun goreng+air kotak....Terasa seperti mangsa banjir pula...Ini adalah pengalaman pahit+manis Miss Froggy selama bergelar pelajar universiti.

18 July, 2009

kULiAh

Posted by Ayu Amir at 18.7.09 0 comments
Hari Isnin, 6 Julai 2009 bermula kuliah pertama di UPSI. Awal-awal pagi lagi Miss Froggy sudah bangun untuk bergerak ke kuliah di Proton City yang jaraknya 15km. Miss Froggy menunggu bas sehingga jam 7.30 pagi tapi malangnya bas terus ke Proton City tidak muncul-muncul. Geram hati ini memikirkan keadaan itu. Miss Froggy terpaksa naik bas dan turun di kampus untuk menaiki bas ke Proton City. Hari pertama Miss Froggy sudah terlewat selama 1/2 jam tetapi nasib Miss Froggy baik kerana pesyarah belum tiba. Baru Miss Froggy tahu rupanya pengurusan di UPSI sangat teruk dan membebankan pelajar DPLI kerana terpaksa menunggu lama untuk menaiki bas....

15 July, 2009

OriEntasi...

Posted by Ayu Amir at 15.7.09 0 comments
Tanggal 2 Julai 2009, Miss Froggy bergelar pelajar DPLI di UPSI. Seronok rasanya bergelar pelajar semula. Sepanjang 3 hari orientasi banyak pengalaman baru yang ditempuhi. Penat berkejaran, bangun awal pagi dan bergerak dengan pantas sudah menjadi kebiasaan selama 3 hari berorientasi...moga Miss Froggy berjaya dengan cemerlang pada semester ini.

30 May, 2009

mEndUng bErArAk....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
Dah dekat 1 minggu Miss Froggy perang dingin dengan Ain@Angah....Miss Froggy tak tahu dari mana permulaan sikap dingin kami berdua. Hendak di kata Miss Froggy yang mulakan tidak pula.... Entahlah. Serba salah Miss Froggy di buatnya. Ye la Miss Froggy ni hanya menumpang di rumahnya saja. Dapat gaji nanti baru Miss Froggy berpindah. Tak seronok rasanya bila keadaan jadi begini. Tiap malam sebelum tidur Miss Froggy mesti menangis memeikirkan kesalahan Miss Froggy kepada Angah......Harap-harap keadaan dingin ini tidak berterusan....Amin.

cEdihnyEr.....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
Lepas menghadiri temu duga di UTM, Skudai Miss Froggy pulang menumpang kenalan Miss Froggy....Tetapi, memang nasib Miss Froggy tidak baik kenalan Miss Froggy tidak dapat menghantar Miss Froggy pulang ke rumah sebaliknya menurunkan Miss Froggy di Econsave, Pasir Gudang. Malang tidak berbau, telefon bimbit Miss Froggy pula kerosakan bateri. Miss Froggy pada mulanya hendak menaiki teksi terpaksa membatalkan hasrat Miss Froggy kerana bimbang wang tidak mencukupi dan selainnya takut naik keseorangan. Hendak tak nak Miss Froggy berjalan kaki dari Econsave ke estet Kong Kong Laut. Tetapi nasib Miss Frogyy baik kerana ada pemandu kancil sekeluarga menumpangkan Miss Froggy hingga ke jalan masuk Kong Kong Laut. Rasanya hendak patah kaki berjalan sejauh itu....Tetapi pengalaman ini mengajar Miss Froggy untuk bersabar dan tidak bergantung harap pada belas ihsan orang lain untuk meneruskan penghidupan....

pEpErIksAAn....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
2 minggu persekolahan sebelum bermula cuti penggal diadakan peperiksaan pertengahan tahun. Miss Froggy risau memikirkan pelajar-pelajar kelas Miss Froggy. Miss Froggy amat berharap agar mereka akan dapat menjawab dengan cemerlang bagi memastikan mereka tidak turun ke kelas yang belakang....

IntErvIEw....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
Tanggal 24 Mei 2009, aku menghadiri temu duga bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Perguruan. Perasaan gugup, gementar dan seram sejuk semuanya bergabung menjadi satu.....Akhirnya selepas menunggu kira-kira 3 jam, sampai juga giliranku untuk menemui panel penemu duga. Perasaan berdebar-debar semakin kuat menguasai diri. Alhamdulilah, panel penemuduga jenis yang peramah dan friendly. Kami bercakap mengenai isu-isu yang melanda bidang perguruan masa kini seperti kes displin pelajar secara santai. Kira-kira 5 minit tamat perbualan kami. Aku berharap sekiranya rezekiku dalam bidang perguruan, aku akan dapat melanjutkan pelajaran Diploma Pendidikan di UPSI.

19 April, 2009

Terkezut!!!

Posted by Ayu Amir at 19.4.09 0 comments
Pagi sebelum Miss Froggy nak pergi peperiksaan medSI Miss Froggy terima kiriman sms daripada adik Miss Froggy mengatakan abah deman teruk sampai tak boleh bangun....Miss Froggy sangat risau memikirkannya kerana abah kalau deman boleh melarat sebab dia tak nak pergi klinik...Miss Froggy cuma mampu untuk menyuruh adik bongsu Miss Froggy menjaganya. Dari jauh Miss Froggy berdoa agar demam abah cepat kebah dan kembali sihat seperti biasa...Mungkin cuti 1 Mei nie Miss Froggy pulang untuk menjenguk abah. Miss Froggy sangat rindukan abah kerana hanya dia seorang yang Miss Froggy ada selepas kematian ibu Miss Froggy.

15 April, 2009

Busy!!!

Posted by Ayu Amir at 15.4.09 0 comments
Makin hari makin sibuk dengan tugasan sebagai guru...banyak keja nak kena buat dan belajar bagi memastikan pelajar-pelajar faham dan dapat mengikutinya dengan baik. Di harapkan peperiksaan pertengahan penggal nanti semua pelajar aku lulus...Insyaallah. Miss Froggy dah janji dgn pelajar-pelajar Miss Froggy nak bagi hadiah kalau diaorang lulus.

13 April, 2009

Exam!!!

Posted by Ayu Amir at 13.4.09 0 comments

Huhuhuhu....sabtu nie 18/03/2009 Miss Froggy ade exam Medsi kt SMK Seri Perling.Exam nie untuk kemasukan jadi guru tetap.Harap-harap ade la rezeki Miss Froggy untuk dapat.....Moga Allah permudahkan aku untuk menjawab....Amin. Miss Froggy kena bagitau bapak Miss Froggy untuk dapat keberkatan....Doakan kejayaan Miss Froggy ya kawan-kawan!!!!

11 April, 2009

Cup cake!!!

Posted by Ayu Amir at 11.4.09 0 comments

Pernah tengok cup cake?...Waktu konvo aritu, adik Cipah ada bagi cup cake kat kawan-kawan sebagai cenderahati. Cantik-cantik cup cake yang dia buat...Nak makan tak sampai hati pun.Hehehehe...Kalau kawan-kawan rase takde keja nak buat, buat bisnes cup cake je...Dapat untung banyak.

Sibuknye!!!!!

Posted by Ayu Amir at 11.4.09 0 comments
Jadi guru sandaran nie letih gak ler...Takde masa nak rest pun.Hari sabtu pun kena keja cam biasa..Letih giler.Nak balik rumah pun payah...Kena tunggu ada cuti umum jer.Ingat nak korek2 lubang nak cari je keja len...

01 April, 2009

kOnvO di UUm...

Posted by Ayu Amir at 1.4.09 0 comments


Hi....seronok pulak rasenya nak letak gmbor2 konvo kt dalam blog nie. Selain untuk tatapan sendiri, kawan-kawan pun boleh join sekali. Bukan nak perasan tapi sebagai kenangan....

AkhIrnyA........

Posted by Ayu Amir at 1.4.09 0 comments

Alhamdulilah........Setelah penat berhempas pulas, akhirnya dpt gak aku menggenggam segulung ijazah yang diimpikan selama ini. Seronok berada di dalam dewan untuk menerima skrol ijazah daripada Pro-Canselor..Dapat gak merasa naik ke atas pentas dewan yang tersergam indah nun jauh di utara.Semoga selepas ini karier berjalan lancar dan semakin maju.....Hooooraaaay3!!!!!!

01 March, 2009

2009 kEmbALi!!!

Posted by Ayu Amir at 1.3.09 0 comments
Salam 09...Pejam celik pejam celik dah abis belajar dah...Sekarang kena kuat bekerja untuk bayar segala hutang piutang!!! Argh!!! tension gile....Nasib baik dah dapat keja jadi Cikgu. Tapi ikat kontrak 1 Tahun jela...
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez