03 July, 2010

Hati yang Terluka....~

Posted by Ayu Amir at 3.7.10 0 comments
" Ketika sahabat melukai hati kita, 
tulislah di atas pasir agar angin malam datang berhembus 
dan terhapus luka di hati.
Apabila terjadi kebaikan kecil manapun, pahatlah di atas batu, 
agar tetap dikenang,
tidak hilang ditiup waktu "

Miss Froggy 2010..

                                                                                                                  

sELamAt tInggAL pIzzA...~

Posted by Ayu Amir at 3.7.10 0 comments
27 Jun 2010....Hari terakhir Miss Froggy bekerja di Pizza Hut, Setia Alam. Miss Froggy bekerja tidak sampai satu bulan di Pizza Hut. Sepanjang 21 hari Miss Froggy bekerja di Pizza Hut, Miss Froggy sudah mengambil 2 hari cuti iaitu MC. Miss Froggy demam teruk. Mungkin disebabkan Miss Froggy tidak biasa bekerja sehingga dinihari. Tetapi di Pizza Hut, apabila masuk kerja jam 6.00 petang, kami akan bekerja sehingga jam 1.00 pagi. Mungkin itu antara faktor Miss Froggy sering tidak sihat dan demam yang berlanjutan. Alhamdulilah, demam Miss Froggy telah kebah. Miss Froggy akan berehat seminggu di rumah sebelum mencari kerja baru.


 Di sini Miss Froggy sertakan gambar-gambar bersama rakan-rakan di Pizza Hut, Setia Alam. Semoga ikatan persahabatan kami akan terus kekal selamanya...........Amin...






Moga kita berjumpa lagi ya teman-teman.............sayang awak semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!.......~

08 June, 2010

...kisah budak PIZZA~~

Posted by Ayu Amir at 8.6.10 0 comments

Selepas habis je praktikal sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Miss Froggy buat part time di Pizza Hut Setia Alam. Miss Froggy bekerja bersama Dyla, rakan guru pelatih di sekolah yang sama. Kami mula bekerja sebagai 'budak pizza' pada 3 Jun 2010 tepat jam 6.00 petang.


Sudah kira-kira 1 minggu Miss Froggy dan Dyla bekerja sebagai 'budak pizza' di Setia Alam. Jam bekerja kami masih lagi bermula pada jam 6.00 petang. Cuma baru sekali saja kami 'closing'. Rasanya seperti nak patah pinggang sahaja kerana penat bekerja. 1 minggu ini tugas kami hanya sebagai 'buzzing', 'setting' dan mencuci pinggan sahaja. Keja sebagai 'budak pizza' memang memenatkan!!!.................

Tetapi, perkara yang penting Miss Froggy dan Dyla dapat makan pizza hari-hari. Selain itu, dapat makan spaggetti, salad buah-buahan dan dapat minum soft drink secara PERCUMA!!!. Jadi selama 1 minggu kami bekerja, kami tak keluarkan duit belanja untuk makan pun. Sangat best!!!....hehehehe~~ . Sampaikan berat badan pun dah bertambah!....huhuhuhuhu....

01 May, 2010

~ how to choose ur love..?? ~

Posted by Ayu Amir at 1.5.10 0 comments
pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya ketika guru tersebut sedang
mengajar mengenai kasih sayang.

pelajar : cikgu, macam mana kita nak pilih seorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
macam mana nak jaga kasih sayang itu supaya ia berkekalan?


cikgu : ok, kamu ikut ape yang saya suruh. kamu pergi ke padang..kamu berjalan di atas rumput sambil
memandang rumput didepan kamu. pilih yang paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang walau sekali.
dan petik rumput yang paling CANTIK tu dan bawa ke kelas.apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, TIADA sehelai rumput pun ditangannya.


cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih?

pelajar : tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling CANTIK, memang ada yang cantik,
tapi cikgu cakap pilih yang paling cantik. maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang
paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi, bila sampai dihujung padang, saya tak jumpa pun
yang paling CANTIK. mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi yang paling CANTIK tapi cikgu
cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

cikgu : itulah jawapannya, maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
kita haruslah menghargainya, janganlah kita mengabaikannya dengan mencari yang lain kerana
kemungkinan kita takkan bertemu lagi dengan orang yang sepertinya...

29 April, 2010

~ Aktiviti Menyiapkan Taman Praktikal ~

Posted by Ayu Amir at 29.4.10 0 comments
Guru-guru pelatih diarahkan oleh pihak pentadbir untuk mencantikkan taman di sekolah. Jadi Miss Froggy gelar taman tersebut sebagai "Taman Praktikal 2010".....Sedap kan bunyinya???................




Gambar sebenar taman yang 'bogel' cuma ada beberapa pokok je...huhuhu....Tanahnya adalah jenis yang tanam apa-apa pun boleh tumbuh. Tapi kekurangannya ialah tanah mudah basah apabila hari hujan. Jenuh nak basuh kasut selepas melaksanakan aktiviti nanti..hehehehehehe............


Gelagat guru-guru pelatih yang sibuk mengecat bunga daripada tayar dan tempurung kepala yang akan dibuat sebagai cendawan dalam taman kami. bunga tayar dibuat oleh 'kawan' kak Sya..hahahahahahahahahahaha.....


Gelagat Miss Froggy yang gemar berposing dalam apa jua keadaan.....hehehehehehehe.......Bagi Miss Froggy tiap detik yang berlaku dalam diri kita tak mungkin akan berulang kembali....

~ Gambar-gambar sepanjang praktikal ~

Posted by Ayu Amir at 29.4.10 0 comments

Semasa menjadi Event Manager sempena Hari Kecemerlangan 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Bersama ketua iaitu Pn. Faridah Sanib.



Bersama rakan seperjuangan Miss Froggy selama 3 bulan menjadi guru pelatih, Kak Sya yang comel....hehehehehe....Dia banyak membantu Miss Froggy sepanjang Miss Froggy menjadi guru pelatih. Bila nak menyiapkan RPH, Kak Sya orang pertama yang Miss Froggy cari sebab boleh kongsi dan bertukar-tukar idea. Setakat ini, Miss Froggy sudah menyediakan ABM seperti 'kotak pintar', 'suai padan', menyanyi lagu-lagu patrioritik, menyediakan belanjawan peribadi, berlakon dan macam-macam lagi.



Bersama kak Ijah @ Siti Khadijah iaitu guru pelatih sesi petang. Dunia ini kecil sahaja kerana Kak Ijah menetap di Meru sahaja dan pernah bekerja di kilang Crestronics iaitu kilang yang sama Miss Froggy bekerja. Kami berjumpa ketika di Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu kami tinggal menyewa berdekatan. semenjak berjumpa, banyak kisah-kisah yang kami kongsikan bersama. Kak Ija ibarat ibu kepada kami kerana dia sentiasa menasihati kami apabila berlaku sebarang masalah.


Nurfaddillah @ Dilla adalah 'adik' kerana dia paling muda di antara kami iaitu berumur 24 tahun. Kira muda 1 tahun je dari Miss Froggy....ngeeh2...Pada mulanya Miss Froggy ingat si Dilla ni sombong tapi rupa-rupanya dia ni pendiam orangnya. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Jadi bila dah kenal barulah mesra!!!!!!.....Betul kan??

Kecik je Dilla ni....Rasa nak buli je!..hahahahahaha..........tapi sebenarnya dalam Bilik Nilam Miss Froggy yang kena buli dengan si Dilla ni. Kami dah ada rancangan selepas habis praktikal iaitu bekerja sementara di 99 Supermarket atau Secrect Receipe...Ok tak idea kami??..........Yela, nak men'support'kan diri selepas tiada lagi elaun. Tunggu posting pun lama lagi. Dah posting nanti tunggu 3 bulan pula untuk mendapat gaji pertama. Kan ke haru???.........Dah la nak bayar broadband, insurans dan pelaburan yang dibuat untuk jaminan masa depan. Keja apa pun tak kisah janji HALAL!!!!


04 April, 2010

PRAKTIKAL PART 2

Posted by Ayu Amir at 4.4.10 0 comments
Bergelar guru praktikal memerlukan seseorang individu untuk sentiasa bertanya dan belajar banyak perkara supaya menjadi seorang guru yang bitara. Miss Froggy belajar banyak perkara semasa menjalani guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang. Antara aktiviti kokurikulum yang telah Miss Froggy laksanakan ialah taman 1 Malaysia khas untuk guru-guru praktikal, hari sukan sekolah dan hari kecemerlangan pelajar. Selain itu Miss Froggy juga terlibat dengan perkhemahan dalaman untuk pertandingan kawad kaki selama tiga hari di asrama sekolah. Antara pasukan ynag menyertai perkhemahan ini ialah Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Tujuan utama perkhemahan ini adalah untuk setiap pasukan memantapkan lagi pasukan mereka untuk bertanding pada 8 April 2010 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa. Sangat seronok berkhemah bersama-sama pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. Sukar rasanya hendak mendapat pengalaman ini sekiranya Miss Froggy tidak menceburi profesion perguruan. Pengalaman yang sangat berharga semasa Miss Froggy menjadi GURU PRAKTIKAL.................
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez