02 August, 2009

H1N1

Posted by Ayu Amir at 2.8.09 0 comments
Rabu, 29 Julai Miss Froggy di kejutkan dengan berita UPSI di landa wabak H1N1. Sepatutnya jam 8 pagi Miss Froggy ada kelas lab.Patut la jam 2 pagi kawan Miss Froggy telefon.Tetapi Miss Froggy tak mengangkatnya kerana Miss Froggy mengantuk....Kawan-kawanku semuanya berkurung di dalam rumah kerana pengumuman pembatalan hanya di buat di kolej KHAR sahaja. Jarak di antara KHAR dan rumah Miss Froggy kira-kira 100 meter sahaja.

Bagi mendapat kepastian, Miss Froggy menelefon rakan-rakan yang lain. Mereka ada yang tidak mengetahuinya...Jam 12 tengah hari Miss Froggy berkira-kira hendak membeli makanan tetapi dinasihati oleh pengawal untuk berkurung di dalam rumah dan makanan akan dibekalkan kemudian. Oleh kerana terlalu lapar kami berpakat untuk makan magiee sahaja. Juadah kami serumah adalah magiee+air blackcurant. Hanya kira-kira jam 2 petang kami diarahkan turun mendapatkan bekalan makanan mihun goreng+air kotak....Terasa seperti mangsa banjir pula...Ini adalah pengalaman pahit+manis Miss Froggy selama bergelar pelajar universiti.

18 July, 2009

kULiAh

Posted by Ayu Amir at 18.7.09 0 comments
Hari Isnin, 6 Julai 2009 bermula kuliah pertama di UPSI. Awal-awal pagi lagi Miss Froggy sudah bangun untuk bergerak ke kuliah di Proton City yang jaraknya 15km. Miss Froggy menunggu bas sehingga jam 7.30 pagi tapi malangnya bas terus ke Proton City tidak muncul-muncul. Geram hati ini memikirkan keadaan itu. Miss Froggy terpaksa naik bas dan turun di kampus untuk menaiki bas ke Proton City. Hari pertama Miss Froggy sudah terlewat selama 1/2 jam tetapi nasib Miss Froggy baik kerana pesyarah belum tiba. Baru Miss Froggy tahu rupanya pengurusan di UPSI sangat teruk dan membebankan pelajar DPLI kerana terpaksa menunggu lama untuk menaiki bas....

15 July, 2009

OriEntasi...

Posted by Ayu Amir at 15.7.09 0 comments
Tanggal 2 Julai 2009, Miss Froggy bergelar pelajar DPLI di UPSI. Seronok rasanya bergelar pelajar semula. Sepanjang 3 hari orientasi banyak pengalaman baru yang ditempuhi. Penat berkejaran, bangun awal pagi dan bergerak dengan pantas sudah menjadi kebiasaan selama 3 hari berorientasi...moga Miss Froggy berjaya dengan cemerlang pada semester ini.

30 May, 2009

mEndUng bErArAk....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
Dah dekat 1 minggu Miss Froggy perang dingin dengan Ain@Angah....Miss Froggy tak tahu dari mana permulaan sikap dingin kami berdua. Hendak di kata Miss Froggy yang mulakan tidak pula.... Entahlah. Serba salah Miss Froggy di buatnya. Ye la Miss Froggy ni hanya menumpang di rumahnya saja. Dapat gaji nanti baru Miss Froggy berpindah. Tak seronok rasanya bila keadaan jadi begini. Tiap malam sebelum tidur Miss Froggy mesti menangis memeikirkan kesalahan Miss Froggy kepada Angah......Harap-harap keadaan dingin ini tidak berterusan....Amin.

cEdihnyEr.....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
Lepas menghadiri temu duga di UTM, Skudai Miss Froggy pulang menumpang kenalan Miss Froggy....Tetapi, memang nasib Miss Froggy tidak baik kenalan Miss Froggy tidak dapat menghantar Miss Froggy pulang ke rumah sebaliknya menurunkan Miss Froggy di Econsave, Pasir Gudang. Malang tidak berbau, telefon bimbit Miss Froggy pula kerosakan bateri. Miss Froggy pada mulanya hendak menaiki teksi terpaksa membatalkan hasrat Miss Froggy kerana bimbang wang tidak mencukupi dan selainnya takut naik keseorangan. Hendak tak nak Miss Froggy berjalan kaki dari Econsave ke estet Kong Kong Laut. Tetapi nasib Miss Frogyy baik kerana ada pemandu kancil sekeluarga menumpangkan Miss Froggy hingga ke jalan masuk Kong Kong Laut. Rasanya hendak patah kaki berjalan sejauh itu....Tetapi pengalaman ini mengajar Miss Froggy untuk bersabar dan tidak bergantung harap pada belas ihsan orang lain untuk meneruskan penghidupan....

pEpErIksAAn....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
2 minggu persekolahan sebelum bermula cuti penggal diadakan peperiksaan pertengahan tahun. Miss Froggy risau memikirkan pelajar-pelajar kelas Miss Froggy. Miss Froggy amat berharap agar mereka akan dapat menjawab dengan cemerlang bagi memastikan mereka tidak turun ke kelas yang belakang....

IntErvIEw....

Posted by Ayu Amir at 30.5.09 0 comments
Tanggal 24 Mei 2009, aku menghadiri temu duga bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Perguruan. Perasaan gugup, gementar dan seram sejuk semuanya bergabung menjadi satu.....Akhirnya selepas menunggu kira-kira 3 jam, sampai juga giliranku untuk menemui panel penemu duga. Perasaan berdebar-debar semakin kuat menguasai diri. Alhamdulilah, panel penemuduga jenis yang peramah dan friendly. Kami bercakap mengenai isu-isu yang melanda bidang perguruan masa kini seperti kes displin pelajar secara santai. Kira-kira 5 minit tamat perbualan kami. Aku berharap sekiranya rezekiku dalam bidang perguruan, aku akan dapat melanjutkan pelajaran Diploma Pendidikan di UPSI.
 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez