12 April, 2008

Hidangan tradisi masy Jawa...

Posted by Ayu Amir at 12.4.08


Hidangan ini merupakan makanan tradisi bagi masyarakat Jawa. Hidangan ini dikenali sebagai nasi ambeng. Hidangan ini amat popular ketika majlis keraian dan doa selamat, majlis Tahlil serta majlis kesyukuran. Hidangan ini amat enak sekali dan terdapat cerita di sebalik penyediaannya. Menurut cerita orang lama-lama, hidangan ini amat istimewa disebabkan semangat kerjasama dan tolong-menolong yamg ingin diterapkan oleh masyarakat Jawa. 5 orang akan duduk bersama dan akan sama-sama mengagihkan kepada 5 orang itu tadi. Hidangan ini merangkumi nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, timun dan keluban. Selepas majlis selesai, Hidangan ini akan di bawa pulang ke rumah masing-masing untuk dinikmati oleh keluarga mereka. Di situ sudah kelihatan semangat kekeluargaan yang tinggi kerana semua ahli keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan nasi ambeng. Buat pengetahuan teman-teman, hidangan ini juga merupakan salah satu makanan kegemaranku. Aku tidak ketinggalan untuk menikmatinya jika abahku pulang dari majlis Tahlil atau kenduri doa selamat. Memang hidangan ini yang ku tunggu-tunggu. Untuk teman-teman, aku syorkan untuk menikmati nasi ambeng ini jika mempunyai kesempatan....Jika mendapat pasangan yang hadir dari keturunan Jawa, pasti hidangan ini akan teman-teman temui.

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez