16 November, 2009

Kisah seorang GURU

Posted by Ayu Amir at 16.11.09
Hari ini seorang pensyarah Miss Froggy bernama Cikgu Zulkifli bin Mamat berkongsi cerita mengenai pengalamannya yang bergelar seorang 'pendidik' selama 15 tahun. Cerita yang disampaikan banyak memberi pengajaran kepada kami dan kawan-kawan yang lain. Semasa dia menjadi seorang guru displin, dia telah merontan seorang pelajar tingkatan 2 kerana kesalahan mencuri di pasar raya. Polis telah menangkap pelajar berkenaan dan diserahkan kepada pihak sekolah. Selain daripada kesalahan BESAR tersebut, pelajar berkenaan juga turut terlibat dengan pelbagai kesalahan ang menyebabkan pelajar berkenaan mempunyai hukuman rotan sebanyak 114 kali atas kesalahannya.

Hendak dijadikan cerita, Cikgu Zulkifli bin Mamat telah merotan pelajar berkenaan sebanyak 3 kali atas kesalahan BESAR dan 1 kali atas kesalahan terdahulu. Hukuman rotan yang dijalankan oleh Cikgu Zulkifli adalah mengikut rutin seorang guru merotan pelajarnya. Pada rotan kali pertama, pelajar berkenaan menyatakan sakit. Namun, Cikgu Zulkifli tetap meneruskan hukumannya. Akhir sekali, pada rotan kali ke-4, seluar pelajar tersebut basah iaitu pelajar berkenaan kencing dalam seluar akibat rasa sakit yang amat sangat dan mengadu kepada Cikgu Zulkifli punngungya berdarah.

Esoknya, ibu dan bapa pelajar berkenaan hadir ke sekolah bagi bertanyakan mengenai kesalaan yang dilakukan oleh anak mereka yang menyebabkan anak mereka di rotan sedemikian rupa. Lalu, Cikgu Zulkifli menerangkan kepada ibu dan bapa pelajar berkenaan mengenai kesalahan BESAR yang dilakukan pelajar berkenaan. Namun, Cikgu Zulkifli terkejut apabila diberitahu bahawa pelajar tersebut mencuri disebabkan tidak mempunyai WANG SAKU ke sekolah dan terpaksa mencuri bagi mendapatkan wang bagi membeli makanan. Kira-kira 1 minggu pelajar berkenan tidak hadir ke sekolah kerana rasa sakit di bahagian punggung dan akhirnya telah BERHENTI SEKOLAH selepas peristiwa ini.

Cikgu Zulkifli mengatakan pengajaran daripada peristiwa ini ialah seorang GURU tidak seharusnya bertindak tanpa menyelidiki terlebih dahulu mengapa pelajar melanggar peraturan. Sampai sekarang, Cikgu Zulkifli masih berusaha menjejaki pelajar berkenaan untuk meminta maaf kerana telah menghalangnya daripada menikmati pendidikan seperti orang lain. Kisah yang telah diceritakan ini benar-benar membuka mata Miss Froggy bahawa bergelar seorang GURU tidak semudah yang disangka. Jika kita salah mendidik, maka hancurlah generasi seterusnya pelajar yang GAGAL kita didik....

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez