10 September, 2010

Alhamdulillah...

Posted by Ayu Amir at 10.9.10
09/09/2010...Satu tarikh yang membuatkan semua pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah seperti cacing kepanasan...hahahahaha....Tarikh di mana mereka yang tidak menerima tawaran ke Sabah dan Sarawak boleh memeriksa penempatan mereka di Semenanjung Malaysia.

Alhamdulilah walaupun Miss Froggy tidak mendapat peluang mengajar di negeri Miss Froggy tetapi sekurang-kurangnya Kuala Lumpur adalah destinasi yang terdekat dengan Selangor. Diharapkan Miss Froggy akan ditempatkan di sekolah yang pelajarnya bukanlah dari kalangan yang tegar tapi seperti buluh yang boleh dilentur.

Tapi yang merisaukan diri Miss Froggy sekarang ialah di mana Miss Froggy hendak mencari Jabatan Pendidikan Negeri di bandaraya Kuala Lumpur...uwaaaaaaaaaaaaaaa....Nampaknya kena menjelajah Kuala Lumpur la selepas raya nanti. Diharapkan semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin...


Selamat menjadi pendidik yang sumbangan dan baktinya akan diingati sampai mati kepada rakan-rakan seperjuangan Pendidikan Moral 2009/2010 lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jangan jemu untuk mendidik anak bangsa walaupun berfdepan dengan cabaran yang sukar dan hebat. InsyaALLAH...

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez