10 October, 2010

buat-buat sibuk!...

Posted by Ayu Amir at 10.10.10
Walaupun minggu pertama sebagai pendidik tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Selain melengkapkan borang dan sijil-sijil untuk gaji, masuk kelas relief je..hahaha. Tapi yang tak seronoknya walaupun mengajar petang, kena masuk jam 9.00 pagi!... uwaaaaaaaaaaaaaa....Tapi memandangkan bas susah, Miss Froggy bangun tido jam 5.50 pagi. Bangun terus mandi dan bersiap. Jam 6.50 bersedia kuar umah menunggu bas...huk..huk..
Tak mengapalah, Miss Froggy anggap sebagai pengorbanan menjadi seorang PENDIDIK!!...

Hujung minggu, Miss Froggy balik Meru. Di sebabkan mendapat jemputan dari geng kilang untuk beraya... hahahahaha....Masih berada dalam mood raya katanya...hehehe...Hari sabtu jam 5.00 petang Miss Froggy datang kilang untuk berkonvoi bersama-sama geng kilang. Terharu juga sebab Miss Froggy masih diingati walaupun sudah tidak bekerja bersama mereka lagi. Kami beraya ke rumah Zana, Hafiz dan akhir sekali rumah Lisa, anak Haji Johari!..Memang sangat kenyang kerana ketiga-tiga umah memasak hidangan yang enak-enak.


Nampaknya, habis sahaja raya kena berdiet la...hahahaha...Sekarang nie pun bila berada di sekolah asyik nak makan je..maklumlah, datang sekolah matahari belum nak naik dan balik matahari dah tenggelam. Badan rasanya adalah naik 2kg hingga 3kg...uwaaaaaaaa....dah la payah nak turunkan berat!...Nasib baik ke sekolah, ada juga bersenam..yela, berjalan kaki baru sampai sekolah...hahaha


Yang penting, rasa sangat seronok dapat spent time dengan geng-geng kilang yang havoc dan kelakar!!...Harap-harap, tahun depan dapat join lagi konvoi beraya dengan geng-geng kilang.. ;)


0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez