29 November, 2010

Lucu giler!

Posted by Ayu Amir at 29.11.10
Seperti biasa, Miss Froggy kena datang sekolah. Bangun pagi dah agak terlewat juga. Gara-gara mengupdate blog sampai jam 3.00 pagi!. Hish...keja gila jam 3 masih online. Sebabnya, semalam dah terlebih tidur gara-gara hujan. Takde aktiviti nak di buat, bantai membuta je la!.

Nasib agak baik dapat mengejar tren LRT jam 7.25 pagi. Ala, bukan jauh pun dengan sekolah tapi sebab nak berjalan kaki, kena keluar awal sedikit. Datang sekolah, sunyi je. hanya ada guru-guru baru seramai 6 orang. Kerani dan CC tiada kerana pergi taklimat.

Ok, cerita pasal kejadian yang berlaku hari nie. Tengah syok kami bercerita, kami dipanggil oleh pengetua. Dalam hati tertanya-tanya apa kesalahan dah kami buat. Sebabnya tadi semasa pengetua sampai, Miss Froggy sedang membelek-belek majalah AVON!. Tak ke haru. Nasib baik Miss Froggy sempat sembunyikannya. Hehehehe.

Kami masuk bilik pengetua. Dia tengok kami dengan tercenggang. Kami pun tengok dia dengan muka blur.  Rupa-rupanya, dia panggil guru-guru baru. Bukannya kami!. Hish!. Kami tergelak dengan pengetua. Pertama kali Miss Froggy melihat pengetua tergelak. Kelakar juga orangnya!. Hahahaha. Kerana dah malu, kami terus ke bilik guru. Perasan sungguh kan?. Mentang-mentanglah orientasi tak habis lagi.

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez