23 December, 2010

Orang lain bercuti, kami bekerja!

Posted by Ayu Amir at 23.12.10
 [posing jap]

Salam buat teman-teman. Kali ini Miss Froggy nak cerita pasal cuti sekolah. Mungkin teman-teman yang bukan cikgu akan ingat bila cuti sekolah, semua cikgu-cikgu pun bercuti!. Hish! salah anggapan teman-teman tu. Sebabnya, Miss Froggy dan guru-guru baru perlu bekerja kerana kami perlu menjalankan orientasi selama 3 bulan!. bunyi macam lama kan?.

Memandangkan cuti sekolah sunyi sepi [SPM dah habis kan?], kami ditugaskan untuk menyiapkan back drop untuk program orientasi 31 Disember 2010 nanti. Kiranya, ada juga la keja yang dibuat daripada dok terconggok dalam bilik guru. Macam-macam gelagat dapat diperhatikan bila guru-guru menampal back drop. Hish! dah macam kanak-kanak RIBENA pula.. ;)

[aktiviti panjat memanjat ;)]

Walaupun ada yang main-main ketika bekerja, kerja kami akhirnya siap juga. Kami juga telah mendapat persetujuan pihak pentadbir berkaitan dengan back drop yang ditampal. Berbaloi juga kerja yang kami laksanakan. Bak kata pepatah, Alah bisa, tegal biasa. Weeeeeeeee...

 [back drop yang dah siap!]

Kesimpulannya, seronok juga bekerja semasa cuti. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, kami juga dapat mengenali pihak pentadbir dengan lebih rapat. Harap-harap, tahun depan dapat cuti ya!.. ;)

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez