10 April, 2008

Final exam...

Posted by Ayu Amir at 10.4.08


Setelah hampir 4 bulan menghadiri kuliah, menyiapkan assigment dan melaksanakan projek kini tiba masa untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi tahun terakhirku di universiti. Peperiksaan akhir yang akanku hadapi berlainan dengan peperiksaan akhir sebelum ini. Ini kerana, selepas sahaja paper terakhir yang ku duduki aku akan terus menjalani latihan industri di organisasi yang terpilih. Selama 4 bulan diperuntukkan kepada kami dalam menyiapkan Ijazah Sarjana Muda. Perasaanku pada ketika ini berbaur-baur disebabkan aku tidak mengetahui lagi organisasi mana akanku ditempatkan. Dengan peperiksaan yang bakal tiba dan dengan tempat latihan industri yang tidak diketahui membuatkanku rasa takut untuk menghadapinya. Itu belum lagi bercampur dengan proposal yang perluku siapkan sebelum menyiapkan laporan industri. Namun, banyak masa lagi untukku menyiapkan diri bagi menyertai organisasi. 2 minggu diberi kepada pelajar selepas tamat peperiksaan akhir sebelum memulakan latihan industri. Semoga nasib menyebelahi diriku. Beginilah perasaannya sebagai seorang pelajar. Aku tahu aku akan merindui masa-masa begini selepas sahaja menjejaki alam pekerjaan. Bak kata orang, alam pekerjaan mempunyai banyak ragam dan corak. Jadi, kita harus bersedia untuk bersaing dengan orang lain agar kita tidak ketinggalan. Diri kita perlu terisi dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan Ijazah yang kita pelajari. Di samping itu, kemahiran tambahan yang ada dalam diri kita menjadi nilai tambah bagi bersaing dengan orang lain. Semoga aku akan dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran dengan jayanya. Amin...

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez