21 November, 2009

Seram Sejuk...

Posted by Ayu Amir at 21.11.09
Jam menunjukkan 2.00 pagi. Namun mataku masih belum memberikan isyarat mahu tidur. Mungkin juga kerana penangan air nescafe yang aku minum pada pagi semalam....Aku tidak boleh minum nescafe, kopi dan coca-cola kerana badanku tidak dapat menerimanya. Tetapi aku amat menyukai kopi dan nescafe untuk memberi kesegaran di pagi hari. Mungkin juga aku tidak dapat melelapkan mata disebabkan badanku berasa sangat panas di samping suara yang semakin menghilang. Punca utama kerana aku makan rambutan dengan kuantiti yang banyak dan berhujanan semasa pulang dari kuliah. Lagipun sekarang musim hujan. Jika aku silap makan maka demam yang berpanjangan akan aku hadapi. Aku jarang demam tetapi apabila sudah deman memang susah hendak pulih. Faktornya kerana aku takut dan cukup tidak suka dengan nama UBAT. Jika di rumah aku demam, aku akan dipaksa makan ubat oleh abah dengan pelbagai cara seperti masukkan ubat dalam air minumanku. Namun, aku berjaya mengesan taktik abah dan tidak mahu minum air yang disediakan abah. Sebab itulah abah cukup risau kalau aku demam. Aku hanya terlantar sahaja di tilam. Dalam 2 hingga 3 hari aku baru pulih.

Semasa di UUM dulu, rakan-rakanku akan bergilir menjagaku dan melawat ke bilik jika aku demam. Puncanya kerana mereka mengetahui yang aku tidak akan makan UBAT dan demam selama 2 hingga 3 hari.
Yang kelakarnya, kawanku mengurut dan meletakkan air asam jawa di kepala bagi mengurangkan rasa panas. Tiba-tiba airmataku mengalir. Kawanku terkejut kerana menyangkakan yang aku berada dalam kesakitan. Tetapi sebenarnya aku amat terharu dengan keprihatinan mereka yang sudi menjagaku ketika aku berada dalam kesakitan dan kepayahan...I LOVE MY FRIENDS VERY MUCH!!!....Jasa kalian tak pernah aku lupakan.....

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez