27 August, 2010

Kisah Tentang Posting...

Posted by Ayu Amir at 27.8.10
Dulu, masa belajar sibuk nak habis cepat. Kononnya nak cepat-cepat dapat kerja. Bila latihan praktikal, nak cepat-cepat habis dan selalu bersedia menanti kedatangan pensyarah sebagai penyelia. Pejam celik, pejam celik dah dekat dua bulan menanti 'suntingan' dan 'lamaran' dari pihak KPM untuk ditempatkan di mana....

Dengar macam-macam versi dari mulut pihak yang berlainan tentang posting. Ada yang kata posting bulan tujuh. Bila dah hantar surat resign, rupa-rupanya sekadar 'khabar angin' semata-mata. Duduk rumah seminggu untuk berehat-rehat selepas berhenti kerja dari Pizza Hut. Hari-hari meronda sekitar Klang dan Meru, mencari kerja kosong. Alhamdulillah dapat kerja sebagai pekerja kontrak di kilang farmasi.

Sekarang, dah masuk pertengahan bulan Ogos, namun khabar berita mengenai posting tak kunjung tiba. Diharapkan selepas hari raya nanti, khabar gembira akan diperolehi. Amin.





0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez