27 August, 2010

Tragedi 15 Ramadhan 1431 Hijrah

Posted by Ayu Amir at 27.8.10
Nak kata lucu pun boleh, kesian pun boleh. Pulang kerja jam 8.30 malam, Miss Froggy bergegas hendak pulang ke rumah. Entah mengapa pada malam itu Miss Froggy seperti melambat-lambatkan masa untuk menghidupkan motor skuter Miss Froggy. Miss Froggy sempat lagi bergurau senda dengan rakan-rakan yang lain. Selepas menyimpan beg dalam motor skuter, Miss Froggy terus menghidupkan enjin. Alangkah terkejutnya Miss Froggy apabila start sahaja enjin, motor terus meluru ke depan. Miss Froggy terlanggar tiang yang menyebabkan lutut Miss Froggy bengkak membiru. Kawan-kawan yang lain ingat Miss Froggy hendak membuat aksi dengan memulas motor sekuat hati. Dalam menahan kesakitan, Miss Froggy sempat juga tergelak besar mengenangkan aksi sebentar tadi...Orang kata 'malang tidak berbau'. Miss Froggy ter'excident' hanya kerana wayar skuter dah loose. nasib baik Miss Froggy tak mengalami kemalangan jiwa yang teruk dan terlanggar kenderaan lain. Alhamdulillah...

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez