22 October, 2010

Antara program CPR 2010

Posted by Ayu Amir at 22.10.10
*setiap guru wajib berposing sebelum mendaftar masuk. Macam-macam gaya yang digayakan oleh kami*

Banyak juga aktiviti yang di adakan di SMK Convent Jalan Peel (CPR) semenjak 3 minggu Miss Froggy bertugas. Masuk sahaja mendaftarkan diri, sudah ada Hi-Tea yang di adakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Sangat meriah dan sedap makanan yang disajikan. Tema pada jamuan akhir tahun guru-guru dan kakitangan ialah 'Arabian'. Pada majlis ini dapat dilihat guru-guru yang melaram habis!...hahahaha...Sporting sungguh mereka kerana memakai pakaian mengikut majlis!...Miss Froggy je yang lari tema disebabkan ketiadaan budget untuk membeli pakaian baru. Pakai yang sedia ada sudah memadai. Tahun depan, boleh la melaram!..hahaha

*antara gadis-gadis Arab*

Acara memang meriah. Terdapat pelbagai aktiviti yang di adakan. Antaranya ialah cabutan bertuah, permainan dan nyanyian karaoke. Rezeki tahun ini tiada. Hanya mendapat hadiah semasa pendaftaran sahaja iaitu 3 set mangkuk kecil. Alhamdulilah.

*bersama guru-guru GSTT dan kakitangan sekolah CPR*


*bersama kak Lele, mentor program orientasi*

*bersama kak Adlina, guru GSTT yang Miss Froggy ambil alih kelasnya...*



0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez