22 October, 2010

DPLI Convocation@UPSI 17102010

Posted by Ayu Amir at 22.10.10

Yahoooooooooo!!!...Setelah berhempas pulas selama 7 bulan dan praktikal selama 3bulan, akhirnya Miss Froggy berjaya menamatkan pelajaran. Yang paling seronoknya, Miss Froggy berjaya menjejaki pentas konvokesyen sebanyak 2 kali!...Alhamdulilah syukur pada-Nya.


Pada mulanya memang tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen ini disebabkan banyak perkara yang berlegar-legar difikiran. Antaranya ialah rumah sewa yang masih belum ditemui, kerja-kerja sekolah, ketiadaan keluarga yang datang meraikan dan masalah kewangan.


Namun, dengan pujukan kawan-kawan terutamanya Kak Laily dan Ain, Miss Froggy mengagahkan diri menjejaki majlis konvokesyen yang kedua untuk diriku. Alhamdulilah walaupun ketiadaan keluarga yang menemani tetapi kehadiran rakan-rakan memadai untuk Miss Froggy bergembira bersama.


Rasa sayu bercampur dengan rasa gembira apabila berada di dalam dewan semasa majlis konvokesyen berlangsung. Sayu disebabkan selepas ini, tugas yang akan dipikul amat berat dan menjadi amanah buat diriku bagi mendidik anak-anak bangsa. Gembira disebabkan kejayaan Miss Froggy menamatkan pengajian dan berjaya menempatkan diri di alam pekerjaan dengan gelaran sebagai GURU. Alhamdulilah...


Walaupun ramai teman yang tidak hadir untuk meraikan kejayaan ini disebabkan bertugas di tempat yang jauh, namun masih ada yang sanggup mengambil cuti untuk bersama teman-teman yang lain. Tahniah diucapkan kepada mereka semua dan syabas diucapkan...Ada rezeki, kita naik ke pentas konvokesyen untuk mengenggam segulung Ijazah Sarjana!...Amin.


0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez