26 November, 2010

I'm lovin it!~

Posted by Ayu Amir at 26.11.10
Lama rasanya tak menikmati makanan segera lagi-lagi McD. Apa lagi, memandangkan hari nie rehat dari jam 12-30 tengah hari hingga 2.45 petang Miss Froggy dan Kak Ina bercadang hendak ke Jusco untuk makan McD. Peh! rasa bahagia sebab dapat makan. Hari nie kiranya Miss Froggy cuti dari berdiet la sebab makan makanan yang bergoreng yang ada kalori yang tinggi!. Tak mengapalah, bukan selalu kan??.


*giler kentang!*

Sedang kami menikmati makanan, mata Miss Froggy tercemar dengan adengan pasangan kekasih yang duduk di hadapan Miss Froggy. Dia orang ingat McD ni tempat memadu kasih ke?. Hish..hish tak patut sungguh!. Tak malu ke dengan orang di sekeliling lagi-lagi kanak-kanak?. Spoil mood Miss Froggy jadinya. Nasib baik la Miss Froggy memang lapar, jadi teruskan aktiviti untuk membedal je. Huhuhu.

*yumy2!...addict spicy McDeluxe!!..*

Selesai makan, kami mencuci mata melihat cadar. Wah! murahnya la cadar dengan selimut. Memang sale giler!. Sebab tak bergaji lagi, Miss Froggy dengan Kak Ina hanya melihat-lihat sahaja. Cukuplah sekadar melihat orang lain berebut-rebut mencuba dan membalek barangan yang hendak dibeli. Sabar ya Miss Froggy. Hujung bulan nie gaji la!..huhuhu

0 comments:

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez