27 November, 2010

KL oh KL!!

Posted by Ayu Amir at 27.11.10
Sebut je KL, semua orang tau itu kota metropolitan Malaysia!. Apa yang best dengan KL??. Jalan jem, sesak, pelbagai bangsa, ragam semua ada di KL!. Sebab tu la Miss Froggy tak menyukai KL sebelum nie.

Memandangkan dah 1 minggu Miss Froggy duk di rumah baru, Miss Froggy kena membiasakan diri dengan kebisingan dan kehidupan di KL. Sebelum ni pun duk rumah yang berdekatan dengan HUKM. Memang ada je siren ambulance tiap-tiap masa. Berlainan dengan di Flat Sri Kota ni, maklumlah bersebelahan dengan LRT, tol dan lebuh raya. Apa lagi makin bising la suasana malam dan siang. Bak kata orang "KL tak pernah tido!". Memang betul, jam 12.00 malam masih lagi ramai orang. Seawal jam 4.00 pagi sudah berbunyi ERL dan LRT. Kereta dan motor jangan cakaplah!. Busy kan KL? 

Boleh di katakan Miss Froggy memang susah nak melelapkan mata. Jam 2.00 pagi baru terlelap dan bangun seawal jam 6.30 pagi. Memandangkan Miss Froggy duk di tingkat 14, Miss Froggy suka melihat pemandangan pada waktu malam dan siang dari koridor. Sangat cantik pemandangannya. Lama-lama jatuh cinta pula dan mula membiasakan diri dengan suasana di KL. Seperti kata orang, "tak kenal maka tak cinta!".

Hurm, sekarang kiranya dah jatuh cinta la kan?. Nak buat macam mana, dah ditentukan oleh-Nya mencari sumber rezeki di KL. Pandai-pandai la bawa diri kan?. KL oh KL!!~

2 comments:

cik pinggu on November 27, 2010 at 10:36 AM said...

ayu da pindah gi kl ke?ngajar kat sana ke?dlu kat klang kan?

Ayu Amir on November 27, 2010 at 8:18 PM said...

Ayu dh mgajar di kl mira. duk Cheras

 

MISS FROGGY Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez